is your glass half full or half empty? hari ini jiwa kita sering merasa tidak aman, tidak tenteram, selalu runsing bahkan kehilangan ketenangan hati yang pernah kita miliki sebelum ini. semua hanya kerana kita tersalah memandang cawan kehidupan. ketika hari ini kita sibuk memikirkan separuh cawan kita yang masih tidak penuh penuh, kita mempersoalkan pelbagai hal- mengapa masih tidak penuh? bila akan penuh? ah, apakah memang tidak akan penuh selamanya? -kita sibuk menangisi separuh cawan yang masih kosong sehingga lupa untuk bersyukur atas separuh cawan lagi yang sudah Tuhan, dengan penuh kasih sayang, mengisinya untuk kita.
is your glass half full or half empty? hari ini jiwa kita sering merasa tidak aman, tidak tenteram, selalu runsing bahkan kehilangan ketenangan hati yang pernah kita miliki sebelum ini. semua hanya kerana kita tersalah memandang cawan kehidupan. ketika hari ini kita tetap sibuk memikirkan cara dan jalan agar separuh lagi cawan kita akan terisi penuh, ada orang lain yang diuji Tuhan dengan tumpahnya isi dalam cawan yang sekian lama dan penuh sukar ditadah mereka sepanjang kehidupan. mungkin tumpah dengan musibah yang diluar kehendak, kekuasaan mereka sebagai seorang manusia, sama seperti kita. pada akhirnya, mereka terpaksa bermula semula dengan cawan yang kosong sedangkan kita masih saja dalam keberuntungan, menggenggam cawan yang masih terisi separuh.
is your glass half full or half empty? hari ini jiwa kita sering merasa tidak aman, tidak tenteram, selalu runsing bahkan kehilangan ketenangan hati yang pernah kita miliki sebelum ini. semua hanya kerana kita tersalah memandang cawan kehidupan. ketika kita hari ini terus saja sibuk ke sana ke sini membawa cawan dalam gengam tangan, kita lupa bahwa alangkah bertuahnya kita kerana memiliki cawan ini. sedangkan, ada saja orang yang mengharungi kehidupan yang menghauskan tanpa mereka memiliki cawan sendiri untuk menadah air.
is your glass half full or half empty? hari ini jiwa kita sering merasa tidak aman, tidak tenteram, selalu runsing bahkan kehilangan ketenangan hati yang pernah kita miliki sebelum ini. semua hanya kerana kita tersalah memandang cawan kehidupan. sempatkanlah berfikir, jika Tuhan menangguhkan atau melambatkan untuk cawan kita penuh, pasti ada hikmah disebaliknya. Tuhan maha mengetahui perihal setiap hambaNya kan? mungkin saja jika air dituang sekaligus dengan kuantiti yang banyak ke dalam cawan kita, kita tidak mampu menanggungnya dan kita akan terlepas gengam, cawan jatuh pecah berderai, isinya tumpah dan hilang begitu saja; kita hilang segalanya.
is your glass half full or half empty? marilah kita sama-sama belajar bersyukur dengan bersabar dan marilah belajar bersabar dengan bersyukur. marilah sama-sama memandang cawan kehidupan kita pada sisi yang betul. aku juga sedang berusaha dan belajar tentangnya.
_____________
*jarum jam berpusing dua kali. apa yang kita tertinggal pada 11.59 am, mungkin akan kita temui pada 11.59 pm. :)
No comments:
Post a Comment