Sunday, May 06, 2012

scimex'12 tiga (wasiat kematian)

akhirnya berjaya menyambung cerita utk scimex'12 walaupun agak lama mencari ruang dan peluang.yeah!

utk part terakhir ini,ingin bercerita tntg perjalanan slot motivasi ataupun lebih kepada slot muhasabah yang aku handle pada malam hari.pukul 12 malam.tengah malam.
menguasai dewan secara solo bukanlah mudah,tapi tidak juga susah pun..hihi.
actually,slot kendalian aku malam tu tidak bermula dengan baik akibat masalah teknikal yang merosakkan rancanganku utk permulaan sesi pada tengah malam tu.tapi,ia tidak lama.selepa membuat beberapa adjustment,semua kembali normal dan perjalanan lot diteruskan.

so,berikut adalah sedikit sebanyak bagaimana slot malam tu berlaku...

alam dewan yang terbuka,peserta duduk berjauhan antara satu sama lain.dan sepanjang slot,lagu2 dengan melodi yang sedih la konon aku mainkan dengan bantuan seorang ajk(trimas..).


aku bermula dengan berbincang dengan peserta2 tntg perancangan mereka di masa hadapan.

selepas ambil pmr nak buat apa?
masuk ting. 4 ambil sains stream..
selepas spm,dapat result baek nak buat apa?
masuk matriks,universiti,kahwin..
nak masuk universiti mana?
utm,oxford,cambridge etc..
lepas habis universiti,nak buat apa?
kerja,sambung lagi belajar,master,phd,kahwin..
okla,lepas kahwin nak buat apa?
nak ada anak..
berapa org?
2,3,4,5,6,7,10,12..kembar..
lepas ada anak?
em,kahwin lagi..haha..
apala macam..

waw,semua hebat2 merancang ea..ok,daripada apa yang adik2 rancangkan ini,belajar,pmr,spm,masuk matrik,masuk u,kerja,kahwin,ada anak bla..bla..bla..,adakah semua itu pasti akan berlaku?

siapa pasti dia dapat ambil pmr tahun ni?
siapa pasti dia masuk ting.4 tahun depan n ambil sains stream?
siapa pasti dia dapat masuk u?
tiada jawapan..

jadi semua2 tu memang tak pasti bukan.
jadi,apa yang pasti?
mati..
katanya seorang peserta yang aku pilih secara random utk m'jawab.

bagus.
jadi,yang pasti hanyalah kematian.hatta,esok pun kita x pasti sama ada masih ada lagi kehidupan utk kita.cumalah kematian utk yang pasti akan berlaku.kita fikir akan mati @ x,takut  akan mati @ x,akhirnya kita tetap akan menemui kematian..

jadi,sekarang abg mahu semua pejamkan mata.tenangkan fikiran..

ok,sekarang sambil menutup mata,abg mahu adik2 recall balik perjalanan hidup adik2 selama 15 tahun di dunia ini.ingat kembali segala peristiwa manis dan pahit..

sekarang bayangkan satu persatu wajah2 org yang adik sayangi..
kawan2..
cekgu2..
adik-beradik..
ayah..
ibu..
atau sesiapa sahaja mereka yang adik sayang..
bermula sudah aku mendengar esak tangisan mereka..sedih ka?muahahaha..

sekarang,bayangkan malam ini adalah malam terakhir adik2 didunia.lebih mudah lagi,esok adik2 akan meninggal dunia.
meninggalkan peristiwa pahit manis.meninggalkan org2 yang adik sayangi..
ingat kembali wajah2 mereka satu persatu..
kawan2..
cekgu2..
adik-beradik..
ayah..
ibu..

memandangkan esok,adik2 x akan sempat bertemu lagi dengan wajah2 itu,kita akan bersama-sama menulis wasiat atau surat terakhir adik2 utk org2 yang adik sayangi..

ok,bole buka mata..
gunakan kertas dan pen yang adik2 ada.kita akan menulis wasiat kepada org2 yang adik sayangi satu persatu.

kawan yang adik paling sayangi..

cekgu yang adik paling kasihi..

adik,abag atau kakak yang banyak bersama adik2..

ayah..

ibu..

mungkin adik2 ingin meminta maaf kepada mereka..
atau mengucapkan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan mereka..
mungkin juga,adik2 ingin menyatakan harapan atau pesanan adik2 kepda mereka..
tuliskan apa sahaja yang adik2 ingin sampaikan dan mahu mereka tahu..


semakin jelas kedengaran tangisan2 mereka..

setelah selesai masing2 menulis wasiat,mereka kembali menutup mata.aku memulakan,wasiat hunting..haha.
aku memilih secara rawak adik2 utk membacakan wasiat yang mereka tulis..opkos,tiada siapa yang tahu akan penulis wasiat tu kecuali aku.keh3.sebab,semua org menutup mata dan hanya mendengar..

seorang demi seorang berdiri dan membaca wasiat mereka.
ada yang menulis begitu panjang..ada yang pendek..ada yang serius..ada yang x serius..ada yang sangat2 jujur..ada yang berselindung..ada yang sedih..ada yang lawak..
ramai yang mampu membaca wasiat mereka tanpa emosi pada part kawan,cekgu,adik beradik..tapi,apabila sampai kepada  ibu dan ayah ramai yang beremosi,menangis dan ada juga yang tidak mampu utk meneruskan..fitrah manusia,kita lebih rapat dan sayang kepada ibu dan ayah berbanding org lain..
aku juga sesekali mengalirkan airmata mendengar wasiat2 mereka.aku membayangkan andai aku yang menulis wasiat dan aku benar2 akan mati esok..sungguh menyeramkan..(???)

di akhirnya,
ok adik2,kita dah dengar pelbagai wasiat yang kawan2 kita tulis kan.semoga kita mendapat sedikit sebanyak kesedaran dan keinsafan.
ingatlah adik2 kita ini adalah bakal jenazah.tiada apa yang pasti dihadapan kita melainkan kematian.
tidak salah untuk kita merancang.tapi,dalam perancangan kita,sentiasalah beringat bahwa kematian boleh berlaku bila2 masa dan menghentikan perancangan kita.

kita merancang,tuhan juga merancang..tapi ingatlah bahawa tuhan itu adalah sebaik2 perancang..



begitu habisnya slot aku malam tu.kepuasan yang amat kerana dapat menyempurnakannya walaupun pada aku tidaklah begitu berjaya perjalanannya.
harapanku,semoga sedikit sebanyak adik2 dapat input yang baik dan bermanfaat malam itu.
sentiasa aku pegang akan kata2 my lovely sister, 'apa yang kita sampaikan tu biar sampai juga kepada diri sendiri.."

the end.

No comments:

Post a Comment