Sunday, January 22, 2017

sundae.







kalau saia, hidup akan jadi lebih menarik dan seronok apabila kita tidak menghadkan sesuatu perkara kepada kerangka-kerangka tertentu. seperti panas dan hujan tidak hanya untuk menjelaskan cuaca, kopi dan teh bukan sekadar minuman, membaca tidak semestinya buku atau menulis tidak semestinya dengan huruf dan perkataan. cuba bukakan tembok yang menjadi limitasi sangkar fikiran kita. lepaskan fikiran dan imijinasi kita berlari bebas. kemudian tunggu dan lihat apa yang dibawa pulang mereka nantinya.



...




ok, cuba yang ini.





newton's third law,

for every action, there is an equal and opposite reaction. the statement means that in every interaction, there is a pair of forces acting on the two interacting objects. the size of the forces on the first object equals the size of the force on the second object.






faham kah pernyataan tu? hmm, lantaklah anda faham ke tidak. haha. ok, begini, kita try kasi simple; setiap action, pasti ada reaction. contohnya dalam fizik, kalau kita sedang berjalan pakai sneaker adidas stan smith saiz tujuh kaler putih berstrip hijau, sebenarnya ada interaction yang berlaku antara tapak sneaker tu dengan permukaan jalan yang kita pijak. interaction yang berlaku antara keduanya adalah daya geseran(friction force) dari dua arah yang berbeza. action-nya ialah tapak kasut mengenakan daya geseran ke arah belakang, kemudian permukaan jalan mengenakan daya geseran yang sama tapi ke arah depan sebagai reaction-nya yang akhirnya menolak kita bergerak ke hadapan. 

masih ndak faham kan? ah, ndak reti la mau eksplain. maafkan saia.





ndak pa, sekarang kita tarik keluar newton's third law ini keluar daripada kerangka fizik. ingat key point-nya, setiap action mesti akan ada reaction. setiap action mesti ada reaction. action = reaction. contohnya lagi seperti yang kita buat sekarang ini. tulisan ini adalah action dari saia, dan ketika anda membacanya sebagai reaction, hakikatnya kita telah melengkapkan newton's third law. whoa, high five dude!



...





adalah menjadi keinginan terbesar kita untuk hidup sebagai orang yang bahagia. kan? sehari-hari kita berjalan ke sana-sini bertemu orang-orang yang hidupnya, pada pandangan kita, mereka bahagia. berlari-lari di laman sosial, kita juga melalui kisah orang-orang yang kita kenal, kisah yang mereka pilih untuk dikongsikan kepada dunia, kita yakin bahawa mereka sedang menjalani hidup yang bahagia.

sedangkan kita? sudah bahagiakah kita?

:)




baca balik yang tadi, kan 'for every action, there is an equal and opposite reaction'? mungkin yang kita lakukan sehari-hari hanya menunggu untuk sebuah reaction yang entah akan datang bila dan dari mana? 

kenapa tidak kita yang memulakan action, dan yakin akan ada reaction yang pulang menuju ke arah kita? yakinkah kita bahawa membahagiakan orang lain adalah cara mudah untuk kita sendiri menjadi bahagia? yakinkah kita bahawa sebanyak mana kebahagiaan yang kita berikan kepada orang lain, maka sebanyak itu pula kebahagian yang akan pulang kepada kita?

yakinkah kita bahawa hukum alam, sunnatullah, tidak akan pernah menipu kita?












selamat mencuba!



1 comment: