Monday, June 06, 2016

selamat ber-ramadhan.


ketuk-ketuk ramadhan(lah sangat), 1436h. maahad syatirie, johor bahru.
chefnya: (dari kanan anda) umarul, aqasha dan sirhan.





[satu]


semalam lepas solat qabliyah isya', duduk dalam posisi antara-dua-sujud, perati suasana masjid. meriah malam satu ramadhan. alhamdulillah. rare, memang rare. bahagia ja tengok suasana macam ni. biasa paling banyak tiga atau empat saf jak solat isya'. tapi, malam ni, macam tahun-tahun lepas, siap buka perantara ruang solat muslimat dalam dewan solat utama untuk bagi ruang kepada jemaah muslimin untuk penuhkan. ruangan muslimat pindah lebih belakang, luar dewan solat utama. semoga Allah tetapkan langkah kaki kita semua untuk sentiasa memakmurkan rumahNya sepanjang ramadhan ini.

duduk dalam line saf karpet. saf depan ada geng budak-budak buat halaqah, bincang mekanisma mercun. antara tu, ada seorang yang pakai baju melayu ungu, membelakangi aku. sekali dia toleh belakang, cari sesuatu. tiba-tiba ternampak aku. dia renung dua tiga saat, toleh depan balik.

tak lama dia toleh lagi tengok aku. lepas tu, bisik dengan kawan sebelah dia. dua tiga kali jugak la dia toleh depan toleh belakang. 

last sekali dia tegur,

"abe, kelate ko?"

senyum lebar aku, cuba kontrol takmau ketawa.
rilek-rilek, aku jawab.

"err, a'ah."

dia toleh depan lagi. bisik dengan kawan dia.
muka excited.

"kelate duk mano be?" 
"emm, kota bahru."

dia toleh depan lagi. bisik dengan kawan dia. pekat betul pelat kelantan dia.
aku masih senyum lebar. kontrol.. kontrol.. haha.

"raya kelik kapung dok be?" 
"ho la. kelik.."

tiba-tiba aku teringat, ini dalam masjid. dah masuk ramadhan lagi. dosa woo tipu budak. tengok bilal dah bangun pegang mic nak iqamat, cepat-cepat aku dapatkan budak tu.

"dik, tak la. abe buke duk kelate." 
"ho? habih tu?" 
"saboh la. saboh. demo kelate ko? kelate belah mano?" 
"ouh.. kelate, duk pasir mas."

salam, senyum dan terus masuk saf.

another level of kelantanism achieved. lulz.




[dua]


sebelum mula tarawih, haji musa, setiausaha masjid bangun untuk bagi ucapan dan sedikit penerangan pasal aktiviti sepanjang ramadhan di masjid at-taqwa. antaranya, masjid akan habiskan khatam satu al-quran sepanjang ramadhan ini.

modus operandinya, 30 juzuk al-quran dibahagi dua, yakni 15-15. separuh, 15 juzuk yang pertama akan dihabiskan dalam solat tarawih. dan separuh lagi, 15 juzuk yang seterusnya ditadaruskan setiap malam selepas tarawih.

ok, kembali kepada 15 juzuk yang pertama tadi. tarawih sini ambil 20 rakaat. ada dua orang imam yang bertugas, imam huzaifah dan imam haziq. mereka berdua ni memang imam tetap masjid. hafiz quran. mereka akan bertukar syif di antara rakaat ke-sepuluh dan sebelas.

satu juzuk al-quran ada 20 muka surat, kemudian darabkan dengan 15 jadilah 300 muka surat.

20 rakaat darab dengan 30 malam samadengan 600 rakaat tarawih.

jadinya, 300 muka surat per 600 rakaat; satu per dua.
so, satu rakaat akan habiskan separuh mukasurat al-quran rasm uthmani.

yup, macam tu la tarawih di masjid at-taqwa.




[tiga]


hari pertama ramadhan, site cuti. tahun ni, ramadhan pertama full time berkerja di site. tahun lepas pun site jugak. cumanya tak selalu. datang kejap-kejap, sekali-sekala jak. sebab semua pun projek kecil-kecil, kerja turap jalan-jalan pendek saja. banyaknya, duduk ofis urus dan ambil-hantar dokumen. 

ya, maybe its gonna be a bit physically tough this year. tapi, sebenarnya dah pernah puasa sunat sambil berkerja di site yang ini. so far, alhamdulillah, takda la berat sangat. tapi, mungkin  akan ada cabaran lain akan datang sepanjang 30 hari ke depan ni.

but, bring it on!
eh, astagfirullah..

may Allah ease.
may Allah ease.




[empat]


tahun lepas, ramadhan duduk dekat maahad. bangun sahur terus jak turun dewan makan. akash, tukang masak maahad, dah siapkan semua. berbuka pun. tahun ni, berdikari sikit. sediakan sahur sendiri.

pagi tadi, bangun sahur. kejut housemate semua. masing-masing semangat berkobar-kobar turun dapur. ekceli, aku tak la reti masak. tahu yang basic dan paling simple jak. tapi, diorang ni yang power masak. macam mana ntah boleh power. mungkin masa kecik-kecik dulu, kalau main masak-masak, diorang ni instead of pakai mainan plastik jadi cooking utensils, diorang pakai periuk belanga, kuali kawah yang real punya. instead of tanah, diorang pakai beras betul untuk masak nasi. instead of petik daun pokok, rumput, bunga-bunga, diorang ni pakai sawi kubis osefagus untuk jadikan lauk sayur. instead of uli plastisine jadi bentuk peha ayam, ikan dan daging, diorang ni siap boleh pergi beli kat pasar yang masih segar. sebab tu macam-macam resepi turun-temurun diorang tahu. oi, ajar la oi.

tapi, pagi tadi, masa turun dapur semua kecewa terbahak-bahak. apa pun tak da. nampak sangat lama tak masak. asyik makan luar jak. tinggal satu biji telor ayam jak. itu pun nasib baik tak menetas. haha.

akhirnya, start enjin. kedai mamak; al-rizqi bistro.
done sahur.




_________________________
*je vous souhaite un mois béni de ramadan pleins de succès. que Dieu en fasse pour nous un mois de protection, de foi et de paix. que ce soit un mois de victoire pour les opprimés et de défaite pour les oppresseurs. 

ha, tak faham kan? haha. pinjam prof tariq ramadan punya status.
 --happy ramadhan guys! :)



1 comment:

  1. Sabar je baca nota kaki di bawah tanpa translation -.-

    Harapnya dah restock la barang dapur lulz

    ReplyDelete