Tuesday, March 21, 2017

stands on its own.





rooftop.

dua cawan styrofoam berwarna puteh berisi air jernih berasap.
di tepinya ada bungkusan 3in1, oldtown hazelnut white coffee mocha. 

"kenapa siang takde bintang?" 
"ha? sebab siang bukan malam. siang adalah siang dan malam adalah malam."

hujung bungkusan 3in1 dikoyak.
isinya dituang masuk ke dalam cawan. ada butir-butir halus yang terbang ditiup angin, lari tidak mahu masuk ke dalam cawan.

"tapi, bintang best."
"then, mau cari bintang di langit siang-siang? cari malam pada siang? come on laa.. setiap langit ada cahayanya masing-masing. malam cahayanya lain. siang cahayanya lain."

bungkusan 3in1 yang sudah kosong ditekan-ratakan, keluarkan udara yang masih terperangkap di dalamnya. bahagian kiri kanan tepinya dilipat menegak masuk ke dalam. bungkusan plastik itu menjadi lebih padat. ia kemudian dicelup masuk ke dalam cawan, digerakkan dalam arah pusingan jam. buih-buih timbul di permukaan dan cuba bergerak ke tepi dinding cawan sebelum satu persatu pecah. perlahan-lahan serbuk kopi dan air panas menjadi sebati.

"hmm.."
"untuk move on, dalam hal apa pun, bukannya cuma berani melepaskan apa yang ada pada apa yang berlalu pergi. tapi, berani juga menerima apa yang ada pada apa yang datang tiba. biarkan waktu berjalan membawa pergi malam dan bintangnya. nanti kau akan belajar bahawa ada pelangi pada siang."

cawan diangkat, sampai ke aras dagu berhenti sebentar, menikmati aroma kopi yang naik meski tidak kelihatan zahirnya. kemudian cawan diangkat sedikit lebih tinggi lalu dihirup isinya. nikmat. cawan diletak semula ke bawah. hirupan pertama tadi meninggalkan lingkaran berwarna coklat terputus-putus, sedikit lebih tinggi daripada permukaan paling atas kopi yang masih berbaki.

sambung skygazing.



2 comments:

  1. Bro Lamanya bawa diri
    Selamat berpuasa (:

    ReplyDelete
  2. Bro. Lama sangat diam. Eid Mubarak !

    ReplyDelete