Monday, September 30, 2019

pelanggan tetap.






"masih study lagi ke?"
"dah kerja kak."
"oh, bagus lah. dulu lepas habis utm terus kerja ke?"
"a'ah."
"oh, alhamdulillah."
"alhamdulillah."
"akak ingat lagi awak ni. masa akak masih meniaga kat meja dalam utm dulu. awak selalu datang kedai akak."

tahun pertama di utm. dari kolej, naik bas sampai fakulti alam bina. jalan kaki masuk kawasan lingkaran ilmu. sebelum atau selepas solat jumaat di masjid sultan iskandar(msi), selalu singgah di- ah lupa nama khusus bangunan tu, yang penting dalam bangunan tu ada pejabat hema, pejabat mpm, pejabat pos, bank islam dan kafetaria- lepastu ada satu kawasan khusus untuk orang-orang berjualan dengan meja bentang. setiap selasa lepas asar ada kuliah hadith ust mahyuddin di pusat islam, msi. kupas kitab riyadus solihin. tebal dan agak mahal kitabnya. mana ntah dapat duit boleh beli kitab tu di kedai akak. saban tahun sampai habis study masih selalu singgah kedai akak, sekadar belek-belek buku dan beli minyak wangi untuk pakai solat.

fasa bekerja. terjumpa lagi akak tu, oh dah ada kedai di u-mall, taman universiti. tingkat sama dengan giant supermarket, segiempat kecil di celah-celah lorong antara deretan kedai baju. barang jualannya semakin beraneka. kalau dalam utm jual buku dan minyak wangi saja, sini dah macam-macam. kelengkapan solat, jubah, kurtah, telekung, tudung dan buku pun makin banyak pilihan. saban tahun masih selalu singgah bila berkesempatan, cari kopiah, usha kemeja ala indonesia, yang selalu mas-mas pakai dalam movie-movie religi tu, klasik.. fans banget gue. haha. setahun atau dua tahun lepas rasanya, kedai akak berpindah lagi tapi masih dalam u-mall, giant pun dan tutup dan masuk vendor lain ambil alih ruangan utama supermarket. kali ini ruangan kedai akak semakin besar, lokasinya pun lebih terbuka mudah dilihat. barang jualan pun makin beraneka. lebih banyak pilihan.


tapi, soalannya masih sama setiap kali.
"masih study lagi ke?"

cuma tahun ni, ada tambahan sedikit.
"bila nak kahwin? nanti bawa la dia jalan-jalan ke sini."

anyway, tahniah akak dah semakin maju. semoga terus berkembang!
i'm a proud customer. emm, akak doakanlah saya dan dia.












___
*kamu juga, semoga sukses dan terus maju ya bisnesnya! 
**eh, apa ntah nama kedai akak tu? lol. baru tahu tak pernah tahu rupanya. 

No comments:

Post a Comment