sk abaka. |
bismillah.
pernah ada satu buku yang dulunya paling kita suka baca, tapi keakraban kita dengan buku tu perlahan-lahan berkurangan hari ke hari, mungkin kerana kita bertemu dengan buku-buku lain atau mungkin kerana kita sibuk dengan hal-hal lain selain membacanya. sehingga satu hari, mungkin dengan tidak sengaja, ketika kita tengah sibuk mengemas barang untuk keluar bermusafir, kita menemukan semula buku itu di laci paling bawah almari baju. maka satu persatu ingatan muncul dalam hati kita bahawa hati, jiwa, cita-cita dan impian pernah kita temukan dan tinggalkan di dalam naskhah itu.
pernah? saya pernah. :D

oh ya, sudah lebih dua minggu sejak reunion dengan kawan-kawan klasik, kawan-kawan sekolah rendah. kawan-kawan klasik sebab bila jumpa balik semuanya, satu persatu perkara, memori dari zaman belakang bermain semula di layar memori hitam putih. klasik sebab kita saling bercerita hal-hal klasik semasa kecil, daripada nikmatnya ais limau dalam plastik panjang kedai kak yan, sedapnyaaa, sehingga seronoknya main hujan sepanjang perjalanan pulang balik rumah selepas sekolah dan lari pusing padang sekolah dikejar anjing. haha. klasik sebab kita cerita tentang orang-orang klasik, para cikgu, para pak cik, para mak cik dan orang-orang lejen yang sudah lebih daripada sepuluh tahun tidak berjumpa.
klasik juga sebab kita(saya) 'bertemu semula' realiti kehidupan dan 'bertemu semula' dengan diri sendiri melalui kawan-kawan klasik ini.
...
throwback sebentar.
sekolah rendah kami terletak di tengah hutan kelapa sawit, yang sebelum itu adalah hutan pokok koko, yang sebelum itu adalah hutan pokok getah, yang sebelum itu adalah hutan.., err, entah, tahu sampai situ jak. ya, sekolah kampung untuk anak-anak kampung. sekolah yang sederhana untuk orang orang sederhana seperti kami.
aturan Tuhan, lepas tamat upsr di sekolah ini, saya ke sekolah asrama penuh di daerah lain. sekolah elit (kononnya), yang ya, pelajarnya pelajar-pelajar bijak pandai. sebelum itu, don't get me wrong kay, saya bukan mahu masuk bakul angkat sendiri. maksud saya, saya berada dalam komuniti orang-orang yang punya jalan hidup yang cerah, ada masa depan yang terjanji dengan kejayaan. hal ini selalu diulang cakap setiap kali perhimpunan oleh cikgu-cikgu, pengetua bahkan para orang-orang besar yang berkunjung untuk majlis-majlis tertentu. kata mereka, anda semua adalah orang yang terpilih. hmm, kalaulah dapat mendengarkan rasulullah saw mengatakan "anda orang yang terpilih untuk memasuki syurga" seperti yang disampaikan baginda kepada para sahabat, oh alangkah...
aturan Tuhan, lima tahun kemudian saya meneruskan pengajian ke kolej matrikulasi. majoriti kawan-kawan daripada sekolah asrama penuh juga masuk ke sini, sementara yang lain bertebaran ke institut lain termasuk ke luar negara. situasinya sama, saya masih lagi berada dalam lingkungan penuh manusia-manusia cemerlang. again, don't get me wrong kay. selangkah lagi untuk ke menara gading, menara yang sentiasa dicanang-canangkan sejak tadika lagi oleh para cikgu.
aturan Tuhan, saya melalui fasa terakhir pendidikan dengan menuntut di universiti. menuntut dalam jurusan yang pasaran kerjanya boleh dikatakan cukup terjamin. masih tetap berada dalam kelompok manusia-manusia cemerlang pendidikannya. still, don't get me wrong kay. maka, habislah pengajian di universiti. baling topi hitam bertali merah. maka graduanlah saya. kira-kira sebulan lepas habis pengajian(belum majlis konvokesyen lagi) saya mula berkerja dengan pendapatan yang lebih dari mencukupi untuk seorang anak lelaki bongsu, bujang tanpa apa-apa tanggungan seperti saya.
ok, habis throwback.
*bila tulis dan baca balik begini, baru saya sedar betapa jalan hidup saya terlalu mudah dan lurus. semuanya sentiasa bergemerlapan dengan lampu lip lap lip lap. alhamdulillah. tsumma alhamdulillah. sungguh hambaMu ini kurang rasa syukurnya, Allahurabbi.. T_T
...
kembali kepada kawan-kawan klasik. pertemuan yang bermula daripada facebook kemudian berkumpul dalam wassap dan akhirnya be-reunion temu mata di kfc bandar tawau, membawa saya kembali berfikir banyak tentang kehidupan.
saya tidak tahu jalan hidup yang bagaimana setiap dari kawan-kawan klasik ini lalui selepas tamat di sekolah rendah. yang pasti, tidak semua melalui laluan mudah seperti saya. selepas bertemu kembali barulah satu persatu cerita dibuka. ada yang manis indah dan ada juga yang pahit menyakitkan. terlalu banyak hal yang dilalui setiap dari kami. yang bila difikir kembali, saya ingatkan perkara-perkara ini cuma berlaku dalam drama-drama melayu slot akasia tv3. terlalu banyak hal yang entah jika saya sendiri yang lalui, entah di mana saya hari ini. jujur, kawan-kawan klasik ini melalui ujian hidup yang jauh lebih hebat daripada yang pernah saya sendiri lalui. ujian yang bagaimana, biarlah ia tetap rahsia antara kami.
apa yang tetap mengagumkan saya, kawan-kawan klasik ini tetap ceria dan mudah berkongsi cerita meski perjuangan yang mereka sedang lalui sungguh mencabar menurut saya peribadi.
seluruh hal ini kembali membuat saya bermuhasabah panjang, bahawa betapa manjanya saya dengan kehidupan. baru bertemu ujian luka terguris duri bunga sudah mahu dimasukkan dalam wad icu. sedangkan kawan-kawan klasik ini parah ditabrak lori masih tetap gagah mahu berlari menghabiskan marathon mereka. Allahurabbi..
bahkan, dari kawan-kawan klasik ini juga saya belajar, untuk sentiasa melahirkan rasa syukur dan menundukkan rasa sombong riak, kita perlu banyak memberi setiap kali kita merasa lebih. baik dalam hal ilmu pengetahuan, hal hati dan perasaan, mahupun hal materi. meski cuma sedikit, tetaplah sentiasa berkongsi.. begitu.
akhirnya, Alhamdulillah atas kurniaan kawan-kawan klasik ini. :)