Wednesday, June 26, 2013

pintu pintu hati.



  Pada suatu petang, saya naik turun tangga. Tiba-tiba saya batuk. Macam ni,
"Uhuk. Uhuk."
  Sekarang ni musim jerebu kan. Tapi, saya batuk tu bukan sebab jerebu menyelubungi persekitaran saya. Bukan. Bukan. Bacaan IPU di tempat saya masih sangat selamat dan sentosa. Sebenarnya, saya sedang menjiwai sambil-sambil mengkaji peribahasa 'bagai melepaskan batuk di tangga'. Tapi, saya masih gagal merungkai misteri di sebalik peribahasa tu. Komplikated betul. Entah macammana datuk nenek moyang dulu-dulu boleh terfikir tentang peribahasa tu.

  Eniwei, lupakanlah. Malas mahu fikir. Macam kata Kak Linda (bukan nama sebenar),
"Tunggu saya kerja dengann DBP baru boleh jawab. Huhu."
  Ahah. Selingan jak tu..

...

  Begini sebenarnya saya nak cerita. Ehem. Ehem. Tapi, panjanglah sedikit ceritanya..

  Hadis ini biasa kita dengar kan;
“Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  Perbahasan tentang hadis ini pun kita sudah sedia maklum bahawa hati itu adalah 'bilik kawalan' kepada manusia. Segalanya bermula dan dikawal oleh hati.

  Dan banyak bahasa melayu yang disimpul (nak tulis simpulan bahasa, skema sangat) menggunakan perkataan 'hati'. Antaranya; Ada hati, sakit hati,  hati gajah sama dilapah hati nyamuk sama dicecah, buah hati, berhati-hati di jalan raya dan sebagainya.

  Tapi saya nak cerita pasal 'pintu hati'. Ia bermaksud, hati tu ada pintu. Tapi, bukan pintu sliding yang automatik terbuka kalau kita lalu depannya atau pintu Doraemon yang boleh pergi ke mana-mana tu. Bukan. Bukan.

  Pintu biasa. Bentuk segiempat petak petak. Yang ada tombol. Ya, macam tu lah pintu tu. Faham kan. Saya memang mahu cerita pasal pintu jak pun di sini. Dah habis. Wakakaka!

...

[I] 
"Entahlah ostajah, saya dah buat macam-macam kat anak saya tu. Belai sudah. Marah pun sudah. Cubit pipi sudah. Tarik cuping telinga pun sudah. Bagi makan kismis minda sudah. Bagi minum air zam zam ala ka zam pun sudah. Masih tak berubah-ubah. Nakal seperti biasa. Masih lagi sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu. Suruh makan dia makan, suruh pegi mengaji dia memang tak mahu. Ha, kan dah keluar pantun. Heish, geram betul saya ostajah."
[II] 
"Weh, kitorang tak tahan dah dengan si Siti Mutiara tu. Bukan main gedik lagi tak nak pakai tudung. Sayang sangat rambut blonde warna pink dia tu. Puas kitorang nasihat. Ko nak tahu, penuh profil mukabuku dia kitorang kongsikan status-status Ostad Azhar Idrus pasal aurat wanita. Gambar-gambar dia yang tak pakai tudung tu pun semua dan penuh kitorang komen, kopipes dalil-dalil dari Google. Rupa-rupanya kitorang ni mencurah air ke daun keladi je. Dia tu model sambilan iklan Shampoo Sunlike. Hmm.. Eh, tapi bagus jugak shampoo tu kan. Sejak aku pakai 3 minggu lepas, kepala aku tak gatal-gatal dah. Ketombe dah hilang seratus peratus beb!"
[III] 
 "Abang, apa nak buat dengan Abdul Zamrud ni. Dah berapa kali miss usrah kita kan. Kalau sekali dua tak pe la. Ni dah lima kali tak datang tanpa gagal. Bukan setakat mesej and kol je, kitorang siap pegi ke bilik dia lagi nak ajak datang usrah. Masih lagi beliau enggan, terus berselindung di sebalik selimut nafsu. Lena diulit mimpi jahiliyah semalam. Adek tak tahu la abang. Masihkah ada harapan untuk adek dan dia berpimpin tangan berlari-lari anak di tepian pantai, tatkala matahari senja berwarna merah jatuh menjunam di penghujung laut, mersama menuju ke arah taman syurga yang kita ciptakan bersama ini. Ah, masihkah ada harapan itu, abang? Eh, kenapa abang muntah?"
[IV] 
"Puak-puak dia tu memang tak makan saman. Dah macam-macam hujah kita bagi. Hujah fakta? Hujah akal? Hujah al-quran dan hadis? Hmm. Dah jenuh orang-orang kita lontarkan ke muka diorang tu. Masih lagi tak nak berubah. Taksub sangat dengan kumpulan dia tu. Diorang tak ingat dosa pahala, neraka syurga ke? Nama je islam. Perangai tak serupa dengan orang islam. Tolak syariat Allah! Biar je la diorang tu. Pandailah diorang nak jawab kat kubur nanti. Jom la sambung pasang bendera lagi. Tasbih! Subhanallah.." 
...

  Kita biasa dengan situasi-situasi di atas kan. Berbalik kepada pintu hati. Semua orang ada hati. Setiap hati pula ada pintunya. Kadang-kadang pintu hati itu, kita puas ketuk, tekan loceng, jerit kuat-kuat atau selit helaian nota kecil kat celah bawahnya. Semua supaya orang di dalam, itu mahu membukanya dan menerima hadiah yang kita bawa daripada tuhan, sebakul penuh buah daripada pohon kemanisan iman. Ya, kita sedang berdakwah kepadanya.

  Tapi, ternyata kita mudah menyerah kalah selepas semua usaha itu gagal. Akhirnya kita melangkah pergi meninggalkan mereka. Meninggalkan hadiah itu di hadapan pintunya yang masih saja tertutup rapat. Dua tiga langkah, kita berpaling semula. Berfikir sejenak. Kemudian teruskan langkahan, cuba melupakan mereka di dalam sana. Sambil angat tangan melambai sayu, kita berbisik sendirian,
"Tugas aku cuma ketuk pintu dia je. Dia yang tak nak buka. Nak buat macammana. Pandai-pandailah  dia hidup dalam tu.."
  Nah, di situlah silapnya kita. Kita tidak sedar bahawa, mereka di dalam itu bukannya tidak mahu membuka pintu hati mereka. Tetapi, mereka sendiri terkunci di dalam. Gelap dan sunyi.

  Kita juga tidak sedar bahawa 'kunci' pintu hati mereka itu bukan dipegang oleh mereka sendiri. Tapi, oleh Allah s.w.t. Dialah yang memegang 'kunci' setiap pintu hati manusia.
"Sesungguhnya engkau(Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (Al-Qasas 28:56).
  Nah, tugas kita sekarang bukan sekadar mengetuk pintu hati para subjek dakwah. Tapi, tolonglah juga mereka dengan memohon doa, semoga 'kunci' pintu hati itu dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada mereka. Dan akhirnya, dapatlah mereka menikmati hangatnya sinar hidayah yang masuk menerangi ruang hati mereka setelah pintu itu terbuka luas.

  Begitulah. Daie  yang benar itu bukan cuma mengajak. Tapi juga mendoakan. Seperti Umar al-Khattab r.a., penentang kuat kepada dakwah islam sebelum syahdahnya. Didoakan oleh Nabi Muhamad s.a.w agar Allah mengurniakan 'kunci' itu kepadanya. Akhirnya setelah terbuka pintu hati beliau kepada islam, terus saja menjadi sosok pejuang yang gagah dan berani membela islam.

  Ingat mereka dalam setiap doa-doa kita.

4 comments:

  1. SubhanaAllah. Nice bro ~ keep it up :-)

    ReplyDelete
  2. Fastabiqul Khoirat Bent AhmadJanuary 22, 2014 at 10:50 PM

    bismillah. batok dalam bahasa jawa tempurung yang digunakan sebagai penceduk air utk cuci kaki sblum naik ke rumah. Bila dah sampai kat tangga, nak letak 'batok' semula dalam tempayan/simpanan air, mungkin main baling je, xkira masuk ke xmasuk dalam tempayan tu. moral: buat kerja sambil lewa. wallahua'lam.

    ReplyDelete