"When faced with two choices, simply toss a coin. It works not because it settles the question for you, but because in that brief moment when the coin is in the air, you suddenly know what you are hoping for."
No, I'm sorry. Perform istikharah.
...
Jam sudah melewati pukul 1.00 pagi. Am masih tak dapat lelap mata. Lengan kanan menindih dahinya yang berkerut-merut.
Pesan ibu lewat perbualan talipon selepas tarawih 8 rakaat tadi masih berlegar-legar di sekitar koklea telinga. Belum pun sempat dia mulakan solat witir sendirian jauh di belakang jemaah 20 rakaat, aiponnya berdering. Kalau bukan kerana ibunya yang menalipon, sudah tentu di tolak saja panggilan itu. Dunia semata-mata.
"Ibu mahu keputusan kamu cepat. Nur Kasih atau Mawar. Sudah lama kan ibu bagitau kamu pasal ni. Jangan asyik fikir kerja kamu, benda ni pun penting jugak."
"Hmm, baiklah bu. Bagi Am sikit masa lagi. Esok atau lusa Am kol balek ok."
"Molek la tu. Bagitau cepat-cepat. Nur Kasih dengan Mawar tu ramai orang yang suka. Kalau lambat, kecewa la kamu."
"Baik bu."
Ah, terlalu sukar untuk Am. Bagaimana mungkin dia mahu mencari keputusan dalam satu dua hari ini. Tapi, betul juga pesan ibunya. Dia perlu segera memilih antara dua. Nur Kasih dan Mawar tu bukan calang-calang. Nanti berputih mata pula dia kalau terlewat.
Akhirnya, Am bingkas bangun. Bergerak menuju ke bilik air. Kepala pili dipusing. Mengalir lancar air jernih darinya. Dingin. Segar rasanya apabila ia menyentuh permukaan kulit anggota wudhuk.
Am keluarkan sejadah made in Pakistan yang dibeli bapanya semasa menunaikan haji 2 tahun lepas. Am hamparkan di tepi katil. Tepat menembak ke arah Kiblat.
"Usolli sunnata istikhorah rokaataini lillahi taala.."
...
Waktu berbuka tinggal 15 minit lagi. Am masih dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya. Terperangkap. Jem. Bukan jem nenas atau jem stroberi. Trafik jem yang kronik. Tipikal di kawasan bandaraya, lebih-lebih dekat musim perayaan. Volume radio, Ikim fm Am pasang sederhana. Dapat juga sejukkan hatinya daripada ribut hon kenderaan dengan ceramah-ceramah para asatizah.
Sambil itu, Am keluarkan talipon bijak dari kocek seluarnya. Skrol senarai kenalan dalam buku telefon. Ikon call disentuh. Dua tiga saat Am memulakan perbualan. Bertanya khabar begurau senda. Sampai ke part serius,
"Am dah ada keputusan bu. Am dah jelas mana nak pilih. Dah fikir masak-masak ni."
"Ha, yang mana satu?"
"Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, in shaa Allah Am pilih Nur Kasih bu."
"Hmm, baguslah. Oke, esok ibu ngan bapa pergi jumpa Mak Cik Melati bincang macammana, dapat ke tak dengan Nur Kasih tu."
"Jazakallahu khairan kathira ibu." *agak poyo disitu..
Tak lama kemudian, laungan azan diputar deejay radio. Am keluarkan sekotak kurma Yunus Toyyib dari begnya. Alhamdulillah, genap 10 puasa Am.
...
[Tiga minggu kemudian]
Rumah Am begitu meriah hari itu. Rumah mereka sekeluarga didatangi oleh ramai kaum kerabat, sahabat handai serta rakan taulan. Beraneka jenis makanan dan mintak mak kuih muih sepotong adik mahu makan kerana perut kosong disajikan.
Am tampil segak dan bergaya. Mengenakan baju melayu cekak musang kaler rona kelabu lengkap bersampin. Penuh elegan. Sudah tentu dia menjadi perhatian ramai hari itu.
"Am, cantik baju. Beli mana?"
"Bukan beli. Tempah kedai jahit."
"Oh ya. Kedai mana?"
"Kedai jahit Nur Kasih. Mak Cik Melati yang buatkan. Mak aku la urus semua ni. Ukuran pun dia ambil yang baju tahun lepas punya."
"Ouh. Oke. Baidewei, selamat hari raya aidilfitri ea. Minta maap zahir batin. Meriah rumah terbuka kau tahun ni kan."
"Biasa ja. Kalau femili kau buat jugak, jemput la aku."
"Ok bah kalau kau."
[Tamat]
* Hampir tiada moral value. Maaf.
* Ada 19/20 hari lagi untuk kita menikmati buffet istemewa ramadhan. Sudah cukupkah lauk pauk yang masuk ke dalam pinggan kita? Satu bulan jak ni dalam setahun.
* Selamat mendirikan rumahtangga kepada seniors dan teman-teman. Sekarang ni tengah musim bunga kembang mekar di pelbagai pelusuk tanah air.
* Jangan lupa tunaikan zakat ya. Ingat, berzakat membawa berkat!
No comments:
Post a Comment