"uwais, sudah mandi ka?"
"belum. mana si memeng pacik?"
"ndak tau. di bawak kolong kali. biar la dia main. uwais pigi dulu mandi."
"sekejap."
"sekarang."
"pacik sudah mengaji ka?"
"baru mau mengaji. mandi dulu ba uwais."
"nanti sekejap. mana atok?"
"masih di masjid kali. sini palek duduk sama pacik."
"ok."
"uwais tau ka?"
"apa?"
"ini apa?"
"akuan."
"pandai."
"bila pacik balik?"
"lama lagi. uwais tau ka apa maksud qur'an?"
"ndak tau."
"qur'an ni perkataan arab. terbit dari tiga huruf dasar, qaf, ra dan hamzah. salah satu maksud daripada gabungan tiga huruf ni, perkataan qara'a, ialah 'mengumpulkan atau mencantumkan sesuatu, bahagian demi bahagian'. ada lagi maksud lain yang merujuk khusus kepada 'baca' atau perbuatan 'membaca'."
"emm."
"uwais tau ka?"
"apa?"
"apa dalam qur'an?"
"kertas la."
"pandai."
"nanti pacik pigi jalan ka?"
"ndak tau lagi. kenapa?"
"ikut ba."
"uwais mau pigi mana?"
"pigi mana-mana jak la."
"tapi, macammana mau ikut, uwais belum mandi."
"pacik sudah mandi ka?"
"sudah. uwais jak belum."
"emm. sekejap palek." unzip the qu'ran and randomly flipping through pages.
"uwais tau ka?"
"apa?"
"emm. i think you can handle this. dalam qur'an, Allah banyak bercerita tentang Dzat-Nya supaya kita lebih kenal Allah dan seterusnya memperbaiki hubungan kita dengan Allah. kadang Allah menyatakan sesuatu secara langsung kepada kita, dan kadang Allah letakkan perumpamaan sebagai analogi yang membawa maksud yang sangat, sangat dalam. ayat qur'an begini menghadiahkan hikmah yang sangat besar untuk orang-orang yang mahu merenunginya. hikmah yang akan mengajar kita bagaimana untuk memandang dan berurusan dengan realiti hidup dan memahami fisikologi semulajadi manusia. kadang Allah ceritakan kisah dan kejadian para nabi dan kaum terdahulu, untuk menjemput kita menggali setiap perincian dan merumus keluar mesej-mesej praktikal. setiap naratif memberi nuansa pandangan yang berbeza, bergantung kepada kepelbagaian pengalaman lepas dalam hidup kita dan sedalam mana kita menenggelamkan renungan. aduh, macam panjang betul sudah ni, uwais. padahal belum habis lagi."
"Allahumma barikhlana.." suddenly recites before-eating prayer while pointing to random ayah.
"amin.."
"meow."
"meow?"
"tu na si memeng." pointing to an orange-white furly female cat walking out from the front door.
"meow."
"meow."
"meow."
"meow."
"uwais pigi la main sekejap sama si memeng. tapi panggil dulu abang emi dengan kak lia. tasmik bilang. abang muaz jugak panggil sekali pigi sini."
"meow." grabbed memeng but then quickly released her back as memeng bite his finger, in a pamper way, of course. memeng bite a lot, maybe it is her affectionate nature.
"tu la, uwais belum mandi, ndak sukak si memeng." implying logic to a five years old.
"ndak la. si memeng lapar ba ni." and he strikes back with a proper logic.
___
*no, i'm not good in tilawah(my tajweed is a disaster) or in memorizing an ayah let alone an entire surah. but, i love, like really really really love, listening to them reciting confidently qur'an ayahs they memorized while i do the checking on the mushaf for them, just in case if they mislead somewhere. may Allah protect you all, sweethearts. Alhamdulillah. :')