Wednesday, March 09, 2016

tadah tangan.








ya Allah, kurniakanlah kepada kami lidah yang lembut dan basah sentiasa mengingati dan menyebut namaMu,  hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, dan tubuh badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. ya Allah, kurniakanlah kepada kami iman yang sempurna, hati yang khusyu’, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari marabahaya dan petaka. kami mohon, ya Allah, kecukupan dari segalanya sehingga tidak sampai kami meminta-minta dari orang lain. dan berikanlah kami, ya Allah, iman kepadaMu yang sebenar-benarnya, sehingga kami tidak lagi merasa takut, mengharap dan menyembah selain dariMu. kurniakanlah naungan rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. janganlah, ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekadar kerdipan mata atau sekadar masa yang lebih singkat dari itu.

Allahumma ameen. 





No comments:

Post a Comment