Saturday, March 31, 2018

amplop berisi pikiran dan perasaan marci.





bismillah.

assalamualaikum.
sedang musim tengkujuh sekarang kan? angin sedang berlari dari pedalaman benua asia menuju ke benua australasia di selatan sfera bumi. kerana matahari sedang berada di sana ketika ini. ah, mungkin angin ada urusan penting mahu berjumpa dengannya. dan kerana langit kita berada di antara keduanya, angin sudah pasti berlari melalui halaman langit kita dan memanggil-manggil pula hujan keluar daripada laut di sekeliling kita. habis laut bergelora kerana angin dan akhirnya habis pula kita lencun dibasahi hujan. nah sekarang, siapa yang salah menurutmu? angin atau matahari atau laut atau langit atau hujan atau kita yang tidak berteduh? 



































































































___
*cari payung dulu.


Saturday, March 17, 2018

silhouette.







matahari mencalit garis-garis cahaya di horizon langit yang semakin sempit dan sempit. ada siluet burung-burung di langit, perahu di pantai yang semakin dinaiki air dan liuk lentuk dedaunan pohon dibuai bayu laut.

jadi, sebenarnya apa yang dinikmati orang ketika mereka menyaksikan senja? apakah mereka menikmati kegelapan atau cahaya? atau mereka senang menyaksikan langit yang sedang bergelut antara cahaya dan kegelapan, sama seperti diri mereka sendiri.

"di mana posisi emosi ketika kita memilih untuk berlindung dibalik kesabaran?"
"posisi?"
"katakan hati adalah sebuah kota, yang rakyatnya adalah emosi dan perasaan, yang tidak punya kekuatan apa-apa. ketika ia diserang dari luar, lalu datang pasukan kesabaran untuk menyelamatkan kota, menjadi benteng penahan."
"hmm. secara bahasanya, kata sabar, dalam bahasa arab yakni gabungan huruf sod, ba dan ro, bermaksud 'menahan'. ok, boleh la. teruskan metafora tadi."
"dalam situasi tu, tidakkah memiliki emosi adalah sebuah beban?"
"nanti dulu. benar, yang dilindungi kesabaran adalah sebuah kota. tapi, yang menjadikan kota itu worth to be protected adalah kerana rakyatnya. yang menghidupkan sebuah kota adalah kehidupan yang ada didalamnya, bukan hal-hal fizikal tidak bernyawa. yang dilindungi kesabaran tidak hanya sebuah kota fizikal, tapi sebuah penghidupan. memiliki emosi atau perasaan dalam kota hati adalah tanda jiwa kita masih hidup."
"emosi bukan beban. tapi ia adalah alasan terbesar mengapa kota hati kita layak untuk dilindungi dengan sebesar-besar kesabaran."




langit senja itu gerang.
gelap dan terang.

ia adalah sebuah pelajaran bahawa, mendamaikan antara gelap dan cahaya adalah perjuangan di setiap sore bagi langit dan seumur hidup bagi seorang manusia.

ya, di setiap senja, yang kalah adalah cahaya.
kegelapan akan menakluki langit.

"sabar. emosi."
"posisinya ada pada ayat 83 dan 84, surah 12."
"surah yusuf."
"pada ayat ke-lapan puluh tiga itu, Allah swt merakam perkataan ayah nabi yusuf a.s, nabi yaakub a.s ketika baginda menyambut segala ujian yang datang kepadanya; 'fasobrun jameel'; 'sesungguhnya sabar adalah yang terbaik bagiku'. lalu apa pula yang dirakamkan Allah pada ayat seterusnya, ayat ke-lapan puluh lapan?"
"tentang kesedihan nabi yaakub a.s yang akhirnya membutakan mata baginda."
"bukankah Allah mahu kita belajar daripada setiap kisah yang dirakamNya dalam al-quran? tidak terkecuali kisah keluarga ini."
"bahawa sabar yang indah, tidak akan mematikan emosi, tapi cukup ia mampu mengawal aksi. jangan sampai melakukan hal-hal yang tidak hambawi, seperti kita tidak memiliki Tuhan yang mengaturkan segalanya dalam aturan yang terbaik."



twilight gazing.
sehingga maghrib memanggil pulang.























---
























dawn gazing.
usai subuh.

cahaya dan kegelapan sekali lagi bergelut ketika fajar.
dan yang menang kali ini, adalah cahaya.

"cinta dan rindu juga adalah rakyat dalam kota hati kita kan?"
"ya. lindungilah semuanya dengan kesabaran."

langit menjadi terang benderang.







Wednesday, March 07, 2018

keep searching.


















bukankah masih ada banyak hal indah yang belum kita temui perkataan paling baik untuk menerangkannya dalam susunan ayat. sedangkan ada juga perkataan-perkataan baik yang kita masih belum temui cara paling nyaman untuk meletakkannya dalam susunan ayat bagi menerangkan hal-hal tertentu. dengan begitu, jelas kan bahawa Tuhan masih memiliki banyak kejutan-kejutan menarik untuk kita? yang perlu kita lakukan adalah terus berjalan mencari dan membuka halaman-halaman baru.