Sunday, September 08, 2013

tentang perjalanan.


Sebelum tersangkut 24 jam.

  
  Setiap kali mau keluar rumah ke mana-mana, mesti bapak atau arwah mak akan tanya begini (dalam slang orang Tawau); 

 "Mahu ke mana?"

"Dengan siapa?"

"Bila balik?"

  Dari kecil sampai besar, mesti tanya. Walaupun mahu ke rumah jiran sebelah jak. Bila pikir-pikir balik, pertanyaan-pertanyaan itu sebenarnya sangat serius.

  Kenali siapa diri dan apa sebenarnya matlamat hidup dengan "Mahu ke mana?". Cari destinasi yang benar. Yang hakiki. Supaya, perjalanan tidak sia-sia.

  "Dengan siapa?" menentukan kemana hala tuju. Boleh jadi perjalanan itu adalah keberhasilan atau sia-sia. Kawan; mereka yang memegang peta ketika saya menjadi pemandu kepada hidup sendiri.

  Ia bukan soalan, tapi peringatan sebenarnya; "Bila balik?". Jadual hidup boleh saja disusun, tapi hanya 'aktiviti'nya sahaja. Aturan 'masa'nya, Dia yang tentukan. Mungkin harus pulang sebelum semuanya selesai. Maka, saya harus sentiasa siap untuk 'pulang' bila-bila masa.

  Hmm, mereka memang banyak falsafahnya.

...

[ Tawau - KK - KL - JB ] 
Musibah di hentian kedua. Semoga menjadi kifarah dosa-dosa.

2 comments: