"Min, apa yang enta lihat kat depan ni?"
"Ha? Emm, laut?"
"Oke. Apa yang enta lihat pada laut tu?"
"Luas. Kosong. Airnya masin. Adala ombak kecil-kecil sikit. Kenapa bang?"Sekali sekala mereka mengutip batu-batu kecil. Melemparnya sejauh mungkin ke arah lautan. Mungkin dengan harapan, bersama batu-batu itu dibawa segala resah dan gelisah yang membungkam.
"Pandang dalam lagi Min."
"Maksud abang?"
"Dalam sikit daripada permukaan laut, apa yang enta boleh lihat?"
"Emm. Tamadun hidupan laut yang berenang bebas sini sana kot. Macam ikan pelbagai spesies, sotong kurita, obor-obor. Macam-macam ada. Rezeki nelayan la ni."Ouh ya. Abang dalam cerita ini namanya Abdul Sulaiman. Abang Man nama glamournya. Manakala Min adalah nama panggilan kepada empunya nama, Muhamad Mukmin. Masing-masing adalah murabbi dan mutarabbi dalam usrah mereka. Abang Man dan Min. Eh, seirama pulak bunyinya.
"Dalam lagi Min."
"Kat dasar laut?"
"Ya."
"Ada tamadun hidupan laut gak. Tapi, majoriti yang tak berenang. Mungkin jenis yang berjalan kaki. Atau yang berjogging. Contohnya, kerang, siput, batu karang."
"Mutiara berharga yang mahal-mahal tu orang dapat kat mana?"
"Dalam kerang la bang."
"Kerang tu kat dasar laut la kan. Macam enta cakap tu."
"Hmm. A'ah."Air laut surut sedikit demi sedikit. Parasnya turun perlahan-lahan. Pantai menjadi semakin luas ke arah laut. Semakin banyak cangkerang-cangkerang siput yang ditinggalkan perumahnya kelihatan pada hamparan pasir. Berkilauan sini sana.
"So, Min nampak tak apa yang abang nampak?"
"Nampak apa bang?"
"Semakin dalam kita pandang laut tu, semakin banyak perkara berharga kita jumpa kan."
"Ouh. Ya. A'ah la bang."
Sunyi sebentar antara mereka berdua. Shiuhh.. Shiuhh.. Angin sepoi-sepoi bahasa melayu nusantara terus membelai lembut. Seekor anak ketam keluar dari lubang persembunyiannya. Berlarian mereng beberapa meter daripada mereka berdua. Perbualan disambung semula selepas iklan setempat sebentar tadi.
"Kenapa abang tanya pasal tu?:
"Tadi masa Min cerita masalah-masalah enta, Min pandang kat mana? Kat permukaan ke dalam lagi?"
"Entah. Macam mana nak tahu bang?"
"Kalau Min pandang masalah-masalah tu dengan keluhan dan rasa benci, maksudnya Min nampak pada permukaan je la. Dalam sikit, Min akan pandang ia sebagai peluang untuk diri Min belajar sesuatu. Menyelesaikan masalah baru dalam situasi berbeza mungkin. Lebih dalam lagi, nanti Min akan nampak ada perkara lain yang lebih bermakna akan berlaku selepas masalah tu selesai. Dan perkara ini tidak akan terjadi kalau masalah tadi tak hadir. Semua ada kaitannya dengan tarbiyah. Dan hasil daripada tarbiyah tidak semua datang sekelip mata. Faham tak?"
"Emm, betul jugak bang. Min rasa, ana pandang semua masalah-masalah ini sebagi beban untuk dikeluhkan je. Bukan peluang mentarbiyah diri. Sebab tu la kot tak selesai-selesai lagi."Abang Man keluarkan henset Eksperia S III dari koceknya. Lincah jemarinya menekan-nekan skrin sesentuh. Aplikasi Android, iQuran dibuka. Kemudian, dihulur kepada Min. Min baca sepotong ayat al-quran. Kemudian dia pandang Abang Man. Senyum dibalas senyum.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah:216]
...
* Mentadabbur alam itu memang seronok. Seriously.
No comments:
Post a Comment