foto merakam emosi abstrak 
sedang kata selalu menjelaskan.
foto dan kata tergabung dalam puisi. 
puisi mahu menjelaskan dengan kata-kata 
tapi akhirnya tertulis terlalu abstrak.
puisi mahu berselindung di balik abstrak
tapi kata-katanya tertulis begitu jelas.
ketahuilah,
puisi ditulis untuk dinikmati 
dan sederhana dihargai apa adanya.
tidak selalu perlu difahami.

No comments:
Post a Comment