Monday, October 7, 2013

hentian bas Sri Putra.




Hentian bas Sri Putra. Stesen minyak, Petronasional. 9.25 malam.
"Tunggu apa?"
  Pertanyaan pak cik tua. Separuh abad. Janggut putih yang mencapai butang kedua dari atas, kemeja kotak-kotaknya yang berwarna hijau merah. Mungkin dia kasihan. Atau mungkin bosan. Melihat aku termangu. Sendirian. Kesepian. Dalam sedu sedan. Ah, apa-apalah.
"Tunggu kematian."
  Di tanganku ada helaian tiket bas Transnas. JHB - KUL. Besar jugak tulisannya. Sedikit bercanda menjawab pertanyaan ce-pu-mas pak cik itu. Tak kan dia tak tahu? Ini kan tempat tunggu bas.

  Air mukanya sedikit berubah. Aduh, aku terlalu lancang. Menyesal pula.
"Kau yakin? Sudah bersedia?"
"Err, tidak sebenarnya."
  Serius pula jadinya.
"Bas pukul berapa?"
"10.30"
"Ada satu jam lagi."
"Ya. Lama lagi."
  Sunyi sebentar. Walaupun di hadapan kami adalah litar lumba versi highway. Tak lama kemudian, bas Key-Key-Key-El mendarat dihadapan kami.
"Kalau bas tu adalah malaikat maut yang akan ambil dan bawa kamu ke alam seterusnya, macammana?"
"Err, macammana apa?"
"Satu jam tu lama tak?"
  Aku tersentak. Entah, tak tahu nak jawab apa.
"Bas pak cik dah sampai. Pergi dulu ya."
"Oh. Oke. Oke." 
  Sambil menghantar lambaian kepadanya, aku berkira-kira berapa lama lagi giliran aku untuk menyusul..

...

[071013]
Untuk semua perkara dalam 22 tahun yang lepas; Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment