sambungan..
masa sampai di tempat pogram,another shocking story for me ialah peserta bukan hanya daripada muslim sahaja,tapi terdapat juga non muslim.so,terpaksa la twist lagi perancangan utk slot aku pada waktu malam tu.n another things is,ketua operasi pogram meminta aq utk memberi talk antara magrib dan isyak pada malam tu n esoknya selepas subuh.dan,itu adalah sangat2 adhoc!ok,fine.pecah la kepala fikir apa maw cakap dalam masa 1 jam malam tu.
maka malam tu,selepas solat magrib di surau..
pogram kami pada malam tu turut disertai oleh peserta pogram qiamullail yang sekolah tu buat untuk pelajar2 form 4.jadi,semakin ramailah peserta.
berdepan dengan bukan sahaja murid2 sekolah,tapi juga ustaz2,ustazah2,pegawai pejabat pendidikan, dan org2 yg lebih berumur daripada aku,membuat aku menjadi sangat2 kecil..aku memilih utk berbincang tajuk syriatullah + sunnatullah.kerana itu adalah tajuk asal yang ingin aku sampaikan utk slot motivasi malam.agak nervous,kerana inilah kali pertama bercakap dihadapan audiens yang agak ramai (lebih kurg 60-70 org) tanpa ada persediaan khusus dan secara spontan tanpa ada text.
"maju depan,maju depan..imam muda nak bagi ceramah.."kata cikgu sekolah yang menyelia pelajar2 form 4..
imam muda la sangat.kah3...
berbekalkan microfon,nota,dan sedikit ceramah ust harizal yang masih aku ingat isi2nya,aku duduk di kerusi memulakan perbincangan.bagaimana nervous tu hilang lepas perkataan pertama keluar daripada mulut aku,aku pun tak taw.haha.
so inilah sedikit-sebanyak antara isi2 yang aku kongsikan pada malam tu...
realiti umat islam hari ini,tidak ramai yang mampu berjaya dalam kerjaya dan juga agamanya.maksudnya,ada mereka yang alim dalam bab agama,tapi gagal dalam urusan keduniaan.meanwhile, mereka yang maju dalam kerjaya duniawinya namun ketinggalan dalam hal2 keagamaan.maka ramailah golongan islam yang islam hanya pada akhirat tapi tidak pada dunianya.dan ramailah orang yang islam hanya di dunia tapi tidak di akhirat kelak.persoalan yang agak rumit bagi pelajar2 sekolah menengah,agakku..kenapa begini ya adik2?
sebelum meneruskan perbincangan lebih dalam,aku membawakan pengertian islam yang sebenar,yang di petik daripada ayat2 al-Quran(ceramah us Hasrizal).islam diertikan dengan 2 pengertian iaitulah 1 : keselamatan dan ke sejahteraan. 2 : tunduk dan patuh.
bila digabungkan kedua2 pengertian ini,maka akan terhasillah satu pernyataan iaitu,tunduk dan patuh untuk memperoleh keselamatan dan kesejahteraan.
faham x adik2?
faham... dengan muka blur masing2..haha.
aku menimbulkan persoalan,
jadi islam ialah tunduk dan patuh untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan,tapi tunduk dan patuh kepada apa untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan?sape tahu?
dengan spontan,mereka menjawab,
Allah...
ok,tunduk dan patuh kepada Allah.ataupun lebih mudah kita katakan,tunduk dan patuh pada peraturan Allah.aku mudahkan utk memendekkan perbincangan.hehe.
terus.ok sebenarnya adik2,peraturan allah ini terbahagi kepada dua kelompok.yang pertama syariatullah dan kedua sunnatullah.faham?
tak...bagus..
haha.ok,abg akan bawakan sebuah cerita untuk memudahkan pemahaman kita.
di sebuah kampung terdapat 2 org petani.pak cik Joel dan pak cik Fahmi (menerima cadangan nama ini daripada adik2).pak cik Joel ni non muslim yang hidupnya selalu bergelumang dengan maksiat dan pak cik fahmi adalah seorg muslim yang sangat kuat beribadat atau dalam bahasa mudah kita ialah org alim.
setiap hari selepas qiamullail,solat subuh berjemaah, pakcik fahmi akan ke kebun.bawa benih jagung yang biasa2.di kebun,dia menaburkan benih tu tanpa membuat persiapan2 seperti buat batas dan sebagainya..mengharapkan hujan utk menyiram tanamannya.pulang dari kebun dia meneruskan aktivitinya sebagai seorang yang alim.solat sunat,solat wajib,zikir etc..
berbeza dengan pakcik joel,dia memilih benih jagung yang terbaik dengan gred2 tertentu daripada kedai pertanian yang terbaik.di kebunnya pula,dia menyiapkan batas,membuat sistem pengairan utk tanamannya,bagi baja dan pelabagai2 lagi perkara yang berkaitan sains pertanian di praktikkan..pulang daripada kebun dia meneruskan aktiviti sebagai org yang jauh daripada kehidupan beragama yang benar.minum arak,berjudi etc..ish3..
jadi adik2,agak2 jagung siapa akan tumbuh dengan subur?
fahmi..joel..dua2..variasi jawapan mereka.
aku memotong,mestilah pakcik joel kan...
kenapa?sebab dia ikut peraturan utk jagung berhasil.dia buat batas,sistem pengairan,bagi baja dan lain2..sedangkan pakcik fahmi hanya menaburkankan benih dengan harapan ia akan tumbuh sendirinya,tak ikut peraturan..
dan secara teorinya,pakcik joel telah mematuhi hukum alam @ sains untuk dalam proses penanamannya.tetapi tidak pakcik fahmi.inilah yang kita namakan sebagai hukum sunnatullah.hukum yang berkaitan dengan alam,tentang ilmu sains..
manakala syariatullah ialah hukum2 yang diambil daripada al-quran dan sunnah seperti hukum halal haram,dosa pahala dan sebagainya..pakcik fahmi mematuhi hukum syariatullah tapi,gagal dalam sunnatullahnya.betul x?
pakcik joel follow sunnatullah tapi tidak syariatullah.ini berkaitan pula dengan apa yang dinamakan sebagai istidroj.abg x berminat utk membincangkan tntg istidroj ne sebab nak jimat masa.adik2 boleh tanya ustaz atau ustazah.
jadi.untuk menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat,kita mestilah menguasai kedua2 hukum ini.hebat dalam sunnatullah dan juga syariatullah.
seronok melihat adik2 mula memahami apa yang ingin aku sampaikan.aku teruskan perbincangan..
ok,sekarang abg nak kongsikan dua pernyataan,
1.org yang melanggar syariatullah,pasti akan melanggar sunnatullah.
2.org yang melanggar sunnatullah,pasti akan melanggar syariatullah.
mengerti kamu? tak.....
ok,seperti biasa abg kongsikan cerita utk memudahkan pemahaman kita.
untuk pernyataan yang pertama,org yang melanggar syariatullah,pasti akan melanggar sunnatullah.
ada seorg engineer,buat bangunan(sempat promote civil engineering,haha.).untuk membuat bangunan tu,setelah di buat pengiraan demi pengiraan,maka di dapati mereka memerlukan 80 kampit simen untuk membina bangunan tersebut.dan dapatlah peruntukan daripada kerajaan sebanyak 1 juta utk membeli simen.malangnya,engineer yang x amanah ni,telah mengsonglapkan @ mengambil separuh daripada duit tersebut utk kegunaan peribadi.maka,tinggallah setengah juta untuk membeli simen.dengan setengah juta itu,hanya sebanyak 40 simen dapat dibeli sedangkan yang diperlukan adalah 80.digunakanlah 40 simen tu utk mendirikan bangunan.dan ia siaplah ia..namun,setelah 1 bulan,bangunan pun runtuh di sebabkan simen x cukup..salah siapa?
simen..engineer..x tahu..
ok,kalau kita tengok dalam kisah merepek abg ni,engineer tu telah melanggar syariatullah dengan mencuri setengah juta daripada duit utk beli simen.akhirnya sunnatullah dilanggar kerana,peraturannya utk mendirikan bangunan diperlukan 80 kampit simen sedangkan mereka hanya menggunakan 40 kampit sahaja.maka runtuhlah bangunan..faham x?
ooo..faham..
bagus.
ok,yang kedua.org yang melanggar sunnatullah,pasti akan melanggar syariatullah.
tadi kita cerita pasal engineer.sekarang cerita pasal doktor.boleh?sape nak jadi doktor?
ramai sekali mengangkat tangan...huish,jadi engineer x ramai lak..haha.
dikisahkan ada seorg doktor.tugas dia adalah bagi ubat kepada pesakit.pharmacist la konon..satu hari,seorang pesakit datang bertemu beliau menyatakan bahawa dia mengalami sakit perut.ubat sakit perut tu pil 'chi kit teck aun' kan..yang kita beli di kedai tu kalau cirit birit.haha.ok,balik pada cerita.malangnya,kerana doktor tu x belajar sungguh2 masa kat universiti,dia tersalah memberi ubat.di berinya ubat panadol..katanya,pagi makan 10 biji,malam tengahari 10 biji dan malam 10 biji,sebelum tidur kunyah 10 biji lagi.(contoh yang agak melampau,hoho).akhirnya matilah pesakit tu keesokannya selepas menelan 40 biji panadol dalam masa 1 hari.muahahahaha~
so,doktor ini yang telah melanggar sunnatullah iaitu,ubat yang diperlukan utk merawat sakit perut ialah pil 'chi kit teck aun', tetapi dia telah memberi panadol dengan dos yang melampau2.akhirnya,dia telah melanggar syariatullah iaitu membunuh manusia,dosa besar.betul x?
betul..
mendapat feedback yang baik.alhamdulillah.
itulah pentingnya kita belajar hukum2 alam berkaitan sains ini agar kita tidak terlanjur melakukan kerosakan atau kehancuran dan menyebabkan kita berdosa besar. (capai objektif pogram : mendoktrin adik2 utk ambil sains stream di form 4.haha~)
sebagai kesimpulannya,untuk menjadi muslim yang berjaya dunia dan akhirat.belajarlah dua perkara utama ini.syariatullah dan sunnatullah.tidak lengkap kejayaan andai salah satu ditinggalkan.jadilah kita pelajar muslim yang hebat di dunia dan mantap di akhirat.
begitulah aku menutup talk yang x sampai pun 1 jam..satu kepuasan apabila dapat menyempurnakannya.
tahniah!
ucapan daripada Dr.Johari utk aku,penasihat pogram yang sempoi orgnya..org yang lebih layak berada di tempatku malam itu.motivasi utk aku teruskan usaha dakwah kepada adik2 ne dalam slot yang lebih mencabar lebih kurang 2 jam selepas itu.
apa-apapun aku sentiasa mengingati pesan daripada kakakku,
"semoga apa yang di sampaikan tu lan buat sendiri ya.fikir-fikirkan la dik.."
*ini bukanlah text penuh apa yang aku sampaikan malam tu.ada yang terlebih dan ada yang terkurang.sengaja dikongsikan,untuk menjadi manfaat(kalau ada) kepada sesiapa yang terbaca.semoga Allah melindungi aku daripada menulis utk berbangga diri.
setel.
moga bertemu lagi dalam episode tiga,cerita slot muhasabah.mereka menangis,berjaya la jugak...