Monday, December 31, 2018

amplop berisi pikiran dan perasaan disemberu.






bismillah. 

assalamualaikum.
ah, berjaya juga surat ini sampai kepadamu. 
sedang apa kau sekarang? sedang bagaimana keadaan di sana ketika amplop ini kau buka? warna langit, suhu udara, nuansa bunyi dan jiwamu- bagaimana keadaan semuanya? semoga nyaman dan tenteram ya. maaf, kalau naskhah yang kau pegang ini  agak lusuh dan mungkin tulisannya sudah sedikit pudar. cuma ini yang selamat aku masukkan ke dalam peti mel surat. masih musim hujan di sini. peti mel surat berjarak agak jauh dari pagar rumahku dan aku masih belum ada payung untuk mengalihkan hujan lebat dari laluanku ke situ. jadinya, berkali-kali amplop dan isinya ini kebasahan sehingga luntur dakwatnya setiap kali aku cuba membawanya ke peti mel surat. setiap kali itu pula aku membawanya pulang kembali untuk dikeringkan dan mencuba menulis semula setiap huruf yang larut dan hanyut bersama air hujan. sehingga setelah beberapa kali kertas ini berulang kali basah kering basah kering, huruf-huruf itu langsung kehilangan komposisinya dan aku menulis semula semuanya daripada mula hingga akhir.
hmm, pernahkah kau berpendapat bahawa sesuatu yang kita punyai, jangan terlalu selalu atau jangan sentiasa dipakai terus, supaya ia akan bertahan lebih lama, akan ada lebih lama bersama kita? kerana setiap benda, hal dan perkara ada limitasi kapasiti dan batasnya. seperti kertas ini yang ruang kapasitinya cuma seluas ini. seperti pena ini yang dakwatnya juga terbatas. ruang itu akan penuh. dakwat ini akan habis. lalu, atas alasan nilai sentimental tertentu, kertas atau pena itu lebih baik disimpan, sudah jangan digunakan lagi. pernahkah?
kalau aku sendiri, pernah dan selalu juga berpendapat begitu. tapi, hari ini aku belajar sesuatu. setiap sesuatu yang ada bersama kita, mereka ada di atas alasan dan tujuan mereka sendiri yang lebih besar maknanya berbanding nilai sentimental 'memiliki' yang kita letakkan pada mereka. seperti pena yang tugasnya mencatat perkataan dengan segala dakwat yang ia ada, dan kertas yang alasan keberadaannya bersama kita adalah untuk mengabadikan tulisan di seluruh ruang yang ia ada. menyempurnakan alasan dan tujuan adalah matlamat utama mereka. zalim jika kita menafikan hak pena untuk menulis dan hak kertas untuk ditulis, meskipun kita hanya mahu mereka untuk tetap ada bersama kita sehingga bila-bila. padahal sebenarnya, kita hanya khuatir kalau-kalau kita akan cenderung untuk membuang mereka setelah mereka kehabisan makna kepada kita. untuk apa menyimpan kertas yang sudah kehabisan ruang? untuk apa menyimpan pena yang sudah kehabisan dakwat? ah, kenapa kita selalu mementingkan diri dan memandang semua hal hanya dari tingkap pandangan peribadi kita? aduh, maaf. bukan kita, tapi aku.
demikian pula akal dan hati kita. akal ada untuk berpikiran dan hati ada untuk berperasaan. bukankah itu fitrah kejadian kedua-duanya? sehingga ke hari ini, ke usia kita yang sudah sampai ke bilangan hari yang ini, sudahkah kita membenarkan kedua-duanya melaksanakan misi mereka?
sampai ke perenggan ini, aku harap kau mulai faham akan kenapa aku menulis begini di sini, yang hal ini pernah juga aku masukkan sedikit ceritanya pada amplop pertama di awal tahun ini. ya, aku mahu melangsaikan hak kertas, pena, akal dan hati yang aku miliki. menghargai tidak semestinya menyimpan semuanya kemas di dalam laci, menutup semuanya di dalam vesel tubuh fizikal, terlindung daripada tentangan. menghargai ialah membuka dan menyediakan laluan untuk setiap satunya melaksanakan apa pun tanggungjawab dan peranan hakiki mereka.

belum lagi. ini belum naskah terakhir, bahkan ini adalah naskhah permulaan yang baru selesai. kalau kau sudi, aku mahu menjemputmu mengembara dalam perjalanan waktu. biarkan orang-orang berada di ruangan waktu yang sekarang. mari kita pergi ke ruangan waktu sepuloh bulan di belakang. perjalanan panjang ini akan bermula dari sana. nanti tidak akan ada hal lain yang akan mengganggu di sana. yang ada cuma tulisanku dan mungkin bacaanmu. kerana segala kesibukan akan kita tinggalkan di ruangan waktu yang sekarang. sehingga itu, tidurlah yang lena malam ini, biarkan detik terus berputaran.
sekian.









___
*time traveling is real.

Monday, December 17, 2018

serein.





"so, yeah.. rainy days." 
"thunder. lightning. here and there." 
"then why not we talk about thunder and lightning now?" 
"ok, cool." 
"how does thunder and lightning happen?" 
"something to do with electricity and stuff i guess?.." 
"you're right. physicist said that when two particles rubbed together, they will produce electrostatic force. this is what happen in the cloud. moving crystallized water or ice particle in the cloud bump and collide with each other, and thus produce electrical charges. there are two kinds of electrical charge, which is positive and negative. different charge will attract each other, while the opposite will repel. to simplify things, we assume that the charges in the cloud is negative. and on the earth ground, we have positive electrical charge. so there you are, bolt of lightning jump between the cloud and the ground. got it? lightning is caused by what? yes, by a moving electrical charges.. easy theory right?" 
"no." 
"ah, i'm not even finished yet. the 'boom' sound that we hear, is the sound of rapid expanding air surrounding the path of the thunder bolt piercing through. the air got heated by the heat of the hot, no, very hot thunder, and thus expanding rapidly. ah nevermind.. just a theory anyway, i even don't know whether this proven or not." 
"enough with all those theories laa.. so, any verse from the qur'an talking about thunder and lightning?" 
"here. al-baqarah. verse nineteen." 
"or (it is) like a rainstorm from the sky within which is darkness, thunder and lightning. they put their fingers in their ears against the thunderclaps in dread of death.
"the skies is really frightening during a thunderstorm." 
"sure things." 
"hey wait. look at verse twenty two." 
"(He) who made for you the earth a bed (spread out) and the sky a ceiling and sent down from the sky, rain and brought forth thereby fruits as provision for you." 
"isn't these two verse compliment each other?" 
"both talking about the skies?" 
"yup." 
"while the early verse talk about the dark frightening phase and dreadful moment of the thunderstorm, the latter told us what follows after that; a beautiful cheerful rain that brought life to the land."
"hmm, something deep to ponder.."










___
if all these years, all you going through in your journey was frightening dreadful thunderstorm, then may Allah grant you strength to endure it bravely and patience to wait some more for the cheerful rain to come as your beautiful garden of flowers will comes to life and you reap the fruits of your harvest in joy.

Friday, December 07, 2018

but, otherwise.

























"isn't it wonderful how different minds interpret the same combination of words differently?"
"yes, it can be both a blessing and a curse."









































Friday, November 30, 2018

amplop berisi pikiran dan perasaan novemberu.




bismillah. 

assalamualaikum.
mari bermain permainan minda. sedia? ok.. pilih satu nombor dari kiraan kosong hingga sembilan dan pilih satu huruf daripada semua huruf yang ada di dunia. kalau sudah, cepat-cepat simpan. tidak perlu disebut-sebut. sekarang, pilih dua warna daripada tiga warna asas, merah biru kuning. kemudian adunkan dua warna itu, dan warna yang terhasil daripada itu ingat baik-baik dan simpanlah. akhir sekali, ada ditawarkan payung lutsinar dan unggun api, pilihlah salah satunya untuk dipakai di salah satu pilihan cuaca, ketika panas siang hari atau dalam hujan waktu malam gelita, hanya satu dari setiap dua pilihan ini. kalau sudah selesai menentukan semua pilihan-pilihan tadi, nah selesailah permainan ini di sini kerana aku masih tidak pandai meneka pikiran apalagi meramal apa yang ada minda orang lain, dan ya.. aku cuma mahu meletakkan sebuah perenggan di sini.


































































































___
maap kalo gak nyambung.

Saturday, November 17, 2018

mid-flight.








skalar adalah kuantiti fizik yang hanya dinyatakan dengan magnitud atau nilai numerikalnya sahaja. vektor pula adalah kuantiti fizik yang dijelaskan sekali magnitud dan arahnya.

"good afternoon ladies and gentlemen. this is your captain speaking. i would like to welcome everyone on airwater flight a-w-one-seven-one-zero bound for tanah petualang."


jika 'perjalanan' adalah skalar. 'datang', 'pulang', dan 'pergi' adalah vektor kepada 'perjalanan', tapi setiap satunya bergerak dalam arah yang berbeza. 

'datang' adalah perjalanan daripada sesuatu tempat atau keadaan menuju tujuan yang sudah diketahui lokasinya. boleh jadi pernah atau tidak pernah ada di sana, di tujuan itu sebelum ini. sedangkan 'pulang' adalah perjalanan yang bergerak daripada entah dari mana pun, menuju tempat atau keadaan yang asal. yang membezakan datang dan pulang adalah tujuan itu adalah asal atau bukan.

dan ada pula 'pergi'; vektor yang tidak jelas. kerana arah tujuan yang tidak diketahui. ia cuma perjalanan yang bermula dari satu titik tapi tidak diketahui pula di mana akhirnya. 


"we are currently cruising at an altitude of thirty thousand feet at an airspeed six hundred kilometre per hour. the time is ten forty am. the weather looks good and with the tailwind on our side we are expecting to land at tanah petualang ground approximately seventeen minutes ahead of schedule. the weather in tanah petualang is clear and sunny, with a high of twenty seven degrees for this afternoon."


setiap orang sedang dalam perjalanan masing-masing, yang masing-masingnya tidak sedang berada hanya pada satu perjalanan, tapi dalam banyak jalan perjalanan pada satu-satu waktu dan ketika. kakinya sedang menapaki perjalanan fizikal, manakala hatinya ada di dalam perjalanan perasaan, sedangkan akalnya berkelana pada perjalanan fikiran dan jiwanya pula ada di laluan perjalanan mimpi, bayangan dan cita-cita.

jadi, apakah dalam perjalanan ini, kita sedang datang, pulang atau pergi?


"until then, sit back, relax, and enjoy the rest of the flight."











___
sorry for the delay.

Wednesday, November 07, 2018

scriptio continua.
















youarenowhere.

space between words is important to helps us to understand what was written, the real meaning of the whole sentence. agree? ok, now guess why Allah sometimes let us to go through a blank space and we felt into emptiness because peoples around us were having the event of their life. why? 
the only way to understand that is to embrace the well placed and well timed spacing written by The Greatest Author-- reflect, learn and be patient.

















Wednesday, October 31, 2018

amplop berisi pikiran dan perasaan oktoberu.




bismillah. 

assalamualaikum.
ada tujuh unit asas yang digunapakai untuk mengukur dan menentukan kuantiti fizikal segala sesuatu di dunia. meter untuk jarak, kilogram untuk jisim, saat untuk masa, ampere untuk arus elektrik, kelvin untuk suhu, candela untuk intensiti cahaya dan mol untuk kuantiti bahan. setiap satu daripada ketujuh-tujuh unit ini adalah unit independen dalam dimensi masing-masing, dan saling pula dicantum-gabungkan untuk menerbitkan unit baru yang akan digunapakai untuk mengukur hal-hal lain. seperti orang-orang yang menerangkan ukuran perasaan mereka dengan menggunapakai unit meter dan saat.


































































































___
ms.

Wednesday, October 17, 2018

appreciate.








"jadi, apa yang jadikan sesuatu binaan tu spesial?" 
"kata vitruvius, ada tiga benda kau kena perhatikan." 
"apa?" 
"utilitas, firmitas et venustas." 
"ok. satu-satu."




"utilitas.. kalau kau tengok mana-mana binaan, cuba cari apa fungsinya.." 
"untuk apa benda tu dibina.."
"kedua, firmitas.. kekukuhannya sebagai sebuah struktur.. senang cerita, kalau kau rasa selamat bila berdiri di atas atau di bawah binaan tu, lebih kurang maksudnya kukuh la tu. common sense.."  
"apa yang aku rasa ea.." 
"lastly, venustas ni penampilannya atau keindahannya." 
"aesthetic value. straight forward."



"kalau kau faham tiga benda ni, senang lah nak appreciate atau senang nak faham kenapa orang lain appreciate sesuatu struktur binaan tu. penilaian orang, apa yang mereka pandang, tak akan pernah lari dari tiga benda ni. kenapa sesuatu binaan boleh jadi ikonik, sebabnya mesti ada berkait dengan salah satu kalau tidak ketiga-tiga benda ni." 
"bagi kau apa paling penting?" 
"bagi aku? bagi aku yang paling kritikal, utilitas.. fungsi binaan tu.. sebab kalau binaan tu ada jiwa, 'fungsi' tu la jiwanya. kalau fungsi tu mati, so, binaan tu binaan mati. orang lain mungkin cakap firmitas paling penting.. sebab kalau tak kukuh, macammana nak jalankan fungsinya.. betul tu betul.. tapi kita tak bina jalanan saja-saja tanpa tujuan tanpa destinasi, kita cari tujuan dulu baru bina jalanan. atau mainstream culture, orang lebih suka cari binaan yang ada nilai venustas, boleh jadi background ambil gambar."



"so, apa binaan kau paling suka?" 
"kalau aku cakap masjid, cliche sangat.. dan boleh jadi punchline- bila nak bina masjid? erghh. obviously, masjid ni ada nilai utilitas paling besar dalam komuniti muslim. tapi aku suka tengok jambatan. fungsinya pun signifikan- menghubungkan yang terpisah dan menawarkan jalan pertemuan mengatasi laluan yang bermasalah di bawahnya, menawarkan dimensi pemandangan yang berbeza. buat random structural analysis untuk jambatan ni best sebab semua komponen strukturnya boleh nampak secara kasar, senang nak bayangkan load transfer mechanism dalam jambatan tu. kemudian, kepolosanlah yang jadikan jambatan ni unik. kalau bangunan tipikal, banyak sangat mekap tutup sana sini, kadang tak nampak dah rangka asas penting untuk struktur bangunan tu."
"tapi, jambatan macam selalu underrated."
"ya.. or rather, overlooked." 








___
*vitruvius ni architect dan civil engineer roman zaman dulu kala.

Wednesday, October 10, 2018

masih menunggu hujan datang.





tidak lama sebelum itu, apek berbasikal tua tiba dan memberhentikan kayuhannya tepat di hadapan pondok tunggu. di belakang basikalnya ada kotak polisterin puteh kedap udara yang diikat pada tempat duduk pembonceng. kelihataan berisi dan agak berat. apek turun dari basikal menyeka peluh dengan kain tuala merah jambu yang ada di lehernya.

apek menolak basikalnya ke tepi pondok tunggu dan menurunkan tongkat penahan di tayar belakang. basikal dicondongkan ke arah tiang pondok tunggu; kalaupun tongkat penahan tidak mampu menanggung beban basikal, ia tidak akan jatuh terus, ada tiang dan dinding pondok tunggu yang akan menahannya. apek duduk berehat di tengah kerusi tunggu, di antara gadis dan laki-laki. apek memerhatikan dua sosok asing di kiri dan kanannya, yang saling hanyut dalam dunia masing-masing.

"hei, leng zai.. leng lui.. mau beli air tin? saya ada jual."

laki-laki dan gadis saling berpaling ke arah apek. sambil menyambut perkataan apek, laki-laki menurunkan buku puisi puteh yang dihadapnya dan mengalihkan buku-buku tebal dari sebelah kirinya ke sebelah kanan. kini, lebih banyak ruang di antara dia dan apek. sedangkan gadis yang sedang menyelak simpanan gambar tadi, menutup skrin dan memasukkan taliponnya ke dalam beg kanvas biru.

"air apa ada uncle?" 
"kopi ada?"

laki-laki dan gadis meraikan dan menyambut pelawaaan air tin sejuk di pagi yang sedikit hangat. apek menjawab pertanya mereka dengan mengajak kedua-duanya berdiri dan berjalan menuju ke basikalnya.

"ada.. ada.. mari.. you orang sendiri tengok dalam kotak."

di dalam kotak polisterin penuh dengan ketul ais dan tin-tin air. di bahagian atas, hampir semuanya adalah air tin berkarbonat. apek menggali ke dalam timbunan tin-tin sejuk itu. mencari tin kopi. tapi cuma satu yang diperolehinya.

"kopi ada satu saja. siapa mau?"

hampir serentak gadis dan laki-laki menghulurkan tangan untuk mengambil tin kopi itu. tapi, laki-laki cepat-cepat menarik balik tangannya dan cuba menggali-gali sendiri ke dalam timbunan tin sejuk dalam kotak. tidak tertahan akan suhu di dalam kotak itu, laki-laki menarik tangannya yang hampir kebas kesejukan.

"aiya, kopi sudah habis. takpa la uncle."

lelaki melemparkan senyuman terima kasih kepada apek dan kembali ke tempat duduknya, mendapatkan semula buku puteh berisi puisi. laki-laki meneruskan bacaannya.

gadis terus berurusan dengan apek di tepi pondok tunggu. gadis menghulurkan sekeping not berwarna ungu puteh yang menggambarkan sekumpulan pelajar dan guru serta berlatarbelakangkan bangunan pendidikan mereka. dibalas dengan dua logam bulat berwana silver oleh apek. satu berukir gambar bangunan perumahan betingkat-tingkat dan satu lagi berukir bangunan lapangan terbang.

transaksi selesai. gadis dan apek juga masing-masing kembali ke tempat duduk mereka.

pondok tunggu kembali sunyi.





...





di seberang jalan, ada sekumpulan busker sedang menyiapkan pentas jalanan mereka. sekotak kecil pembesar suara diletakkan bersebelahan hamparan kain untuk menerima tip dari orang-orang yang mungkin terhibur dengan persembahan mereka. mereka bermula dengan lagu ringkas dan santai untuk menyambut hari yang akan panjang.

someone told me long ago
there's a calm before the storm
i know it's been comin' for some time
when it's over so they say
it'll rain a sunny day
i know shinin' down like water

suara dari kotak hitam pembesar suara tenggelam timbul dengan suara enjin kenderaan yang lalu lalang.

i want to know

have you ever seen the rain? 

i want to know
have you ever seen the rain
comin' down on a sunny day?

bunyi hon juga terkadang turut kedengaran meriah ketika trafik semakin padat.

yesterday and days before
sun is cold and rain is hard
i know been that way for all my time
'til forever, on it goes
through the circle, fast and slow,
i know it can't stop, i wonder

riuh rendah. 






...





sepertinya laki-laki makin tenggelam dalam perkataan-perkataan. sambil itu gadis mendapatkan tin kopi yang masih dingin. apek sekali lagi memecahkan kesunyian di pondok tunggu itu. memandang laki-laki yang jiwanya sedang tidak berada di situ, apek mengalih perhatiannya kepada gadis.

"manyak panas ya ini hari, amoi?"

sapaan uncle memberhentikan gadis dari menarik pin penutup tin.

"ah, iya uncle."

gadis menjawab ringkas pertanyaan. apek menarik tuala yang disangkut dari belakang leher ke bahunya. apek mengesat-ngesat muka dan lengannya.

"ini macam lah bagus. itu matahari sekali-sekali datang, baru lah seronok.. saya manyak suka cuaca ini macam." 
"eh, kenapa uncle?" 
"senang penat maa kalau cuaca panas. saya kayuh basikal sikit, sudah basah berkeringat. ini musim hujan mari, manyak syok la. nyaman.. sejuk.. tapi itu la, saya jual air tin sejuk takda laku sangat lah. orang suka minum yang panas-panas kalau musim hujan. tapi, takpa.. ini langit suruh kita belajar maa, hujan ka panas ka, semua ada bagusnya. itu orang yang tak perasan sama matahari, nanti sudah rindu matahari kalau musim hujan. sama juga.. itu orang yang tak perasan sama hujan, nanti sudah rindu hujan kalau musim panas.. kita cuma tahu baguskah atau tak baguskah apa-apa itu, bila kita lihat mereka dari seberang yang bertentangan." 
"oh, semacam itu ya.."

perbualan gadis dan apek selesai di situ. apek kembali mendapatkan basikalnya, mengemaskan kedudukan kotak polisterin yang diboncengnya. apek menolak basikal ke depan pondok tunggu. kaki kanan mendapatkan pedal, menariknya naik dan menekannya ke bawah berputar semula. roda basikal membawa apek meninggalkan pondok tunggu. kelibatnya perlahan-lahan hilang di kejauhan.





...





laki-laki menyelesaikan halaman terakhir buku puisi puteh, menutupnya dan meletaknya di sebelah kirinya yang kosong. cahaya matahari yang terbias di atap lutsinar pondok tunggu jatuh menyirami muka depan buku puteh berisi puisi.


laki-laki mendongak melihat langit daripada atap lutsinar pondok tunggu, mengharapkan akan ada ketukan-ketukan air hujan di atap lutsinar. laki-laki menarik nafas dalam dan melepaskannya perlahan-lahan. laki-laki berbisik sendiri di dalam hatinya.

"come on my dear sky.. give us some more time.. could you?"




hmm.

Sunday, October 07, 2018

another year.








strangers appear in your life as lessons; some as inspirations and others as passer-bys. they impart true wisdom, knowledge and life lessons through their exemplary speech and actions. then they part ways with you, ending the conversation with the greeting of peace, leaving an indelible mark of appreciation of life in your heart. in those moments we begin to understand life a little better. 
"be in this life as if you are stranger or a wayfarer." - hadith sahih bukhari.



we tend to seek too much of what life has to offer, almost oblivious as to what lies ahead - death. we tend to live for what is before our eyes, running away from the harsh reality of death. indeed we will be responsible for all that we do in this life, and every atom's weight of good and bad deeds will be accounted for. 
"verily the death from which you flee will surely meet you, then you will be sent back to (Allah), the All-Knower of the unseen and seen, and He will tell you what you used to do." al-jumuah 62:8.





___
as written in the book 'syafakallah; may Allah heal you.', on page 7 and 10. 





Monday, October 01, 2018

menunggu hujan datang.






pagi kota di awal oktober.


sinar matahari menyelimuti sosok-sosok pagi yang masih kedinginan, tapi gigih memulakan hari dengan penuh semangat. sedang musim hujan sekarang, mungkin akan berterusan sepanjang menuju penghujung tahun. orang-orang yang berpapasan di hadapan kaki lima barisan toko-toko, hampir semuanya membawa payung dan bedasi hujan masing-masing. tapi, hujan sepertinya masih belum mula beroperasi untuk hari ini. 



petrikor.


sampai di tepi jalan, talipon laki-laki berdering di dalam poket baju kemeja kotak-kotaknya. diangkat. angguk-angguk. dimasukkan kembali ke poket. berjalan menuju pondok menunggu bas di tepi jalan berdekatan. atap dan dindingnya diperbuat daripada bahan lutsinar, kecuali kerusi tunggu; tiga batang silinder keluli yang terkeluar daripada lantai konkrit melengkung dari hujung ke hujung. laki-laki duduk sendirian. tadinya dia hampir menyeberangi jalan, tapi membatalkan hasratnya setelah panggilan talipon itu dijawab.

lengan panjang kiri baju kemeja kotak-kotak ditarik naik sedikit, sehingga jam yang melilit di pergelangan kelihatan. usai melirik paparan waktu digital, laki-laki membuang pandangannya ke arah jalan berturap lurus yang agak jauh lokasi belokannya, sama ada di hujung kiri atau kanannya. aroma petrikor daripada hujan-hujan hari lepas, masih ada berlegar di ruang udara sekitar. jalanan masih ada yang basah. pada lopak air berdekatan pondok tunggu, terpantul cerminan imej laki-laki yang sedang mengeluarkan buku puisi berwarna puteh dari beg kanvas. selak halaman bertandabuku.

tidak lama, dari belakang, datang gadis dengan buru-buru, melabuhkan duduknya di kerusi keluli. sekilas, gadis terpandang di hujung bertentangan, ada susunan buku-buku tebal, milik laki-laki.

"wah, lumayan berat tu membawanya ke sana sini.."

spontan ayat itu berlalu pada fikirannya. tajuk pada buku-buku tebal itu tidak ada yang serupa, tapi penulisnya sama; russell c hibbeler. kemudian gadis terperasan ada buku lain, buku puisi berwarna puteh yang sedang ralit dibaca laki-laki.

"ah, buku itu!"

bisik, atau mungkin jeritan kecil gadis tenggelam dalam bunyi trafik sibuk yang meluncur di jalan raya dengan dua lorong pada kedua-dua arah itu.






hangat.


jalanan masih belum lengang. laki-laki terus menyelak halaman demi halaman buku puteh bertulis puisi di tangannya. sedikit pun tidak terganggu dengan roda-roda yang berputar laju di hadapan pondok tunggu.

sedangkan gadis sesekali berpaling ke belakang, ke kiri dan ke kanan, mencari kelibat-kelibat yang gadis tunggu. sesekali pandangannya terhenti pada buku puteh bertulis puisi yang sedang dibaca laki-laki. tadinya gadis mahu saja terus menyeberangi jalan. nama jalan di hadapan pondok tunggu ini sudah betul, tapi gadis tidak pasti di seberang mana, kelibat-kelibat yang gadis tunggu akan muncul. akhirnya gadis penasaran atas dua hal; tentang hadirnya kelibat-kelibat yang gadis tunggu dan tentang buku puteh bertulis puisi yang sudah lama gadis cari hampir di semua toko buku yang gadis tahu ada di kota ini, tapi tidak ada satu pun yang menjualnya. gadis memandang ke langit, sepertinya mengharapkan hujan datang segera pada ketika itu juga. gadis butuh sedikit lagi waktu dan alasan untuk terus berada di pondok tunggu itu.






...




"kak, itu buku apa?"
"ini? isinya cuma puisi doang. tapi, sumpah keren lho."
"wah, judulnya dengan muka kavernya juga bagus. puteh.. minimalis banget. baru dibeli? belinya di mana kak? berapa harganya? pengen cari juga nih."
"nanti pinjam baca yang ini saja. susah dicari soalnya.. ini pun kebetulan baru tadi terbeli di tepi jalan. harganya? emm.. setin kopi.."
"dengan cuma setin kopi? yang benar lah kak.."
"ya, ini serius lah."
"hahaha. lucu.." 




...






pada mukasurat terakhir salah satu buku tebal, dengan pena berdakwat hitam cair, laki-laki menulis sesuatu.

--kamu tidak sendirian menunggu hujan agar ia segera datang.








pena dilepaskan.

laki-laki capai tin kopi wonda extra presso.
ada tanda harga yang masih melekat,
$1.70




Sunday, September 30, 2018

amplop berisi pikiran dan perasaan septemberu.




bismillah. 

assalamualaikum.
orang-orang menjual jam di meja-meja pasar malam, di dalam almari kaca kedai mewah berhawa dingin dan di akaun-akaun media sosial, padahal waktu tidak pernah boleh dibeli. siapa yang paling menghargai waktu tidak dicari pada orang yang mengenakan jam yang paling mahal. waktu tidak pernah akan berputar kembali ke belakang meskipun kita memutar balik jarum jam pada arah yang bertentangan. memiliki banyak jam, jam di tangan, jam di dinding, jam di telefon dan jam di komputer tidak membuatkan seseorang memiliki banyak waktu. memberikan waktu kita untuk seseorang tidak bererti kita perlu memberikan jam kita kepadanya. jam adalah khayalan sedangkan waktu adalah realiti.


































































































___
'demi waktu', bukan 'demi jam'.

Monday, September 17, 2018

quatervois.




"langit tidak dibuka untuk menerima kunjungan malam ini." 
"kenapa? apa yang tiada di langit ini malam?" 
"night sky without the stars. pale and dull." 
"dude, you just literally skipped the moon while looking for the stars."

malam itu kanvas langit sedikit lengang. entah apa yang digunakan matahari untuk meletakkan bintang di sana ketika senja tadi. kalau dilekatkan dengan gam uhu, mungkin terlalu sedikit yang disapukan padanya. kalau ditampalkan dengan pin, mungkin tidak cukup kuat ditekan masuk. apa pun itu, sungguhlah matahari tidak bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya. sambil lewa saja, mentang-mentang sudah menuju waktu tamat kerja.

bintang-bintang dengan mudahnya tertanggal, ditiup oleh angin, terbang melayang. bergesel dengan awan, tercabut satu demi satu. jatuh berderai ke bumi. esok pagi, pasti matahari bingung mahu mencari satu per satu butir bintang yang berserakan itu.

"kalau langit ni sebuah pementasan teater cahaya, bintang adalah bintang utamanya. bintang ni elemen spesial. bulan? bulan tak perlu cari pun akan sentiasa ada di langit setiap malam." 
"itulah sebabnya." 
"sebab? sebab apa?" 
"sebab bulan sentiasa ada di langit walau apa pun keadaannya di atas sana. orang kata kita tidak akan perasan tentang sesuatu yang ada bersama kita sehingga sesuatu itu hilang. tapi hakikatnya, kita sebenarnya tahu dan sedar tentang sesuatu itu yang sentiasa ada dekat dengan kita, tapi kita fikir kita tidak akan pernah kehilangannya. kita memang suka buat benda ironi."

bulan sedang berpaut pada tali tergantung yang terikat kemas pada sebatang paku yang sudah lama ada terekat di siling langit. malam itu, bulan menyaksikan semuanya. bintang-bintang di kanvas langit yang tertanggal, jatuh dan berserakan ke bumi. bulan tidak senang hati melihat apa yang berlaku di sekelilingnya. ia sedikit panik tapi cuba untuk tetap berfikiran waras.

bulan sedikit-sedikit merenggangkan pautannya pada tali tempat ia bergantung, mencuba-cuba untuk menangkap butir-butir bintang yang berjatuhan tapi graviti terlalu laju menarik mereka ke bumi. tidak tergapai.


"hmm, you're not specifically talking about the moon right? is there something else?" 
"of course. there is always something else in the creation of Allah, if we look deeper into it." 
"so, what is it this time?" 
"i'm actually talking about myself. well, i used to memorized some ayahs from the qur'an that i thought i will never be able to. and then, yeah i also thought that i will never forget anything once i got them memorized in my mind.. but now i realized, i'm erasing kalimah by kalimah at every moment i surrender myself to the dark side of me. i took the light that Allah had given me, for granted. you don't put qur'an's ayah in the  mind, but in your heart. and you cannot read anything in the dark even if it is there."
"so? go get the light back if you think they're worth your everything. fight back dude."


akhirnya, bulan membuat keputusan paling besar sepanjang ia bertugas sebagai sekuriti langit shif malam. ia melepaskan pautannya pada tali tempat ia bergantung dan melompat turun ke bumi. menggeledah hutan, menyelam laut dan menyelak bangunan-bangunan konkrit untuk memungut semula semua butir bintang yang terjatuh.

malam itu direkodkan sebagai langit yang paling gelap gelita tanpa sedikit pun cahaya.



Friday, September 07, 2018

hujan 1969.





(1) 
        apakah yang kautangkap dari swara hujan, dari
daun-daun bugenvil basah yang teratur mengetuk jendela?
apakah yang kautangkap dari bau tanah, dari ricik air yang
turun di selokan?
        ia membayangkan hubungan gaib antara tanah dan
hujan, membayangkan rahasia daun basah serta ketukan
yang berulang.
        “tak ada. kecuali bayang-bayangmu sendiri yang di
balik pintu memimpikan ketukan itu, memimpikan sapa
pinggir hujan, memimpikan bisik yang membersit dari titik
air menggelincir dari daun dekat jendela itu. atau
memimpikan semacam suku kata yang akan mengantarmu
tidur.”
        barangkali sudah terlalu sering ia mendengarnya, dan
tak lagi mengenalnya.

(2) 
apakah yang kita harapkan dari hujan? mula-mula ia di
        udara tinggi, ringan dan bebas; lalu mengkristal dalam
        dingin; kemudian melayang jatuh ketika tercium bau
        bumi; dan menimpa pohon jambu itu, tergelincir dari
        daun-daun, melenting di atas genting, tumpah di
        pekarangan rumah, dan kembali ke bumi.
apakah yang kita harapkan? hujan juga jatuh di jalan yang
        panjang, menyusurnya, dan tergelincir masuk selokan
        kecil, mericik swaranya, menyusur selokan, terus
        mericik sejak sore, mericik juga di malam gelap ini,
        bercakap tentang lautan.
apakah? mungkin ada juga hujan yang jatuh di lautan.
        selamat tidur.

(3) 
dan tik-tok jam itu kita indera kembali akhirnya
terpisah dari hujan

___
*hujan dalam komposisi, sapardi djoko damono (1969)




Friday, August 31, 2018

amplop berisi pikiran dan perasaan ogosee.



bismillah. 

assalamualaikum.
umumnya jarak fizikal diukur dengan pembaris berskala dan unitnya adalah meter. tapi, orang-orang lebih mudah mengukur jarak dengan masa dengan mengunakan jam sebagai unitnya. orang-orang susah untuk mendapatkan bayangan tentang berapa jauh atau dekat jarak di antara dua lokasi jika dinyatakan kepada mereka ukuran fizikal dalam meter. tapi, kalau diberitahukan berapa lama masa yang diperlukan untuk bergerak daripada satu tempat ke satu tempat yang lain, mereka mudah menentukan sama ada jarak itu jauh atau dekat. ya, jarak bernilai relatif dengan masa jika ingin menentukan halaju. jadi, tepat juga menentukan jarak dengan membaca halaju dan masa. jarak sejam dengan menaiki kapal terbang sudah tentu dibaca lain dengan jarak sejam dengan menaiki kereta api. seperti  jarak(dalam jam) dari sini, tempat surat ini ditulis, menuju ke sana, ke arah surat ini ditujukan, dengan halaju sebuah kereta sorong ialah.. ia sangat memenatkan.


































































































___
...kan?

Friday, August 17, 2018

dopamine.





"we're always longing for the next big things, aren't we?" 
"as we believe that the next big things will be our infinite happiness."

haritu bawa uwais dan muaz jalan-jalan.
ada singgah kedai mainan.

eksaited. sangat.

"in fact, happiness is easy. as easy as eating ice cream on a hot sunny days." 
"but, they are all temporary. we do felt rejoiced but for only like 10 minutes? who on earth eat ice cream all day long anyway? so, we look for the next available things nearby to get us entertained and feel happy."


satu mainan jak boleh pilih setiap seorang. rambang mata ndak tau mau pilih mana. tangan pegang mainan lain. mata pandang mainan lain. hampir satu jam tunggu keputusan. akhirnya, dua-dua pilih kereta-lumba-pasang-sendiri.

sepanjang perjalanan, ndak berhenti belek-belek kotak kereta masing-masing sambil banding-banding setiap detail kereta diorang.

eksaitednyaaa.


"on another level of life, we look forward to get graduated from school since the first moment we sit on the classroom chair. yes, we are so happy on the graduation day. but for how many days it will last? one or two days? then we get bored again. we cannot wait to get employed. we got really excited on the first day at the office. but, guess what? as weeks and months goes by, we start to feel dull inside, repeating the same work routine every day." 
"but, we do still believe that the next big things will bring us long lasting happiness. we got stuck in a mindset loophole without ever realizing it."


sampai rumah, terus bukak kotak dan try pasang. atok(bapak) pun bantu sekali pasangkan. kereta muaz siap dulu. kereta uwais ndak boleh siap sebab ada terhilang atau terpatah satu part penting. terbengkalai satu kereta. sayangnya tu kereta. haha.

jadinya uwais dengan muaz kongsi satu kereta yang siap tu, main dengan si memeng, suruh kucing jingga puteh tu kejar kereta diorang. si memeng layan jak.

masih eksaited.


"surah number twenty eight, ayah number seventy six and seventy seven. this explains about how we should never be deluded by a fake happiness, unbalanced motivation."
"our vision was too short that we end up limiting our pursuit of happiness to only within this worldly dunya, forgetting that akhirah is the final destination."


tapi, lepas sehari dua, kereta mainan yang lengkap tu pun terbengkalai, masuk dalam bakul mainan diorang, bercampur dengan mainan-mainan lama. ndak da suda keseronokan dan keterujaan untuk masukkan bateri dalam kereta mainan tu dan lepaskan ia meluncur sambil dikejar si memeng. ndak eksaited sudah.

fokus diorang berpindah. main benda lain yang best selain mainan plastik. dan setel lah eksperimen  ayat dua puluh, surah lima puluh tujuh.






___


al-qasas: 76-77.
 do not exult. indeed, Allah does not like the exultant.
 but seek, through that which Allah has given you, the home of the hereafter; and (yet), do not forget your share of the world.

al-hadid: 20
 sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan.


Tuesday, August 07, 2018

writing backwards.







kau tidak membaca tulisanku.




















ada kata yang salah pada ayat itu dan ada dua jenis manusia di dunia ini. yang pertama, yang untuk memperbetulkan ayat itu, dipadam kata demi kata daripada penghujung ayat sehingga sampai kepada kata yang salah. kemudian menuliskan pula semula semua kata yang terpadam. mungkin tidak cuma dalam memperbetulkan hal tulisan, malah, banyak perkara dalam hidup juga diperlakukan sebegitu. seluruh yang sudah sedia tepat di posisinya dipadam untuk memperbetulkan kesalahan, yang sedikit.

kau tidak membaca tulisanku.
kau tidak membaca
kau tidak
kau


manakala yang kedua, cukup memadam kata yang salah dan menuliskan kata yang tepat di situ. kerana, untuk apa merumitkan kesalahan yang boleh diselesaikan dengan mudah? dalam banyak hal, penyelesaian terbaik adalah yang paling ringkas tanpa perlu mengubah apa-apa yang sudah sedia tepat peranan dan maknanya.


kau        membaca tulisanku.
































oh ya, ini kata yang tepat; sedang.










Tuesday, July 31, 2018

amplop berisi pikiran dan perasaan julayv.



bismillah. 

assalamualaikum.
pada pikiran setiap orang, ada banyak  hal yang tidak terkatakan atau tertuliskan kerana vokabulari yang terbatas. kamus yang ada di dunia hanya berguna jika ada perkataan yang orang-orang tahu ejaan dan sebutannya, kemudian mereka ingin mengetahui apa makna dan bagaimana ia terpakai untuk membentuk ayat. tapi, masih tidak ada kamus yang berfungsi dengan tujuan yang terbalik dari itu. ketika ada hal yang tidak tahu bagaimana untuk diperkatakan, orang-orang akan menulis puisi sebagai jalan pintas menerangkan sesuatu yang masih abstrak di pikiran mereka. well, less is more.. kemudian jika masih tersesat ke arah makna itu, orang-orang akan melukis atau mengangkat kamera menggambar apa saja sebagai ganti perkataan. yeah, a picture speaks a thousand words.. tapi, ada yang berusaha untuk tetap sabar dan tabah. berjalan ke sana ke mari membuka helaian demi helaian dan meneliti huruf demi huruf sehingga ia bertemu perkataan dan ayat paling sesuai untuk menerangkan pikirannya tanpa perlu kepada puisi atau foto. ah, maaf. sebenarnya tidak begitu. mereka ini cuma tidak berbakat berpuisi apa lagi hebat melukis jauh sekali handal bermain kamera. ya, aku antaranya. so, if you would, please bear with me.


































































































___
*dear writer(s), poet(s) and photographers(s) who somehow happen to read/hear this, i'm sorry. you guys are all great and talented with your burning passions, my source of inspirations. but, i just need to write something random here. so, pardon me, okay?

Tuesday, July 17, 2018

everyone.






"welcome to subway." 
"hi."

bandara, ah, maksudku lapangan terbang adalah tempat percuma untuk membaca novel yang terbuka dalam dimensi realiti, tempat yang penuh babak dan drama. semua orang adalah watak yang sedang menjalani plot masing-masing. dan aku sedang membina narasi peribadi untuk setiap kisah yang sedang menuliskan dirinya sendiri di sekitarku.

"bread?"
"honey oat, please." 
"foot long or half?" 
"half." 

tidak perlu ke hutan atau ambil peduli tentang berita ramalan cuaca esok hari. kerana, selain rumah sakit dan tapak perkuburan, lapangan terbang juga adalah tempat percuma untuk menyaksikan pemandangan air terjun yang mengalir jernih dan jatuhan hujan yang tidak tertahan, bila-bila pun waktunya.

"menu?"
"chicken teriyaki, please."

ada dua jenis air mata yang mengalir di sini. dingin dan hangat. tidak perlu diukur suhunya dengan termometer. aku tidak selalu meminta untuk memaknakan tulisan-tulisanku secara literal.

"anything else to add on?"
"no."
"extra cheese?"
"sure."

air mata yang mendinginkan hati,  yang menyejukkan jiwa, yang menyenangkan perasaan mengalir daripada mata air kebahagiaan. seperti di balai ketibaan, ada seorang ibu yang gembira menyambut anak lelakinya yang sudah dewasa pulang setelah sekian lama, atau ayah, seorang askar, yang bertemu bayi kecilnya aman tidur di dukungan. rasa rindu, cinta dan sayang teradun dalam cairan jernih yang mengalir pada pipi yang kering itu. membasahi. mata yang sedang dingin.

"vegetables topping?" 
"tomatoes, cucumbers and lettuces, please."
"that's all?"
"yup."

sedangkan air mata yang hangat, yang sedikit menyesakkan dada mengalir daripada mata air kesedihan. seperti seorang gadis yang melambai ke arah keluarganya di gerbang masuk balai perlepasan untuk meneruskan petualangan jauh di rantau orang, atau sepasang suami isteri yang baru bernikah tiga hari lepas kini harus berpisah berjarak kerana komitmen kerjaya. ada rasa takut mungkin. ada rasa kecewa barangakali, ada bebanan perasaan-perasaan yang berat agaknya pada cairan yang mengalir tanpa bau itu, tidak wangi untuk disebut haruman, tidak busuk untuk dikatakan najis. polos. itulah mata yang sedang dalam kehangatan.

"sauces?"
"honey mustard, bbq, chili and thousand island, please." 
"else?"
"that's it." 

oh ya, hampir setiap hari mataku juga panas kehangatan. ah, tidak. aku tidak menangis setiap hari. tidak ada air yang mengalir keluar. cuma, aku kan selalu ada di tapak pembinaan yang malar terik dan penuh debu. itu menyesakkan mata. tapi setelah selesai di sana, aku akan pulang ke pejabat yang alhamdulillah terlindung dan berhawa dingin. nah, di sini mata ini kembali sejuk dan berada dalam kedinginan.

"want to make it a meal?"
"yes, please."
"cookies or chips?"
"i'll take cookies." 
"so, the cookies? they can be mixed." 
"chocolate chip and oatmeal raisin."


jadi, semua orang di lapangan terbang ini sama ada sedang menuju, menunggu atau meninggalkan hal-hal atau mungkin orang-orang yang sama ada akan menyejukkan atau menghangatkan mata dan pandangan mereka.

"here is the cup and the drink dispenser is over here."
"emm, lemon tea finished? its written here."
"yes but will be refilled shortly."
"i'll wait for it then." 

empat ayat terakhir pada surah ke- dua puluh lima. 
semoga.

"to eat here or take away?"
"take away, thank you."



Saturday, July 07, 2018

on apathy.

















you're wrong. 
the question is not, 
"how dirty you are with your sins?" 
the question is, 
"how vast and deep Allah's ocean of mercy?"





























___
*but, never take Allah's mercy for granted that you just sinning freely with the mindset that you always can just do tawbah in one go whenever you feel like you've sinned too much. don't be silly. life is not a prepaid plan that you can top up your credit to get an extra validity period. when life is over, it is over. full stop. no reminder message to tell you that your validity period or credit is almost over. so, make the call while you still have the time.

Saturday, June 30, 2018

amplop berisi pikiran dan perasaan junno.



bismillah. 

assalamualaikum.
separuh tahun berlalu. apa saja yang sudah berlaku sepanjang ini? atau apa lagi yang belum berlaku? waktu, jika dilihat ke belakang, akan terasa ia berlalu pantas, tapi jika dilihat ke depan, akan terasa begitu perlahan, kan? jangan pernah percaya kepada persembahan ahli magis. tidak ada magis di dunia. mereka hanya bermain perspektif, mengawal sudut pandang penontonnya supaya mempercayai bahawa mereka sedang berada di dimensi lain dan memanipulasi realiti yang sedang orang lain jalani. tapi, ada yang kita boleh belajar daripada mereka tentang bagaimana memanipulasi perspektif fikiran kita, bukan untuk mengubah realiti kehidupan, realiti tidak boleh diubah, tetapi untuk sentiasa merasa kagum dengan persembahan takdir Tuhan yang maha sempurna, jauh sekali malah tidak layak untuk dibandingkan dengan mana-mana trik magis di dunia. semua ini hanya akan menjadi jika kita berada pada sudut pandang yang tepat.


































































































___
*sebenarnya ada tulisan pada ruang puteh kosong di atas ini. tak nampak pun? sebab ini magis.

Sunday, June 17, 2018

epiphanies.






"uwais, sudah mandi ka?"
"belum. mana si memeng pacik?"
"ndak tau. di bawak kolong kali. biar la dia main. uwais pigi dulu mandi."
"sekejap."
"sekarang."
"pacik sudah mengaji ka?"
"baru mau mengaji. mandi dulu ba uwais."
"nanti sekejap. mana atok?"
"masih di masjid kali. sini palek duduk sama pacik."
"ok."



"uwais tau ka?"
"apa?"
"ini apa?"
"akuan."
"pandai."
"bila pacik balik?"
"lama lagi. uwais tau ka apa maksud qur'an?"
"ndak tau."
"qur'an ni perkataan arab. terbit dari tiga huruf dasar, qaf, ra dan hamzah. salah satu maksud daripada gabungan tiga huruf ni, perkataan qara'a, ialah 'mengumpulkan atau mencantumkan sesuatu, bahagian demi bahagian'. ada lagi maksud lain yang merujuk khusus kepada 'baca' atau perbuatan 'membaca'."
"emm."



"uwais tau ka?"
"apa?"
"apa dalam qur'an?"
"kertas la."
"pandai."
"nanti pacik pigi jalan ka?"
"ndak tau lagi. kenapa?"
"ikut ba."
"uwais mau pigi mana?"
"pigi mana-mana jak la."
"tapi, macammana mau ikut, uwais belum mandi."
"pacik sudah mandi ka?"
"sudah. uwais jak belum."
"emm. sekejap palek." unzip the qu'ran and randomly flipping through pages.



"uwais tau ka?"
"apa?"
"emm. i think you can handle this. dalam qur'an, Allah banyak bercerita tentang Dzat-Nya supaya kita lebih kenal Allah dan seterusnya memperbaiki hubungan kita dengan Allah. kadang Allah menyatakan sesuatu secara langsung kepada kita, dan kadang Allah letakkan perumpamaan sebagai analogi yang membawa maksud yang sangat, sangat dalam. ayat qur'an begini menghadiahkan hikmah yang sangat besar untuk orang-orang yang mahu merenunginya. hikmah yang akan mengajar kita bagaimana untuk memandang dan berurusan dengan realiti hidup dan memahami fisikologi semulajadi manusia. kadang Allah ceritakan kisah dan kejadian para nabi  dan kaum terdahulu, untuk menjemput kita menggali setiap perincian dan merumus keluar mesej-mesej praktikal. setiap naratif memberi nuansa pandangan yang berbeza, bergantung kepada kepelbagaian pengalaman lepas dalam hidup kita dan sedalam mana kita menenggelamkan renungan. aduh, macam panjang betul sudah ni, uwais. padahal belum habis lagi."
"Allahumma barikhlana.." suddenly recites before-eating prayer while pointing to random ayah.
"amin.."



"meow."
"meow?"
"tu na si memeng." pointing to an orange-white furly female cat walking out from the front door.
"meow."
"meow."
"meow."
"meow."
"uwais pigi la main sekejap sama si memeng. tapi panggil dulu abang emi dengan kak lia. tasmik bilang. abang muaz jugak panggil sekali pigi sini."
"meow." grabbed memeng but then quickly released her back as memeng bite his finger, in a pamper way, of course. memeng bite a lot, maybe it is her affectionate nature.
"tu la, uwais belum mandi, ndak sukak si memeng." implying logic to a five years old.
"ndak la. si memeng lapar ba ni." and he strikes back with a proper logic.









___
*no, i'm not good in tilawah(my tajweed is a disaster) or in memorizing an ayah let alone an entire surah. but, i love, like really really really love, listening to them reciting confidently qur'an ayahs they memorized while i do the checking on the mushaf for them, just in case if they mislead somewhere. may Allah protect you all, sweethearts. Alhamdulillah. :')

Thursday, June 07, 2018

rhodopsin cycle.







ke mana hilangnya cahaya pada pandangan matamu? apa yang terjadi pada langit oren kemerah-merahan itu? kukira itu adalah fajarmu, rupanya itu senja yang memadam terus cahaya. kau kehilangan Tuhan lalu kau kehilangan dirimu sendiri. dalam perjalanan di atas rel kereta api kemarin, entah di stesen mana kau tinggalkan jiwamu, dan tidak sedikit pun terlintas untuk datang mengambilnya kembali walaupun destinasi terakhir semakin hampir. hatimu? hatimu telah kau campak dalam lautan air mata yang mengalir dari paip yang kau buka sia-sia, dan kau biarkan hatimu tenggelam. tenggelam! semua yang kau rasai dan alami adalah berpunca dari pilihan-pilihanmu sendiri yang diputuskan ketika kau lebih mempercayai dirimu sendiri berbanding kepercayaanmu kepada Tuhan. kemudiannya, apabila semua tidak berlaku seperti mana yang kau harapkan, barulah kau berpaling kepada Tuhan. mungkin kau tidak sedar bahawa Tuhan bukan back-up-plan untuk semua masalah yang kau cipta sendiri. Tuhan sentiasa ada bersamamu bahkan ketika kau telah melampaui batas terhadap dirimu sendiri, dan awan-awan keampunanNya sentiasa ada untuk menyiramimu dengan hujan yang membersihkan. ingatlah ketika kau berada di penghujung tebing, ah pedulikanlah dunia, pedulikanlah akhirat, seluruh fikiranmu sedia meninggalkan semuanya, tetapi ada sesuatu, ada sesuatu yang menahanmu daripada terjun ke dalam jurang itu. namun, masih ada lagi doa-doamu yang kau kira belum berjawab atau mungkin tidak akan terjawab seperti apa yang kau mahukan. kau lupa pada Tuhan. kau lupa jiwamu sendiri. kau kehilangan arah. sebenarnya, kau punya kemampuan untuk melepaskan segala yang mengikat dan menarikmu di sepanjang lorong ini, kau boleh saja berpatah balik ke persimpangan itu dan mengambil lorong yang lain, bertemu orang-orang yang berbeza, dan seluruh keadaan di lorong itu akan mengingatkanmu kepada Tuhan dengan situasi yang berbeza. tapi kau selesa dengan berlemah-lemah, senang sendiri berselimutkan kesunyian dalam ruangan yang tiada siapa kecuali dirimu sendiri. kau bertapak dalam kegelapan yang kau jadikan sebagai kediaman. saat, minit dan jam pada hari-hari kosong terus berlalu dan tiada siapa yang tahu keberadaanmu. pintu itu berketuk tapi kau biarkan ianya berkunci. sebenarnya kau tidak mahu sesiapa pun untuk membuka kunci itu dan membebaskan dirimu dari kesengsaraan yang tidak terzahir. sehingga satu waktu kau perasan ada celah bukaan sempit di antara bawah pintu dan lantai. di celah sempit itulah cahaya menyelit masuk dan mencetuskan getaran kecil di dalam hatimu. perlahan-lahan hati yang hampir mati, kerana tidak mampu bernafas dengan lancar itu mendapatkan udara baru. ketahuilah bahawa, nafas itu adalah doa berjawab yang dikirim kepada Tuhan beralamatkan namamu, oleh mereka yang masih kasih tetap sayang kepadamu. kau hanya terlupa tapi belum keputusan asa. kau perlu tersesat untuk menemukan. kau harus kehilangan sesuatu untuk lebih menghargai cinta Tuhan yang memberi segala sesuatu. lihatlah di balik sana, matahari sudah mulai terbit untuk memadam kegelapan. pandangan mata yang sudah leka dalam kegelapan, akan merasa tidak selesa jika disuluh cahaya secara tiba-tiba. tapi, itu tidak akan lama, perlahan-lahan ia akan tetap menyesuaikan retinanya dengan keterangan yang benderang.