Wednesday, June 10, 2015

seventeen.




ada cerita tentang lima orang kawan kecil. di sebuah kampung jauh di tengah ladang kopi tepian bukit hijau, mereka selalu bersama berlari mengejar burung burung yang berterbangan mengigit gigit biji kopi yang ditanam penduduk kampung. nama mereka laut, awan, angin dan matahari. kalian jangan pelik ya, itu cuma nama panggilan antara mereka.

laut adalah laut kerana luasnya jiwa dan pikirannya. dia tahu macam-macam. mungkin kerana dia rajin membaca buku buku di pusat sumber sekolah. awan adalah awan kerana dia adalah anak kecil berkulit cerah seperti awan-awan puteh. dia mewarisi itu dari orang tuanya. angin adalah angin kerana dia suka berlari. lariannya laju. dia jaguh larian di sekolah. tapi bila berlari bersama kawan-kawannya ini, angin akan belari perlahan paling belakang, tidak mahu meninggalkan mereka. matahari adalah matahari kerana di rumahnya ada banyak pokok bunga matahari yang ditanam ibunya. laman rumah mereka penuh dengan kelopak jingga itu. jadi sekarang sudah jelas kan kenapa mereka menggunakan nama nama itu?

sebelum itu, kalian mesti ada yang bertanya, awal awal kata saya ini cerita tentang lima orang kawan kecil. tapi, ini cuma ada empat. yang kelima siapa? sebentar.. ini baru masuk cerita tentang dia. yang kelima justru adalah hujan. ya, hujan. empat orang anak kecil dan hujan. mereka berlima adalah kawan. eh, kenapa mesti hujan?


kerana hujan adalah gabungan daripada laut, awan, angin dan matahari. matahari dan angin mengangkat air laut naik ke langit yang kemudiannya ditampung oleh awan. setelah itu hujan akan turun dengan gembira di mana saja. menurut guru sains di sekolah, prosesnya lebih kurang begitu.

kerana hujan tidak pernah sendirian. meski di manapun ia jatuh, ia tidak akan jatuh sendirian. pernah dibasahi hujan yang cuma setitis?


menginjak usia tujuh belas, mereka berempat tidak lagi akan berlari bersama di ladang kopi tepian bukit hijau. justru, kini mereka harus berlarian sendiri di ladang ladang konkrit dan batu di tengah tengah kota bandar manusia demi mengejar cita masing masing. tapi itu tidak sedikitpun merisaukan mereka.


kerana mereka ada hujan. dan hujan akan ada di mana mana.
kerana mereka ada doa. dan doa akan ada di mana mana.



4 comments:

  1. two thumbs up! Dah boleh terbit buku dah ni.

    ReplyDelete
  2. haha. still a long way to go.. btw, thanks. :)

    ReplyDelete
  3. Tulisan yg ada jiwa.
    All the best bruh !

    ReplyDelete