Friday, February 14, 2020

doa-doa yang terjawab (i).








dia perempuan paling cantik di seluruh semesta- cantik yang rumit tapi indah, begitu abstrak, unik dan tersendiri. cantik yang menenteramkan jiwa yang sedang celaru lalu menyelimutkan keamanan untuk hati yang lelah. cantik yang air matanya mengalir atas deritanya jiwa-jiwa lain lebih daripada deritanya sendiri. cantik yang kedua tangannya sentiasa pemurah memberikan bekas bekalnya tanpa risau ia akan dikembalikan berisi atau tidak, bahkan jika bekas bekal itu tidak dikembalikan sama sekali ia tidak peduli. cantik yang sentiasa berusaha sekeras mungkin menjaga nyalaan api cahayanya supaya keterangan sentiasa ada di sepanjang lorong terowong, bukan untuk dirinya sendiri sahaja, tapi untuk jiwa-jiwa lain yang bersama-samanya juga, yang masing-masing sedang merindukan sinar-sinar harapan dalam perjalanan pulang yang panjang. dia cantik dengan hatinya yang lembut, yang senang mengambil beban orang lain sebagai bebannya sendiri, yang sentiasa cuba untuk membahagiakan orang lain sekalipun sebenarnya dia bahkan sedang bergelut dengan perasaannya sendiri, yang menyimpan kemas risau hatinya sendiri kerana ada hati lain yang sedang ingin ia perdengarkan dan pimpin dalam perjalanannya untuk sembuh. untuk hal-hal sederhana tapi begitu luar biasa bermakna yang ia lakukan untuk jiwa-jiwa yang datang kepadanya; dunia dan para penduduknya akan sentiasa terhutang budi padanya. dia perempuan cantik, yang indah, yang unik, yang tersendiri, yang tidak akan tergantikan, yang dalam jutaan cuma ada dia satu-satunya. semoga Tuhan sentiasa mengasihi perempuan cantik ini, semoga dia terus  tumbuh kuat dan utuh.




febuari empat belas, dua puluh dua puluh-- terima kasih Tuhan; berlalu dua bulan menjalani doa-doa yang terjawab itu.  mimpi realiti ini terasa sungguh benar, manis dan hangat.








1 comment: