siapa suka main game?saya suka..haha.skali sekala..
dalam bermain game,ada pelbagai halangan dan cabaran perlu di lalui sepanjang perjalanan.itu semua menjadikannya lebih menarik.bayangkan kalau bermain game cuma perlu lawan 1 org penjahat jak untuk menamatkan game.dan hanya dengan sekali jentik jak penjahat sudah KO.uh,boring..ndak da feeling lansung.main game layang-layang lagi best.
untuk naik ke level seterusnya,ada misi yang perlu di selesaikan.ada tentangan yang harus dijatuhkan.ada lawan yang mesti ditewaskan.dan di setiap level pula,tahap kesukarannya berbeza bergantung kepada reward yang akan diterima apabila selesai misi atau berjaya ke level seterusnya.power menjadi hebat.kemahiran akan meningkat.weapon semakin bervariasi.menjadikan watak hero @ staring lebih cool n awesome..
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seseorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis seperti diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya." (Hadis Riwayat Anas r.a)
Allah juga menawarkan kenaikan level kepada setiap manusia.ia bergantung kepada hebat mana ujian yang diturunkan dan bagaimana kita menghadapinya.andai ita berjaya melaluinya,maka level kita akan meningkat disisiNya.bertambah power.reward yang superb menanti apabila kita berada di peringkat terakhir perjalanan(akhirat).itulah syurga indah abadi yang tak tercapai akalku akan bagaimana indahnya.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.(Al-ankabut.ayat 2-3)
namun,ingatlah..hanya dalam game sahaja kita boleh restart andai gagal.ia boleh dilakukan sesuka hati.andai kehidupan kita sudah game over,tidak ada lagi tawaran untuk restart.maka berhati-hatilah..