Alir tenang air sungai puteh jernih. Kicau pasukan koir unggas-unggas peringkat kebangsaan. Desir angin sekitar pohon melalui celah-celah daunan. Semua bergabung menjadi orkestra penuh bertenaga. Segar minda Ben. Tak sia-sia dia join sekali.
"Tak mandi ke?"
"Lupa bawa baju lebih. Satu ni je ada."
"Alaa, mandi je."
"Eh, tak pe la. Nanti basah pulak kerusi kereta."
"Tengok baju kejap."Abg Pat merasa kain baju yang dipakai Ben. Abang Pat tengok tag pada kolar baju Ben. Jersey away Manchester United musim 2013/2014. Kotak-kotak. Kaler biru tambah hitam. Long sleeve.
"Ni Micro Fibre ni."
"Ha, apa tu?"
"Kain. Kain jenis Micro Fibre ini amat selesa dan sedap dipakai. Kain jenis Micro Fibre kebiasaanya digunakan untuk aktiviti lasak dan rekreasi seperti hari sukan dan aktiviti luar termasuk jersey bola. Kain ini tidak meresap peluh dan menyebabkan terasa cepat panas. Harga bagi kain ini jenis ini lebih mahal dari kain Tetra Cotton, Lacoste dan juga Cotton 100% atau Cotton Interlock. Kain jenis ini juga dipanggil Quick Dry kerana ianya cepat kering dan ringan."
"Wah. Macammana abang tau? Abang pernah kerja kedai kain? Atau abang ada buka butik kat mana-mana?"
"Eh, tak la. Abang cari kat Google tadi. Copy paste je terus."
"Ouh, patutla ayat tu skema je. Ada pulak line internet kat dalam hutan ni ea."Abang Pat capai beg sandang Converse yang tergantung pada dahan pokok. Abang Pat keluarkan DSLR Canon EOS 650D sekali dengan lensa fokus halus 135mm f/2,8. Sambil pusing-pusing lensa, Abang Pat tembak beberapa gambar. Abang Pat tunjukkan skrin kamera pada Ben.
"Ok tak?"
"Stail. Cantek. Cantek. Pandai abang ambil gambar ea. Dah lama ke jadi photographer?"
"Haha. Tak la. Tau sikit-sikit je. Belajar dengan naqib usrah abang. Dia yang photographer. Tapi dah grade."
"Ouh. Habis tu, ni kamera abang ke?"
"Tak la. Kamera member usrah. Pinjam."
"Ouh i see."
"Nak try?"
"Nak. Nak."Kamera bertukar tangan. Abang Pat tukar mode kamera kepada Automatic. Ben pun mula klik-klik. Dari duduk, Ben berdiri. Kemudian berlegar-legar sekitar tapak mereka berkelah. Excited. Tak lama kemudian, Ben serah semula kamera kepada Abang Pat.
"Wah, best la bang. First time ambil gambar guna kamera besar. Sebelum ni guna kamera enset je. Gambar tak cantik macam ni."
"Hehe, tu baru mode auto. Kalau tahu guna mode manual, banyak lagi boleh buat dengan kamera ni."
"Whoa. Best. Best. Bang, tanya sikit bole?"
"Soalan objektif ke subjektif?"
"Subjektif. Soalannya ialah, sila jelaskan keadaan sosioekonomi ketika tamadun mesopotamia? 30 markah. Ha, jawablah."
"Hahaha. LOL."Abang Pat masukkan semula kamera ke dalam beg. Abang Pat keluarkan pula silinder Mister Potato perisa BBQ. Abang Pat buka penutup. Terus saja, Abang Pat hulur ke Ben untuk rasmikan kepingan pertamanya. Rangup.
"Usrah abang selalunya buat bila?"
"Sem ni tak decide lagi. Selalunya buat weekend. Kenapa?"
"Saya nak join."
"Aik, kenapa nak join usrah abang?"
"Emm, sebab saya nak belajar ambil gambar guna mode manual dengan kamera besar tu. Hehe. Bole tak?"
"Ouh, okay. Jom la mandi. Rugi datang sini kalau tak basah."
No comments:
Post a Comment