rooftop.
beg galas di belakang, dilepaskan sebelah bahu.
dibawa ke hadapan.
keluarkan kamera.
keluakan lens.
"ini wide angle lens. focal length pendek atau kecil. kau tau guna untuk apa?"
"untuk photo yang frame dia lebih wider kan?"
"ha, betul.."
"nama pun 'wide angle'.. obvious laa.."
cantumkan lens dan kamera.
buka lens cover.
set shutter speed.
set iso.
set aperture.
"do you realize this.. bila kita pandang dunia atau kehidupan dari frame yang lebih luas, wider and farther, lebih jauh, barulah kita faham kenapa setiap sesuatu ada di tempatnya masing-masing. pokok, sungai, laut dan bukit. macammana setiap mereka saling berhubungan, menjalankan peranannya masing-masing untuk melengkapkan sebuah sebuah pemandangan bernuansa damai dan indah. ini tidak kelihatan jika kita cuma berdiri melihat dunia di hadapan sebatang pohon."
"nah, begitu dalam kehidupan, kita perlu melihat setiap apa yang datang ke dalam hidup kita sebagai satu identiti khusus yang memiliki peranannya yang tersendiri. mungkin itu ujian tertentu, atau manusia-manusia yang kita temui, juga kejayaan atau kegagalan dan sebagainya. semua sebenarnya saling berhubung untuk membentuk sebuah lukisan atau perjalanan takdir yang tersusun cantik setiap letaknya perkara-perkara tersebut."
angkat kamera paras muka.
dua tiga kali bunyi snap.
turunkan kamera.
buka lens.
ambil beg galas.
masukkan lens.
keluarkan lens lain.
"ok. yang ini apa?"
"just another lens?"
"haha. begini.. setiap sesuatu memiliki keindahan dan keunikan dengan caranya sendiri. indah dengan keindahannya yang sendiri. hal-hal biasa, kecil dan sepele akan kita lebih hargai jika kita tahu nilainya, keindahannya. cuma, tidak semua kelihatan dengan magnifikasi pandangan atau penglihatan berskala sifar. ia perlu kepada perkalian magnifikasi. perlu kepada perhatian dan penelitian. semacam uniknya struktur pola corak bunga atau rekahan pada sayap pepatung yang kita tangkap dalam mode close-up guna lens ni, macro lens."
"ouh.."
"your turn."
"manusia memiliki fitrah, bila terpandang atau merasakan sesuatu itu indah, mereka ingin menyampaikan pujian. dan mahu berterima kasih. kan? tapi, kepada siapa? seperti kita berterima kasih bila diberikan hadiah daripada orang lain. terima kasih kita adalah atas hadiah itu. nah, kepada siapa pula kita mahu berterima kasih atas orang yang memberikan hadiah itu? so, fitrah dibekalkan kepada manusia sebagai jalan untuk manusia sentiasa pulang kepada Tuhan."
angkat kamera paras muka.
dua tiga kali bunyi snap.
turunkan kamera.
buka lens.
ambil beg galas.
masukkan lens.
tangan masuk ke kocek seluar.
keluarkan phone.
turn on skrin.
buka lock pattern.
sebelah app camera ada app quran.
buka lock pattern.
sebelah app camera ada app quran.
"you know what, dua konsep tadi tu asalnya aku dapat daripada quran study."
"quran?"
"yup. i mean, from literary point of view, ada dua cara we can look into the quran. first, macam guna wide angle lens. looking from afar, in a bigger picture, look how every ayah within a surah interconnected with each other. secondly, by the 'close up' or 'zoom in' concept, to look deeper into a single kalimah or word, dig into its root meaning, and how precise it was chosen for that particular place in an ayah. and thats how you will be awed in silence by the divine speech."
"that's cool."
"ya, sejuk jugak atas ni."
sambung tengok pemandangan.
No comments:
Post a Comment