Sunday, July 21, 2019

menyepakatkan tujuan.











dalam perjalanan yang akan tidak dijalani berseorangan, yang terpenting adalah menyepakatkan tujuan. sama ada tujuan yang ingin dituju itu adalah destinasi fizikal, destinasi fikiran atau destinasi perasaan. kesepakatan tujuan membawa dua pasang langkah kaki yang mungkin melalui jalanan yang berbeza tapi menuju destinasi yang sama, bukan dua pasang langkah kaki yang mungkin melalui jalanan yang sama tapi menuju destinasi yang berbeza.
dalam perjalanan yang akan tidak dijalani berseorangan, yang terpenting adalah menyepakatkan tujuan. doa yang dihantar kepada Tuhan selepas kesepakatan itu tidak lagi "ya Allah, bimbinglah aku di perjalanan ini." tapi doanya bernada serentak, "ya Allah, bimbinglah kami di perjalanan ini." kesepakatan tujuan mengubah kata ganti nama diri, aku atau dia kepada kami dan kita. kesepakatan tujuan mengubah kata penghubung dalam setiap usaha yang membersamai doa, semuanya tidak lagi aku atau dia, tapi kami dan kita. kesepakatan tujuan membina kepercayaan dan kerjasama.
kesepakatan adalah separuh daripada kemenangan dan permulaan penting kepada perjuangan bersama dalam perjalanan menuju tujuan. terima kasih kerana sudi bersepakat dan saling terus berjuang dalam perjalanan ini.













___
210719; putrajaya.

No comments:

Post a Comment