Showing posts with label cerita-ceriti. Show all posts
Showing posts with label cerita-ceriti. Show all posts

Monday, September 30, 2019

pelanggan tetap.






"masih study lagi ke?"
"dah kerja kak."
"oh, bagus lah. dulu lepas habis utm terus kerja ke?"
"a'ah."
"oh, alhamdulillah."
"alhamdulillah."
"akak ingat lagi awak ni. masa akak masih meniaga kat meja dalam utm dulu. awak selalu datang kedai akak."

tahun pertama di utm. dari kolej, naik bas sampai fakulti alam bina. jalan kaki masuk kawasan lingkaran ilmu. sebelum atau selepas solat jumaat di masjid sultan iskandar(msi), selalu singgah di- ah lupa nama khusus bangunan tu, yang penting dalam bangunan tu ada pejabat hema, pejabat mpm, pejabat pos, bank islam dan kafetaria- lepastu ada satu kawasan khusus untuk orang-orang berjualan dengan meja bentang. setiap selasa lepas asar ada kuliah hadith ust mahyuddin di pusat islam, msi. kupas kitab riyadus solihin. tebal dan agak mahal kitabnya. mana ntah dapat duit boleh beli kitab tu di kedai akak. saban tahun sampai habis study masih selalu singgah kedai akak, sekadar belek-belek buku dan beli minyak wangi untuk pakai solat.

fasa bekerja. terjumpa lagi akak tu, oh dah ada kedai di u-mall, taman universiti. tingkat sama dengan giant supermarket, segiempat kecil di celah-celah lorong antara deretan kedai baju. barang jualannya semakin beraneka. kalau dalam utm jual buku dan minyak wangi saja, sini dah macam-macam. kelengkapan solat, jubah, kurtah, telekung, tudung dan buku pun makin banyak pilihan. saban tahun masih selalu singgah bila berkesempatan, cari kopiah, usha kemeja ala indonesia, yang selalu mas-mas pakai dalam movie-movie religi tu, klasik.. fans banget gue. haha. setahun atau dua tahun lepas rasanya, kedai akak berpindah lagi tapi masih dalam u-mall, giant pun dan tutup dan masuk vendor lain ambil alih ruangan utama supermarket. kali ini ruangan kedai akak semakin besar, lokasinya pun lebih terbuka mudah dilihat. barang jualan pun makin beraneka. lebih banyak pilihan.


tapi, soalannya masih sama setiap kali.
"masih study lagi ke?"

cuma tahun ni, ada tambahan sedikit.
"bila nak kahwin? nanti bawa la dia jalan-jalan ke sini."

anyway, tahniah akak dah semakin maju. semoga terus berkembang!
i'm a proud customer. emm, akak doakanlah saya dan dia.












___
*kamu juga, semoga sukses dan terus maju ya bisnesnya! 
**eh, apa ntah nama kedai akak tu? lol. baru tahu tak pernah tahu rupanya. 

Wednesday, October 17, 2018

appreciate.








"jadi, apa yang jadikan sesuatu binaan tu spesial?" 
"kata vitruvius, ada tiga benda kau kena perhatikan." 
"apa?" 
"utilitas, firmitas et venustas." 
"ok. satu-satu."




"utilitas.. kalau kau tengok mana-mana binaan, cuba cari apa fungsinya.." 
"untuk apa benda tu dibina.."
"kedua, firmitas.. kekukuhannya sebagai sebuah struktur.. senang cerita, kalau kau rasa selamat bila berdiri di atas atau di bawah binaan tu, lebih kurang maksudnya kukuh la tu. common sense.."  
"apa yang aku rasa ea.." 
"lastly, venustas ni penampilannya atau keindahannya." 
"aesthetic value. straight forward."



"kalau kau faham tiga benda ni, senang lah nak appreciate atau senang nak faham kenapa orang lain appreciate sesuatu struktur binaan tu. penilaian orang, apa yang mereka pandang, tak akan pernah lari dari tiga benda ni. kenapa sesuatu binaan boleh jadi ikonik, sebabnya mesti ada berkait dengan salah satu kalau tidak ketiga-tiga benda ni." 
"bagi kau apa paling penting?" 
"bagi aku? bagi aku yang paling kritikal, utilitas.. fungsi binaan tu.. sebab kalau binaan tu ada jiwa, 'fungsi' tu la jiwanya. kalau fungsi tu mati, so, binaan tu binaan mati. orang lain mungkin cakap firmitas paling penting.. sebab kalau tak kukuh, macammana nak jalankan fungsinya.. betul tu betul.. tapi kita tak bina jalanan saja-saja tanpa tujuan tanpa destinasi, kita cari tujuan dulu baru bina jalanan. atau mainstream culture, orang lebih suka cari binaan yang ada nilai venustas, boleh jadi background ambil gambar."



"so, apa binaan kau paling suka?" 
"kalau aku cakap masjid, cliche sangat.. dan boleh jadi punchline- bila nak bina masjid? erghh. obviously, masjid ni ada nilai utilitas paling besar dalam komuniti muslim. tapi aku suka tengok jambatan. fungsinya pun signifikan- menghubungkan yang terpisah dan menawarkan jalan pertemuan mengatasi laluan yang bermasalah di bawahnya, menawarkan dimensi pemandangan yang berbeza. buat random structural analysis untuk jambatan ni best sebab semua komponen strukturnya boleh nampak secara kasar, senang nak bayangkan load transfer mechanism dalam jambatan tu. kemudian, kepolosanlah yang jadikan jambatan ni unik. kalau bangunan tipikal, banyak sangat mekap tutup sana sini, kadang tak nampak dah rangka asas penting untuk struktur bangunan tu."
"tapi, jambatan macam selalu underrated."
"ya.. or rather, overlooked." 








___
*vitruvius ni architect dan civil engineer roman zaman dulu kala.

Monday, September 17, 2018

quatervois.




"langit tidak dibuka untuk menerima kunjungan malam ini." 
"kenapa? apa yang tiada di langit ini malam?" 
"night sky without the stars. pale and dull." 
"dude, you just literally skipped the moon while looking for the stars."

malam itu kanvas langit sedikit lengang. entah apa yang digunakan matahari untuk meletakkan bintang di sana ketika senja tadi. kalau dilekatkan dengan gam uhu, mungkin terlalu sedikit yang disapukan padanya. kalau ditampalkan dengan pin, mungkin tidak cukup kuat ditekan masuk. apa pun itu, sungguhlah matahari tidak bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya. sambil lewa saja, mentang-mentang sudah menuju waktu tamat kerja.

bintang-bintang dengan mudahnya tertanggal, ditiup oleh angin, terbang melayang. bergesel dengan awan, tercabut satu demi satu. jatuh berderai ke bumi. esok pagi, pasti matahari bingung mahu mencari satu per satu butir bintang yang berserakan itu.

"kalau langit ni sebuah pementasan teater cahaya, bintang adalah bintang utamanya. bintang ni elemen spesial. bulan? bulan tak perlu cari pun akan sentiasa ada di langit setiap malam." 
"itulah sebabnya." 
"sebab? sebab apa?" 
"sebab bulan sentiasa ada di langit walau apa pun keadaannya di atas sana. orang kata kita tidak akan perasan tentang sesuatu yang ada bersama kita sehingga sesuatu itu hilang. tapi hakikatnya, kita sebenarnya tahu dan sedar tentang sesuatu itu yang sentiasa ada dekat dengan kita, tapi kita fikir kita tidak akan pernah kehilangannya. kita memang suka buat benda ironi."

bulan sedang berpaut pada tali tergantung yang terikat kemas pada sebatang paku yang sudah lama ada terekat di siling langit. malam itu, bulan menyaksikan semuanya. bintang-bintang di kanvas langit yang tertanggal, jatuh dan berserakan ke bumi. bulan tidak senang hati melihat apa yang berlaku di sekelilingnya. ia sedikit panik tapi cuba untuk tetap berfikiran waras.

bulan sedikit-sedikit merenggangkan pautannya pada tali tempat ia bergantung, mencuba-cuba untuk menangkap butir-butir bintang yang berjatuhan tapi graviti terlalu laju menarik mereka ke bumi. tidak tergapai.


"hmm, you're not specifically talking about the moon right? is there something else?" 
"of course. there is always something else in the creation of Allah, if we look deeper into it." 
"so, what is it this time?" 
"i'm actually talking about myself. well, i used to memorized some ayahs from the qur'an that i thought i will never be able to. and then, yeah i also thought that i will never forget anything once i got them memorized in my mind.. but now i realized, i'm erasing kalimah by kalimah at every moment i surrender myself to the dark side of me. i took the light that Allah had given me, for granted. you don't put qur'an's ayah in the  mind, but in your heart. and you cannot read anything in the dark even if it is there."
"so? go get the light back if you think they're worth your everything. fight back dude."


akhirnya, bulan membuat keputusan paling besar sepanjang ia bertugas sebagai sekuriti langit shif malam. ia melepaskan pautannya pada tali tempat ia bergantung dan melompat turun ke bumi. menggeledah hutan, menyelam laut dan menyelak bangunan-bangunan konkrit untuk memungut semula semua butir bintang yang terjatuh.

malam itu direkodkan sebagai langit yang paling gelap gelita tanpa sedikit pun cahaya.



Tuesday, March 07, 2017

synderella umbrella.





"sebetulnya, ada banyak pilihan jalan, ada banyak aturan laluan untuk kamu sampai ke sana. tapi, tidak semua jalan akan membawa pengalaman yang sama ketika dilalui. jalan yang itu suasana dan tampilannya begitu. jalan yang ini akan mempertemukan orang begini dengan ceritanya yang begini. jalan adalah pilihan. apa yang akan kamu temukan sepanjang melaluinya adalah kejutan."


itu kata-kata auntie kedai kopi, yang ditemuinya ketika ingin bertanya jalan. setelah mendapat penerangan sedikit sebanyak tentang jalan-jalan yang boleh dilalui, dia pun selesai membuat pilihan jalan dan laluan mana yang akan diterokainya. langit cerah pagi itu adalah peneman perjalanan yang baik. ah, siapa kata langit akan sentiasa cerah?

di tengah perjalanan, dia memilih untuk menaiki beca, biar pengembaraannya lebih klasik.

berbeca sehingga tiba di simpang empat yang menyimpang di pertengahan jalan muntri. berhampiran simpang empat itu ada arca besi nombor tujuh belas dan lapan belas, jika merujuk kepada peta yang dikasi oleh auntie kedai kopi.

dua keping not ringgit, warna hijau dan biru, dihulurkan kepada pakcik beca. tema klasik sudah habis. kembali untuk berjalan kaki lagi.

selesai dua tiga kali menekan punat snap di hadapan arca besi ke tujuh belas. mujur, tidaklah ramai orang yang lalu lalang di situ. mudah untuk mengambil gambar. dan ah, siapa kata langit akan sentiasa cerah? baru mahu bergerak ke arca besi ke lapan belas, hujan tiba-tiba turun. 

tidak punya pilihan lain. dia memutuskan untuk berlegar-legar, berjalan-jalan di sepanjang kaki lima rumah kedai yang ada di sepanjang jalan dengan signboard 'love lane' itu.

dua tiga langkah..
snap gambar..
dua tiga langkah..
tangan dihulur ke luar menyambut butir-butir hujan yang jatuh..

sampailah di kaki lima sebuah rumah kedai yang pintunya terbuka luas. di atas pintu, terpampang papan tanda berwarna merah dengan tulisan kantonis berwarna putih. mujur di bawah tulisan kantonis itu ada juga huruf-huruf roman; 'penang unique art gallery'.

tanpa berfikir panjang, dia terus masuk. dan wow.. semacam masuk ke dalam enchanted forest dalam cerita fairy tale. memasukinya membawa semacam perasaan kagum dan gembira. galeri itu dipenuhi barangan seni dan lukisan yang cantik, indah dan unik.






agak lama juga dia di dalam galeri itu sehingga terlupa bahawa di luar sedang hujan. selesai memilih beberapa barangan untuk dibeli, dia kemudian melangkah keluar. 

"masih hujan.."

dalam pada itu, dia terpandang seorang lelaki berpayung di seberang jalan, bertentangan dengan galeri seni, sedang berbual dengan kucing. berbual? ya, kelihatannya begitu. mulut lelaki itu bergerak-gerak seperti berkata sesuatu kepada kucing. mungkin lelaki itu kucing jadian. mungkin.

sambil-sambil berbual dengan kucing, lelaki itu memerhatikan papan tanda di atas pintu galeri seni, kenderaan yang lalu lalang dan lopak air yang ada di jalan. mungkin lelaki itu sedang membuat kira-kira bagaimana mahu menyeberangi jalan ke galeri seni, dengan cara yang paling selamat.

setelah jalanan di antara rumah kedai yang bertentangan itu lengang tanpa kenderan yang lalu-lalang, lelaki berpayung tadi terus berlari dan melompat-lompat mengelak lopak air. dan sampailah lelaki itu di kaki lima galeri, dengan sneaker dan hujung seluar yang sedikit basah. sepertinya lelaki itu juga sedang mengembara, berjalan-jalan di kota ini seperti dia. alang-alang lelaki itu datang dengan payung, mungkin boleh bertanya kepada lelaki itu di mana dia boleh mendapatkan payung.

"err, maaf ganggu. payung tu beli di mana? dekat-dekat sini ada?"
"oh, payung ni beli di kedai runcit hujung sekali, barisan rumah kedai seberang jalan ni." 
"oh, ok."
"emm. nah. pakai payung ni dulu la kalau mahu pergi ke sana. seberangi jalan ni, hati-hati lopak air, kemudian, jalan terus sampai hujung. jumpa kedai runcit. ada seorang pakcik dalam kedai itu."
"terima kasih. nanti saya pulangkan payung ni. maaf menyusahkan."
"ok saja. saya pun nak singgah masuk galeri ni dulu." 

payung bertukar tangan. mereka berpusing, bergerak dalam arah yang bertentangan. seorang ke arah depan, seorang ke arah belakang. seorang ke arah hujan. seorang ke arah pintu.

lima minit kemudian, lelaki itu keluar semula daripada galeri. lelaki mencari-cari kelibatnya. ah, sudah ada di kaki lima seberang jalan. dia sedang berjalan menuju kedai runcit yang dikatakan lelaki.

"alamak, lupa.. itu payung terakhir yang pakcik tu jual."

paap! lelaki menepuk dahinya sendiri. kemudian masuk semula ke dalam galeri dengan muka bersalah.




---



"miss, lelaki yang tadi, yang bagi saya payung ni, dah pergi?"
"ya, dia masuk kejap je. lepas dia pilih beberapa keping poskad dan minta kirimkan sekali, ada kereta ambil dia. mungkin dia panggil uber. katanya dia nak segera ke jeti."
"payung dia.. hmm.."




---







(sebulan kemudian)


petang itu, balik daripada berkerja, sesampai di rumah sewanya, temannya memberikan dua keping poskad kepada lelaki.

"weyh, ada dua poskad untuk kau."
"ha, dua keping? dari mana?"
seingat lelaki, cuma ada satu poskad yang dikirimnya sendiri ke alamat rumah sewa itu sebulan lepas. ole-ole untuk diri sendiri daripada perjalanannya di kota dalam pulau yang jauh ke utara.
"a'ah. tulisan lain-lain. entah, kau bacalah sendiri."
terus saja lelaki mengambil poskad yang bukan kirimannya sendiri itu. ah, ini poskad dari galeri seni yang sama. dibalikkan poskad itu. ya, bukan tulisannya.

hai!
err, maaf. pertamanya, saya dapat alamat ni daripada poskad yang awak tulis. miss di galeri seni itu yang beritahu tentang poskad awak. sebenarnya, saya mahu pulangkan payung. tapi, kata miss galeri seni itu, awak dah pergi dan payung itu awak bagi saja kepada saya. oh ya, rupanya, payung di kedai runcit pakcik tu pun dah habis.
selepas hujan reda, saya datang balik ke galeri tu. payung awak saya tinggalkan di situ. jadinya, sesiapa yang singgah di galeri itu ketika hujan dan perlukan payung untuk membeli payung boleh pakai payung awak. miss di galeri itu juga setuju untuk payung itu ditinggalkan di situ. 
nah, ini poskad sebagai tanda terima kasih daripada saya. 



[the end]

Thursday, January 26, 2017

enchanted forest.





setting macam biasa lah; hujan. haha.

kedai runcit di simpang jalan.

"pakcik, ada jual payung?" 
"ada. tengok dekat hujung rak ketiga, paling sudut." 
"ok. oh ya, maaf pakcik. basah sikit. terpijak lopak air tadi." 
"takpa. masuk je. ini mesti terpijak lubang depan signboard tu kan? tak tahu bila kontraktor dari majlis perbandaran akan datang buat kerja, turap balik lubang tu. sudah buat report minggu lepas."
"a'ah. lubang tu."






"berapa ringgit pakcik?" 
"sepuluh ringgit tujuh puluh sen." 
"ok, jap.. nah."

sekeping not ringgit warna merah dan sekeping not ringgit warna biru bertukar tangan. jemari pakcik laju menekan butang-butang pada mesin teller. trakkk.. laci wang terkeluar. not ringgit merah di letakkan di kotak kedua. not ringgit biru diletakkan di kotak kelima. tiga keping syiling berdiameter 19.4mm dikeluarkan dari kotak kecil. 

"kamu tahu? kamu memang akan selalu jatuh, emm, jatuh cinta. pada jalanan kehidupan dunia yang kamu lalui, ada lubang-lubang tempatnya kamu jatuh cinta, ketika kamu menapakinya sama ada sengaja atau tidak sengaja. di antara itu, ada yang cuma lubang kosong dan gelap, dan kamu harus berusaha keluar dari situ sesukar apa pun caranya. untuk apa menetap di situ? perjalanan kamu harus diteruskan, kan? 
kemudian akan ada masanya kamu jatuh di lubang yang akan membawamu ke sebuah tempat yang asing; sebuah taman di bawah tanah yang indah dengan nuansa yang damai. 
kamu mungkin akan bertemu dengan seseorang yang juga sedang sesat terjatuh di situ, sama seperti kamu. kalian akan saling berkenalan dan sama-sama berkerjasama mencari jalan keluar dari taman itu, kerana walaupun taman itu indah, hidup di dunia tetaplah sebuah perjalanan, bukan destinasi akhir. 
jika kalian berjaya, kalian akan meneruskan perjalanan kalian bersama, bukan lagi perjalanan masing-masing, kerana jalanan di hadapan kalian itu cuma ada satu, menuju ke destinasi yang kalian sepakati bersama; syurga."

muka terpinga-pinga, tapi mengangguk-angguk mengiyakan.

syiling bertukar tangan.






"oh ya, emm, ini  jalan apa pakcik?" 
"sini? yang sebelah kiri? lebuh chulia." 
"jalan depan ni?" 
"love lane." 
"hmm, okay.. betullah kot jalan ni." 
"mahu ke mana?" 
"art gallery."
"oh, depan lagi." 
"orait. terima kasih pakcik."
"sama-sama. hati-hati ya, jangan terpijak lopak lagi."

papp.. buka payung. 
senyum, angkat tangan ke arah pakcik.

jalan. 

Thursday, September 15, 2016

pelangi cahaya.









namamu siapa nak?
--pelangi. biasa dipanggil 'ren' saja oleh kawan-kawan. maksudnya, rainbow.

pelangi?
--iya, pelangi. nama itu daripada bapak dan ibu saya; hujan dan matahari.

wah, pantaslah kamu dinamakan pelangi. namamu indah, nak. seperti kamu juga, indah berjilbab labuh. Tuhan menutup segala kelemahan dan aibmu seperti pakaian dan jilbab labuh itu menutupi tubuhmu.












pelangi, kamu tahu bagaimana untuk bahagia?
--err, sepertinya saya yang harus bertanyakan itu pada makcik.













begini nak, untuk bahagia itu mudah. jika kamu jatuh cinta, jatuh cintalah pada ketidaksempurnaan, pada apa-apa atau pada siapa-siapa. pada keluargamu, pada sahabat-sahabatmu, pada bakal teman hidupmu, pada pekerjaanmu, pada hartamu, pada tulisan-tulisan yang kamu baca, pada rasa makanan yang kamu makan dan minuman yang kamu minum, pada cuaca pagi, pada suhu malam, pada semuanya yang ada pada kamu hari ini dan pada yang akan kamu temui kelak di hari besok.  
kalau hanya mencari yang sempurna, kita akan menderita seumur hidup kita. bahagia yang kita cari tidak akan kita temui kerna yang benar sempurna tidak akan ada di dunia. yang kelihatan sempurna- pada firasat dan pandangan pertama- hakikatnya langsung tidak pernah sempurna. justru, jangan menyandarkan bahagia hanya pada firasat dan pandangan pertama terhadap sesuatu. kamu bahkan akan kecewa apabila menemukan sisi yang tidak sempurna padanya. jangan pula membanding-banding kerana jalan ketidaksempurnaan pada setiap sesuatu atau seseorang adalah berbeza.
kehidupan di dunia adalah segalanya tentang ketidaksempurnaan. jika mahu mencari yang sempurna, carilah di negeri akhirat kelak. Tuhan menunggu kita untuk bertemuNya di sana.










--nasihatnya indah sekali makcik. oh ya, sebentar. mahu tuliskan semula dalam buku catatan saya. takut terlupa nanti. boleh kan? emm, boleh tahu nama makcik?  













boleh, silakan nak. nama makcik, cahaya. panggil saja makcik yaya. kalau boleh, pelangi doakan makcik supaya dapat memenuhi harapan dan tanggungjawab yang terselit dalam nama ini. menjadi penerang dalam kegelapan kepada diri sendiri dan orang lain. kamu juga, pelangi, teruslah menjadi inspirasi buat orang lain, menjadi alasan untuk mereka tersenyum ketika memandangmu.
--insyaAllah makcik yaya. doakan pelangi juga. 









Monday, June 06, 2016

selamat ber-ramadhan.


ketuk-ketuk ramadhan(lah sangat), 1436h. maahad syatirie, johor bahru.
chefnya: (dari kanan anda) umarul, aqasha dan sirhan.





[satu]


semalam lepas solat qabliyah isya', duduk dalam posisi antara-dua-sujud, perati suasana masjid. meriah malam satu ramadhan. alhamdulillah. rare, memang rare. bahagia ja tengok suasana macam ni. biasa paling banyak tiga atau empat saf jak solat isya'. tapi, malam ni, macam tahun-tahun lepas, siap buka perantara ruang solat muslimat dalam dewan solat utama untuk bagi ruang kepada jemaah muslimin untuk penuhkan. ruangan muslimat pindah lebih belakang, luar dewan solat utama. semoga Allah tetapkan langkah kaki kita semua untuk sentiasa memakmurkan rumahNya sepanjang ramadhan ini.

duduk dalam line saf karpet. saf depan ada geng budak-budak buat halaqah, bincang mekanisma mercun. antara tu, ada seorang yang pakai baju melayu ungu, membelakangi aku. sekali dia toleh belakang, cari sesuatu. tiba-tiba ternampak aku. dia renung dua tiga saat, toleh depan balik.

tak lama dia toleh lagi tengok aku. lepas tu, bisik dengan kawan sebelah dia. dua tiga kali jugak la dia toleh depan toleh belakang. 

last sekali dia tegur,

"abe, kelate ko?"

senyum lebar aku, cuba kontrol takmau ketawa.
rilek-rilek, aku jawab.

"err, a'ah."

dia toleh depan lagi. bisik dengan kawan dia.
muka excited.

"kelate duk mano be?" 
"emm, kota bahru."

dia toleh depan lagi. bisik dengan kawan dia. pekat betul pelat kelantan dia.
aku masih senyum lebar. kontrol.. kontrol.. haha.

"raya kelik kapung dok be?" 
"ho la. kelik.."

tiba-tiba aku teringat, ini dalam masjid. dah masuk ramadhan lagi. dosa woo tipu budak. tengok bilal dah bangun pegang mic nak iqamat, cepat-cepat aku dapatkan budak tu.

"dik, tak la. abe buke duk kelate." 
"ho? habih tu?" 
"saboh la. saboh. demo kelate ko? kelate belah mano?" 
"ouh.. kelate, duk pasir mas."

salam, senyum dan terus masuk saf.

another level of kelantanism achieved. lulz.




[dua]


sebelum mula tarawih, haji musa, setiausaha masjid bangun untuk bagi ucapan dan sedikit penerangan pasal aktiviti sepanjang ramadhan di masjid at-taqwa. antaranya, masjid akan habiskan khatam satu al-quran sepanjang ramadhan ini.

modus operandinya, 30 juzuk al-quran dibahagi dua, yakni 15-15. separuh, 15 juzuk yang pertama akan dihabiskan dalam solat tarawih. dan separuh lagi, 15 juzuk yang seterusnya ditadaruskan setiap malam selepas tarawih.

ok, kembali kepada 15 juzuk yang pertama tadi. tarawih sini ambil 20 rakaat. ada dua orang imam yang bertugas, imam huzaifah dan imam haziq. mereka berdua ni memang imam tetap masjid. hafiz quran. mereka akan bertukar syif di antara rakaat ke-sepuluh dan sebelas.

satu juzuk al-quran ada 20 muka surat, kemudian darabkan dengan 15 jadilah 300 muka surat.

20 rakaat darab dengan 30 malam samadengan 600 rakaat tarawih.

jadinya, 300 muka surat per 600 rakaat; satu per dua.
so, satu rakaat akan habiskan separuh mukasurat al-quran rasm uthmani.

yup, macam tu la tarawih di masjid at-taqwa.




[tiga]


hari pertama ramadhan, site cuti. tahun ni, ramadhan pertama full time berkerja di site. tahun lepas pun site jugak. cumanya tak selalu. datang kejap-kejap, sekali-sekala jak. sebab semua pun projek kecil-kecil, kerja turap jalan-jalan pendek saja. banyaknya, duduk ofis urus dan ambil-hantar dokumen. 

ya, maybe its gonna be a bit physically tough this year. tapi, sebenarnya dah pernah puasa sunat sambil berkerja di site yang ini. so far, alhamdulillah, takda la berat sangat. tapi, mungkin  akan ada cabaran lain akan datang sepanjang 30 hari ke depan ni.

but, bring it on!
eh, astagfirullah..

may Allah ease.
may Allah ease.




[empat]


tahun lepas, ramadhan duduk dekat maahad. bangun sahur terus jak turun dewan makan. akash, tukang masak maahad, dah siapkan semua. berbuka pun. tahun ni, berdikari sikit. sediakan sahur sendiri.

pagi tadi, bangun sahur. kejut housemate semua. masing-masing semangat berkobar-kobar turun dapur. ekceli, aku tak la reti masak. tahu yang basic dan paling simple jak. tapi, diorang ni yang power masak. macam mana ntah boleh power. mungkin masa kecik-kecik dulu, kalau main masak-masak, diorang ni instead of pakai mainan plastik jadi cooking utensils, diorang pakai periuk belanga, kuali kawah yang real punya. instead of tanah, diorang pakai beras betul untuk masak nasi. instead of petik daun pokok, rumput, bunga-bunga, diorang ni pakai sawi kubis osefagus untuk jadikan lauk sayur. instead of uli plastisine jadi bentuk peha ayam, ikan dan daging, diorang ni siap boleh pergi beli kat pasar yang masih segar. sebab tu macam-macam resepi turun-temurun diorang tahu. oi, ajar la oi.

tapi, pagi tadi, masa turun dapur semua kecewa terbahak-bahak. apa pun tak da. nampak sangat lama tak masak. asyik makan luar jak. tinggal satu biji telor ayam jak. itu pun nasib baik tak menetas. haha.

akhirnya, start enjin. kedai mamak; al-rizqi bistro.
done sahur.




_________________________
*je vous souhaite un mois béni de ramadan pleins de succès. que Dieu en fasse pour nous un mois de protection, de foi et de paix. que ce soit un mois de victoire pour les opprimés et de défaite pour les oppresseurs. 

ha, tak faham kan? haha. pinjam prof tariq ramadan punya status.
 --happy ramadhan guys! :)



Friday, October 30, 2015

kawan-kawan klasik.


sk abaka.




bismillah.


pernah ada satu buku yang dulunya paling kita suka baca, tapi keakraban kita dengan buku tu perlahan-lahan berkurangan hari ke hari, mungkin kerana kita bertemu dengan buku-buku lain atau mungkin kerana kita sibuk dengan hal-hal lain selain membacanya. sehingga satu hari, mungkin dengan tidak sengaja, ketika kita tengah sibuk mengemas barang untuk keluar bermusafir, kita menemukan semula buku itu di laci paling bawah almari baju. maka satu persatu ingatan muncul dalam hati kita bahawa hati, jiwa, cita-cita dan impian pernah kita temukan dan tinggalkan di dalam naskhah itu.

pernah? saya pernah. :D



oh ya, sudah lebih dua minggu sejak reunion dengan kawan-kawan klasik, kawan-kawan sekolah rendah. kawan-kawan klasik sebab bila jumpa balik semuanya, satu persatu perkara, memori dari zaman belakang bermain semula di layar memori hitam putih. klasik sebab kita saling bercerita hal-hal klasik semasa kecil, daripada nikmatnya ais limau dalam plastik panjang kedai kak yan, sedapnyaaa, sehingga seronoknya main hujan sepanjang perjalanan pulang balik rumah selepas sekolah dan lari pusing padang sekolah dikejar anjing. haha. klasik sebab kita cerita tentang orang-orang klasik, para cikgu, para pak cik, para mak cik dan orang-orang lejen yang sudah lebih daripada sepuluh tahun tidak berjumpa.

klasik juga sebab kita(saya) 'bertemu semula' realiti kehidupan dan 'bertemu semula' dengan diri sendiri melalui kawan-kawan klasik ini.




...



throwback sebentar. 


sekolah rendah kami terletak di tengah hutan kelapa sawit, yang sebelum itu adalah hutan pokok koko, yang sebelum itu adalah hutan pokok getah, yang sebelum itu adalah hutan.., err, entah, tahu sampai situ jak. ya, sekolah kampung untuk anak-anak kampung. sekolah yang sederhana untuk orang orang sederhana seperti kami.

aturan Tuhan, lepas tamat upsr di sekolah ini, saya ke sekolah asrama penuh di daerah lain. sekolah elit (kononnya), yang ya, pelajarnya pelajar-pelajar bijak pandai. sebelum itu, don't get me wrong kay, saya bukan mahu masuk bakul angkat sendiri. maksud saya, saya berada dalam komuniti orang-orang yang punya jalan hidup yang cerah, ada masa depan yang terjanji dengan kejayaan. hal ini selalu diulang cakap setiap kali perhimpunan oleh cikgu-cikgu, pengetua bahkan para orang-orang besar yang berkunjung untuk majlis-majlis tertentu. kata mereka, anda semua adalah orang yang terpilih. hmm, kalaulah dapat mendengarkan rasulullah saw mengatakan "anda orang yang terpilih untuk memasuki syurga" seperti yang disampaikan baginda kepada para sahabat, oh alangkah...

aturan Tuhan, lima tahun kemudian saya meneruskan pengajian ke kolej matrikulasi. majoriti kawan-kawan daripada sekolah asrama penuh juga masuk ke sini, sementara yang lain bertebaran ke institut lain termasuk ke luar negara. situasinya sama, saya masih lagi berada dalam lingkungan penuh manusia-manusia cemerlang. again, don't get me wrong kay. selangkah lagi untuk ke menara gading, menara yang sentiasa dicanang-canangkan sejak tadika lagi oleh para cikgu.

aturan Tuhan, saya melalui fasa terakhir pendidikan dengan menuntut di universiti. menuntut dalam jurusan yang pasaran kerjanya boleh dikatakan cukup terjamin. masih tetap berada dalam kelompok manusia-manusia cemerlang pendidikannya. still, don't get me wrong kay. maka, habislah pengajian di universiti. baling topi hitam bertali merah. maka graduanlah saya. kira-kira sebulan lepas habis pengajian(belum majlis konvokesyen lagi) saya mula berkerja dengan pendapatan yang lebih dari mencukupi untuk seorang anak lelaki bongsu, bujang tanpa apa-apa tanggungan seperti saya.



ok, habis throwback. 



*bila tulis dan baca balik begini, baru saya sedar betapa jalan hidup saya terlalu mudah dan lurus. semuanya sentiasa bergemerlapan dengan lampu lip lap lip lap. alhamdulillah. tsumma alhamdulillah. sungguh hambaMu ini kurang rasa syukurnya, Allahurabbi.. T_T




...




kembali kepada kawan-kawan klasik. pertemuan yang bermula daripada facebook kemudian berkumpul dalam wassap dan akhirnya be-reunion temu mata di kfc bandar tawau, membawa saya kembali berfikir banyak tentang kehidupan.

saya tidak tahu jalan hidup yang bagaimana setiap dari kawan-kawan klasik ini lalui selepas tamat di sekolah rendah. yang pasti, tidak semua melalui laluan mudah seperti saya. selepas bertemu kembali barulah satu persatu cerita dibuka. ada yang manis indah dan ada juga yang pahit menyakitkan. terlalu banyak hal yang dilalui setiap dari kami. yang bila difikir kembali, saya ingatkan perkara-perkara ini cuma berlaku dalam drama-drama melayu slot akasia tv3. terlalu banyak hal yang entah jika saya sendiri yang lalui, entah di mana saya hari ini. jujur, kawan-kawan klasik ini melalui ujian hidup yang jauh lebih hebat daripada yang pernah saya sendiri lalui. ujian yang bagaimana, biarlah ia tetap rahsia antara kami.

apa yang tetap mengagumkan saya, kawan-kawan klasik ini tetap ceria dan mudah berkongsi cerita meski perjuangan yang mereka sedang lalui sungguh mencabar menurut saya peribadi.

seluruh hal ini kembali membuat saya bermuhasabah panjang, bahawa betapa manjanya saya dengan kehidupan. baru bertemu ujian luka terguris duri bunga sudah mahu dimasukkan dalam wad icu. sedangkan kawan-kawan klasik ini parah ditabrak lori masih tetap gagah mahu berlari menghabiskan marathon mereka. Allahurabbi..

bahkan, dari kawan-kawan klasik ini juga saya belajar, untuk sentiasa melahirkan rasa syukur dan menundukkan rasa sombong riak, kita perlu banyak memberi setiap kali kita merasa lebih. baik dalam hal ilmu pengetahuan, hal hati dan perasaan, mahupun hal materi. meski cuma sedikit, tetaplah sentiasa berkongsi.. begitu.






akhirnya, Alhamdulillah atas kurniaan kawan-kawan klasik ini. :)



Saturday, August 29, 2015

colour-man.




langit senja hilang warna.

matahari semakin malap warna jingganya. satu persatu warna abstrak langit terpadam dan diganti dengan warna hitam. daripada langit ia turun perlahan-lahan ke bumi. pohon-pohon hijau betukar warna, daunnya hitam batangnya hitam. tanah coklat menjadi hitam. batu-batu putih menjadi hitam. haiwan bertukar warna kulit, bulu, pelepah sayap, dan sisik menjadi hitam. cuma air jernih tanpa warna dan udara yang tidak kelihatan kekal tidak berubah.

warna sudah tiada.

di tepi jalan, berhadapan lintasan hitam putih untuk pejalan kaki, yang sudah kehilangan warna putihnya, di bawah lampu isyarat yang tidak lagi mampu mengawal lalu lintas di persimpangan, berdiri seorang laki-laki menyaksikan semuanya berlaku. perlanggaran berlaku di mana-mana. skrin besar di mana-mana kembali ke zaman awalnya, cuma memaparkan wayang hitam. bangunan pencakar langit, kereta yang meluncur dan berparkingan tidak terkecuali; kini semua cuma ada hitam.

ah, warna sudah hilang daripada dunia.

laki-laki itu segera memandang dirinya, t-shirt biru dengan tulisan henshin yang dipakainya masih berwarna. topi corak kotak-kotak di kepala juga masih kekal berwarna hijau pudar. seluar jeans dengan sudah sedikit koyak-koyak pada hujungnya tetap juga berwarna kelabu asap. tadi dia baru pulang dari kedai alat tulis, membeli sekotak watercolour. mahu dibawa pulang untuk pakai melukis lagi. kotak watercolour itu dijinjitnya dalam beg plastik lutsinar berwarna merah. hairan, semua yang ada padanya masih berwarna.

laki-laki berjalan mendekati sebuah kereta kancil yang sudah kehilangan warna. cuba disentuhnya dengan jari telunjuk. dan wah, kereta itu kembali ke warna asalnya! laki-laki memandang tangannnya dengan penuh hairan. berjalan lagi ke hadapan, disentuhnya pula seekor kucing dengan bulu tanpa warna yang melintas memotongnya. dan sekali lagi sentuhannya mengembalikan warna, kali ini bulu kucing itu dengan tompok-tompok warna kuning putih. di tepinya ada seorang remaja lelaki yang tampak cemas dengan keadaannya yang kehilangan warna. disentuhnya juga dan remaja lelaki itu kembali kepada dirinya yang penuh warna. tiba-tiba, remaja lelaki  itu lari dari laki-laki dengan wajah ketakutan dan penuh tanda tanya. mungkin dia terlalu terkejut dengan apa yang sedang berlaku.

laki-laki semakin teruja.

dia mula merasakan dia memang ada kuasa untuk mengembalikan warna kepada dunia ini. laki-laki belari ke sana ke sini menyentuh apa saja yang ada. bunga orkid, lampu jalan, tong sampah, pintu rumah. segalanya disentuh laki-laki, mengembalikan semua warna mereka.

tapi keterujaannya tidak lama. dia segera penat, padahal masih banyak yang perlu disentuhnya. ini baru kawasan bandarnya, sudah terlalu besar untuk dicover olehnya sendirian. dunia beribu kali ganda lebih besar. tambahan, mana mungkin dia mahu menyentuh kaum perempuan. batal wudhuk nanti. iya, dia mahu menyelematkan dunia. dia mahu mengembalikan warna kepada dunia. tapi, itu tampak mustahil untuk dilakukannya sendiri.

laki-laki mula kehilangan semangat.

dia terduduk di lorong gelap antara dua bangunan, melihat manusia yang masih lari berkeliaran, masing-masing gusar kelam-kabut. tiba-tiba dari kejauhan dia melihat sekumpulan manusia, enam orang semuanya, dua lelaki dan empat perempuan bertudung labuh, yang meluncur ke sana sini dengan kasut roda. kesemuanya masih penuh berwarna. seperti apa yang dilakukannya tadi, kumpulan itu juga berlari kesana sini menyentuh apa saja yang ditemui mereka untuk mengembalikan warnanya..




ah, mengarut la cerita ni.



Thursday, June 25, 2015

scar.




"scars; do you have any?"
"dude, how i really wish i get a new one.. ferari roshe, maybe?"
"i said scar, not a car.. and ferrero rosche you mean? that's chocolate, mate."
"ouh, scar.. haha. sorryyy.. hmm. i think i have one. yup, here at my left elbow. got this from a terrible bicycle accident few years back. why asking? so, now you are selling medical product to remove scar? hpa? qu puteh? ambi pur? eh, that's car perfume.."
"no lah.. do you regret having them? its make you look ugly isn't it? but still, you are ugly even without it. haha. kidding."
"cis, how dare you.. regret? emm, maybe not anymore. for me, scar is kind of a memory. and memories can means a lot. it teach a lot too. the bleeding will stop. pain will disappear. in the end of the day, all left was just the beautifully engraved scar, as a mark that the wound is now healed and as a proof that you're strong enough to have gone through that. scars not necessarily represented as a bad thing."
"but how about inner scars? how to describe that?"
"inner scars is all about feelings and emotions. sometimes, when we came across some old heartbreaking memories from the past, we smiled while a drop of tear falling through our cheek. sometimes we just gave out a long 'sigh' with a smile at the end of it. for me, that's the form of inner scar. a mark that can be seen. a mark that you are now recovered. a proof that you're strong enough to have gone through that."
"time treat better than anything right?"
 "yup. by Allah's will.."

____________________
*grammar yang bertaburan umpama bintang bintang di angkasa..  )-_-(

Wednesday, June 10, 2015

seventeen.




ada cerita tentang lima orang kawan kecil. di sebuah kampung jauh di tengah ladang kopi tepian bukit hijau, mereka selalu bersama berlari mengejar burung burung yang berterbangan mengigit gigit biji kopi yang ditanam penduduk kampung. nama mereka laut, awan, angin dan matahari. kalian jangan pelik ya, itu cuma nama panggilan antara mereka.

laut adalah laut kerana luasnya jiwa dan pikirannya. dia tahu macam-macam. mungkin kerana dia rajin membaca buku buku di pusat sumber sekolah. awan adalah awan kerana dia adalah anak kecil berkulit cerah seperti awan-awan puteh. dia mewarisi itu dari orang tuanya. angin adalah angin kerana dia suka berlari. lariannya laju. dia jaguh larian di sekolah. tapi bila berlari bersama kawan-kawannya ini, angin akan belari perlahan paling belakang, tidak mahu meninggalkan mereka. matahari adalah matahari kerana di rumahnya ada banyak pokok bunga matahari yang ditanam ibunya. laman rumah mereka penuh dengan kelopak jingga itu. jadi sekarang sudah jelas kan kenapa mereka menggunakan nama nama itu?

sebelum itu, kalian mesti ada yang bertanya, awal awal kata saya ini cerita tentang lima orang kawan kecil. tapi, ini cuma ada empat. yang kelima siapa? sebentar.. ini baru masuk cerita tentang dia. yang kelima justru adalah hujan. ya, hujan. empat orang anak kecil dan hujan. mereka berlima adalah kawan. eh, kenapa mesti hujan?


kerana hujan adalah gabungan daripada laut, awan, angin dan matahari. matahari dan angin mengangkat air laut naik ke langit yang kemudiannya ditampung oleh awan. setelah itu hujan akan turun dengan gembira di mana saja. menurut guru sains di sekolah, prosesnya lebih kurang begitu.

kerana hujan tidak pernah sendirian. meski di manapun ia jatuh, ia tidak akan jatuh sendirian. pernah dibasahi hujan yang cuma setitis?


menginjak usia tujuh belas, mereka berempat tidak lagi akan berlari bersama di ladang kopi tepian bukit hijau. justru, kini mereka harus berlarian sendiri di ladang ladang konkrit dan batu di tengah tengah kota bandar manusia demi mengejar cita masing masing. tapi itu tidak sedikitpun merisaukan mereka.


kerana mereka ada hujan. dan hujan akan ada di mana mana.
kerana mereka ada doa. dan doa akan ada di mana mana.



Monday, May 18, 2015

of trial and love.




Seluk poket seluar. Sambil tarik keluar kotak Winston Putih, Uncle Ben berkongsi kata-kata ini.

"Cinta adalah ujian. Dan ujian terbesar adalah pada apa atau siapa yang paling kau cinta. Kau hisap rokok?"

Aku geleng sambil senyum.

Jeans Levi's koyak lutut. Jaket Denim, dibiarkan tidak berbutang menampakkan baju pagoda lusuh yang dipakainya di dalam. Selipar jepun.

Kotak Winston Putih ditepuk-tepuk pada telapak tangannya. Sebatang rokok ditarik dari kotak. Sua ke mulut. Tangannya kembali ke poket. Keluarkan pemetik api.

Aku datang untuk tengok-tengok seluar. Ini kali pertama aku datang ke situ. Aku dengar cerita member-member, katanya bundle area sini barang bagus-bagus, murah pulak tu. Pusing-pusing, aku akhirnya jumpa sehelai di kedai ni. Kain bagus lagi, cuma bottom dia lebar. Aku bukan reggae. Jadi, aku minta Uncle Ben repair bagi kecil sikit. Dia cas RM 2 untuk repair. Seluar tu aku tawar RM 30. Not bad la. Kalau masuk butik mahu sampai seratus lebih. Tak masuk GST lagi.

Asap keluar masuk mulut Uncle Ben. Jarum pun keluar masuk kain. Serentak. Sebelah tangan pegang kain, sebelah pegang rokok. Power Uncle Ben ni. Dalam pada itu, aku tekun dengar sambungan ceritanya. Aku memang suka dengar cerita-cerita penuh falsafah dari orang-orang lama.

"Aku dulu pernah ada bini. Dia orang Perak."

Aku menangkap ada perkataan 'pernah' dalam ayatnya. Belum sempat aku tanya Uncle Ben sudah bagi jawapannya.

"Dia meninggal eksiden empat tahun lepas. Masa tu dia mengandung anak pertama kami. Kau tau macammana aku rasa masa tu? Ah, kau mana tau. Kau budak lagi. Kau pernah sekolah kan? Mesti kau tau apa akibatnya kalau gagal ujian.."

Ya. Gagal dalam ujian adalah sesuatu yang agak menyebalkan. Aku tahu apa rasanya sebab aku bukannya student genius, apa lagi yang jenis rajin belajar. Bila gagal ni, dia buat kita mencari sesuatu untuk disalahkan. Masa tak cukup lah, soalan luar topik lah, tak sempat prepare lah, macam-macam lagi lah. Padahal salah sendiri malas belajar.

"...Ya, aku pernah gagal. Aku salahkan semua orang. Dan paling teruk aku salahkan takdir. Kalau gagal ujian di sekolah paling-paling kau kena marah cikgu atau mak bapak kau. Kalau gagal ujian kehidupan, kau fikir siapa yang marah? Tuhan yang akan marah kau. Tuhan... Kau sembahyang tak?.."

Aku angguk.

"...Itu kau jangan tinggal."

Uncle Ben senyap sebentar. Bunyi mesin jahit dan hingar bingar kawasan bundle berdekatan bersatu mengetuk gegendang telingaku macam pancaragam. Lepas 10 minit Uncle Ben sudah siap jahit. Dia suruh aku try dulu. Aku masuk fitting room. Aku tak try pun. Saja masuk. Nak hadam kata-kata Uncle Ben tadi. Aku keluar balik. Uncle Ben mengelamun panjang. Mungkin fikirkan arwah isterinya.

"Dah ok."
"Baguslah. Pasal cerita aku tadi. Aku sebenarnya cuma nak pesan, hati-hati bila kau menjatuhkan cinta. Kalau kau silap, maka kau akan gagal ujian paling besar."

Aku hulur not RM 50. Uncle Ben pulangkan not RM 10 dua keping. Dia kata halal lah dua ringgit tu. Lepas salam aku, Uncle Ben buka radio. Suria Cinta bersama DJ Lin. Perghh, memang lejen betul jiwa Uncle Ben ni.

Well, haritu sekali lagi aku belajar dari pengalaman orang.


__________________________________________
*ini cuma cubaan untuk menulis dengan penuh indie. haha. buruk betul.


Saturday, March 28, 2015

hang in there.





weekend.
bright sunny day.

"how was it?"
"what?" 


just perfect for a walk.

"your life. since we graduated." 
"i don't know. yes, everything was going smooth as people see. i already got a job. but, hmphh.."
"why? what do you mean by that sigh?"


err, not a walk really.

"how to say aa.. working life was too hard laa.. 'too complicated' sounds more appropriate maybe.."
"err, be specific bro. i'll listen. usrahmate, didn't we?"
"hmm, how should i say this.. peoples outside.. seems like everyone wore a mask. you'll never know what they really are behind that mask. 'good' peoples are everywhere. but, as i mentioned.. seems like they being good for something personal, to save themselves from trouble and making sure at least something will goes into their pocket. at the end of the day, they just pick anything or even anyone to became their black sheep. work integrity, this one super important thing that our lecturer always remind us to practice when we jump into the industries? i didn't found it all.. something that worry me much now, the rezeki that i gain, is it berkat or not?"


they drove a car actually.
haha.

"understood bro. our lecturer didn't warn us about that for nothing. they know well how was the industry works. that's the real challenge for a newbie like us. we should stick to our own principle as a muslim; there is halal and haram, never lose grip of that. i believe, there are still ikhlas's peoples outside, just maybe you didn't meet them yet. and guest what, in this temporary dunya, we always have a second option for everything. either to stay or to go, its also a choice that God put in our hands for us to pick. just remember this basic rule; always ask for His guidance. along the way you might fall ten times. simply, stand up eleven."


okay, that's not funny at all.
i'm sorry.

"insyaAllah, thanks for your words dude. jom cendol, ambo belanja."
"itu sebenarnya yang aku tunggu kau cakap. jom!"


thats it.
the end..


Monday, March 09, 2015

life goes on.





Green Jade Republic Cafe.
Speaker hitam di penjuru bergetar. Bunyi gorengan gitar untuk intro yang mantap.

"Sweet Child O'Mine." 
"Guns N' Roses." 


Dua mangkuk ABC Coklat sampai.
Tunggu rojak pulak.

"Chord?" 
"Tak ingatlah. Aku dah lama tak main. Dah jual dah pun gitar aku." 
"Oh, yeke. Apasal?"
"We're getting older dude. That's the fact. Someday, we'll getting married. Then, having a child kalau ada rezeki. Well, kita kena prepare untuk stage hidup yang itu. " 
"Err, aku belum fikir sampai ke situ lagi." 
"You should."


Rojak dah sampai. Baca basmalah.
Pedas-pedas kuah kacang dalam rojak campur manis manis sejuk topping lelehan coklat dalam ABC. Superb!

"So, kau dah tak main gitar sebab tu ke? 
"Maybe. Kau tak nak ke nanti anak-anak kau tanya  'ayah, apa hukum tajwid untuk ayat ni?'  instead of  'ayah, apa chord untuk korus lagu ni?'.  Syurga dunia beb!"


Ambil tisu.
Lap mulut.

"Weh, ajar aku baca al-Quran."
"Aku pun tak reti. Tengah belajar gak. Takpe, nanti kau ikut aku."
"Ikut pegi mana?"
"Adala.."


Sunday, January 18, 2015

kembali ke asrama.


i'm a working man now. 

ramai orang tanya apa saya buat kat maahad. kau masuk pondok ke, tak keje? awak mengajar kat situ, jadi ustaz ea? enta jadi mudir maahad ke? hang jadi tukang masak dewan makan maahad? nope. nope. nope. yes, i'm living here in maahad, yang penuh dengan sosok-sosok suci berjubah dan berserban yang tekun menghafaz al-Quran dan belajar ilmu agama. tapi, apa yang kalian tanya tu semua salah la. i'm here to work, practicing my civil engineering knowledge which hardly earned from 4 years of bloody battle with books, assignments, sleepless nights, quizes, tests, exams etc.. and don't know how, i actually survived all of that.. *lappeluh

jadi, anda sedang buat bangunan maahad ke? nope. maahad dah siap. ok, straight to the point. sekarang ni, saya sedang berkerja dengan sebuah syarikat construction atau biasanya disebut kontraktor. ia sebuah syarikat kecil yang sedang membangun. rata-rata projek yang dibuat adalah biasa-biasa saja. belum sampai puluhan juta, ratusan juta bahkan billion punya projek lagi. apa kaitannya dengan anda berada di maahad? maahad dan ofis syarikat ada dalam bangunan yang sama, itulah kaitannya. haha.

begini, pemilik syarikat tersebut, haji dan hajah telah mendirikan maahad ni. dan pengurusan maahad juga adalah di bawah jagaan mereka. awalnya saya masuk berkerja atas kapasiti syarikat, tapi haji dan hajah minta tolong sekali untuk bantu mereka menguruskan maahad yang baru dibuka sepenuhnya untuk pengajian pada pertengahan tahun lepas. dan awal tahun ini pula adalah pengambilan pelajar memenuhi kapasiti yang ada. jadi, agak banyak benda yang perlu diuruskan di peringkat permulaan ni. tambahan pula, ustaz sedia ada pun muda-muda belaka (umur kitorang lebih kurang jak), masing-masing masih kurang pengalaman. jadi, kongsi-kongsi pengalaman la kan. 

so, basically i'm here to serve both; the company and the maahad.
as an engineer and as a warden.

bila direnung-renung balik, mungkin ini medan yang Allah bagi untuk aplikasi semula apa yang saya belajar dalam pelbagai kehidupan berasrama sepanjang 10 tahun lepas; 5 tahun di asrama smsld yang agak nerd dan penuh budak budak pandai (tak termasuk saya), 3 bulan di asrama plkn yang super strict yang ada macam-macam orang dari serata malaysia (macam-macam agama, bangsa, personaliti, ada tatoo, kaki pukul, etc..), 1 tahun di asrama matrikulasi (baru belajar hidup tanpa kawalan ketat, tapi belum sepenuhnya bebas. still ada pantaun dan denda-denda..) dan akhirnya 4 tahun di asrama utm yang agak independent (yup, utm memang special. tak banyak universiti yang sediakan asrama kepada pelajarnya untuk sepanjang tahun pengajian mereka, proud to be here..)

dan hari ini, saya masih lagi di asrama. tapi, dengan watak yang berbeza. bukan lagi 'orang yang dijaga' tapi sebagai 'orang yang menjaga'. ini adalah amanah yang luar biasa. tapi, saya suka dengan cabaran ini sebab ia datang dengan peluang. peluang untuk mendalami ilmu akhirat daripada para asatizah muda, peluang untuk belajar dan lebih menghayati seni mentarbiyah, peluang untuk berkhidmat pada agama dan masyarakat, serta peluang untuk berkongsi doa berkat anak-anak yang suci noda bahkan indah dengan ilmu agama.

alhamdulillah. i'm one super grateful man!



Wednesday, November 19, 2014

choices.



"Chaq, membuat pilihan tidak pernah mudah kan.." 
    "Maksud kau?" 
"Dari memilih nak pakai baju apa pagi pagi, nak makan kat  mana dengan member member, nak kerja kat company mana, sampailah nak kahwin dengan siapa.. Memilih tidak pernah mudah. Bikin pikiran pusing. Pusing sepusingnya." 
    "Haha. Ya, aku setuju! Hmm.. Kau tahu tak Ayie?" 
"Tak tahu.." 
    "Oi, aku tak habis cakap lagi.." 
"Haha, oke oke. Go on." 
    "Tuhan sentiasa ada cara untuk buat kita kembali rindu dan jatuh cinta pada Dia." 
"Maksud kau?" 
    "Kadang, Tuhan bagi kita susah. Duit takde. Result study teruk. Kita pun kembali kepada Dia dengan doa doa minta pertolongan untuk itu. Kadang, Tuhan buat kita takut dengan dosa dosa maksiat yang kita buat tiap hari. Kita pun kembali kepada Tuhan dengan taubat dan doa mohon diampunkan.." 
"Kau betul.. Aku selalu rasa macam tu." 
    "Ada masanya juga, Tuhan bentangkan kita dengan pilihan pilihan yang sukar. Kau tahu, ini juga cara Tuhan untuk membuat kita rindu kepadaNya." 
"Ya, dan kita pun datang kepadaNya dengan istikharah dan doa mohon petunjuk kan.."
    "A'ah.."




*sigh..

Monday, November 17, 2014

tetap sama.





rooftop.

dua cawan espresso. 
masih berasap. lingkaran bulat di permukaannya penuh buih.
"langit adalah langit. tak kira masa bila engkau tatap ke atas, langit tetap langit yang sama. cuma, kadang yang sentiasa berubah pada langit adalah warna awan waktu siang dan susunan bintang pada malamnya. itu yang buat langit jadi lain." 
"dalam. maksud kau apa?"

angkat cawan untuk hirupan pertama. 
bukak bungkusan oreo. putar, jilat, celup dan makan.
"aku dan kau. kita manusia. sama-sama hamba Tuhan. dan manusia akan tetap sama. aku yang semalam, sebulan lepas atau lima tahun ke belakang adalah aku yang sama hari ini."
"langit jadi lain dengan awan dan bintang. so, manusia?" 
"kita dengan iman, dengan nafsu. itu yang buat kita sentiasa boleh berubah. mungkin kau lihat dia masih sama dengan diri dia dua tiga tahun yang lepas. ya, kalau dulu dia suka dengar lagu-lagu acoustic guna earphone. dan hari ini dia masih lagi dengan earphone di telinga. tapi, mungkin sekarang dia dengar sheikh mishary al-afasy baca ar-rahman. jiwa manusia akan tetap sama, tiada perubahan. tapi, iman dan nafsu boleh diatur semula."
"oh, oke. faham." 

sambung skygazing.


Monday, June 02, 2014

hu-jan.



a faint clap of thunder
clouded skies
perhaps rain comes
will you stay here with me?
    a faint clap of thunder
    even if the rain comes not
    i will stay here
    together with you.
-The Garden of Words.
....

Hujan. Saya sebenarnya tidak pasti sejak bila saya mula menjadi begitu obses pada hujan. Belakangan ini, saya gilakan segalanya tentang hujan. Tulisan, lagu, cerita, apa saja tentang hujan, di sana saya menemukan sesuatu yang luar biasa, walaupun sudah duapuluh tahun lamanya saya mengenal hujan. Ah, apalagi kalau hujan benar benar turun. Berteman secawan kopi atau cokelat panas, senaskhah buku dan alunan instrumental. Tenang. 

Secara exact, saya tidak pasti  bila semua ini bermula. Entah, mungkin memang begitu azalinya. Orang orang itu tak akan tahu hatinya sedang jatuh cinta pada sesuatu. Hanya sedar apabila mula merasakan segala yang mereka lakukan terarah kepada apa yang dicintainya. 

Bila diimbas imbas kembali, mungkin ia bermula selepas beberapa kali bermandi hujan dengan Dek Ji sejak tahun satu lagi. Entah sudah berapa kali meredah dengan kuda NBG Dek Ji. Tiap kali keluar berdua berboncengan, mesti hujan akan turun. Tak jugak 'mesti'. Tapi, dalam kiraan sepuluh kali kami keluar bersama, hujan turun mengiringi kami untuk tujuh kali. Rasanya la..

Seterusnya, entah ini adalah kebetulan atau saya sendiri yang memilihnya sejak dari awal lagi. Topik projek sarjana muda ataupun final year project saya dan Dek Ji adalah kajian tentang hujan. Lebih spesifik, bidang hidrologi yang merupakan pecahan daripada disiplin kejuruteraan sivil. Menganalisis kiraan data hujan yang turun ke bumi dalam bentuk aliran permukaan atau bawah tanah, untuk digunakan dalam merancang pembinaan struktur dan infrastruktur hidraulik, keperluan dalam urusan bekalan air dan kawalan bencana seperti banjir dan kemarau. Oh ya, kerana hujan adalah rahmat yang turun dari langit, jadi secara teknikalnya kami sedang menganalisis kiraan rahmat. Begitu kan? Hoho.

Ok, sebenarnya post ni saya nak bagitau yang pagi ini, saya dan Dekji akan ber-viva dalam lebih kurang lapan jam dari sekarang. Akan dibentang segala galanya berkenaan hasil kajian sepanjang satu tahun yang agak tough bersama Dr Askari, supervisor kelahiran indonesia dengan gaya pembelajaran jepun, yang tidak lekang dengan tazkirah tazkirah menyentuh jiwa. Memang sungguh exciting dan mencabar. Kan Dek Ji? (Eden tahu ekau akan senyum-mendalam-yang-teramat kalau ekau baca ini dan eden tahu jugak ekau tak akan baca ini. Haha.)

Akhir sekali, buat Dek Ji, Pa'an dan teman teman yang akan ber-viva;
Semoga lancar semuanya ya. Rabbi yassir wala tu'assir!

....

air hujan adalah titis titis dakwat yang mengalir jatuh dari langit.
dengannya, para manusia menulis seribu satu kisah tentang hidup mereka.
-renja hijo, 020614.

Wednesday, May 28, 2014

pesawat kertas.




Tombol pintu bilik diputar dari luar. Kemudian, daun pintu ditolak ke dalam. Ted baru balik dari sarapan di kafe. Tadinya, dia ajak Ken sekali. Tapi, Ken menolak. Katanya, tiada selera. Tiba di bilik, Ted tengok Ken ada di meja belajarnya. Menekup muka ke buku Reinforced Concrete Design. Ted tahu, temannya itu ada masalah. Sudah 3 tahun lebih dia kenal Ken.
"Ken, kau oke?"
"Entah, serabutlah Ted. Banyak benda, aku malas nak fikir.. Tapi, tak boleh.."
"Hmm, kau tunggu jap."
Ted tarik keluar laci meja belajarnya. Keluarkan beberapa helai kertas A4 puteh polos. Kemudian pergi ke arah meja Ken.
"Nah."
"Untuk apa?"
"Kau tulis semua benda yang kau fikir sekarang ni. Semua masalah kau barangkali."
"Apasal, kau nak baca ke?"
"Ish, tak lah. Buat apa. Kau tulis je la. Lepas tu, kau jangan buang tau. Simpan dulu. Satu lagi, petang ni kau free tak? Lepas asar. Pukul 5.30 macam tu.."
"Free. Kenapa?"
"Jom ikut aku. Panjat tangki air atas bukit. Bawa sekali kertas kertas yang kau tulis tu."
"Gila. Nak buat apa? Tapi, ok jugak. Haha. Jom."
Kadang-kadang, dua orang roommate ni tak siuman jugak. Petang itu, seperti direncanakan. Honda EX5 ditunggang mendaki bukit tinggi yang terletak tidak jauh di luar pagar kolej asrama mereka. Sepanjang jalan ke puncaknya, bukit dipenuhi pokok pokok hijau. Bukit dalam hutan. Macammana nak gabungkan tu? Butan. Boleh?

Tak lama, mereka pun tiba di puncak menara besi yang menampung beban daripada sejumlah isipadu air dalam tangki tua itu. Dari atas, dunia bertukar bingkai bertambah luas dan segala isinya menjadi kecil. Atap atap bangunan, pucuk pucuk penghujung pokok, burung burung terbang melewati matahari jingga dan awan awan puteh berlegar di kanvas langit yang menuju senja dalam beberapa ketika.
"Ken, kau tahu buat kapal terbang kertas tak?"
"Haha. Mestilah. Aku suka buat. Kau tahu? Cita cita aku masa kecil dulu nak jadi pilot kot. Pilot pesawat tempur burung pheonix, megazord power rangers merah tu. Tapi, tiba tiba sangkut kat sini belajar macammana nak design konkrit bagai. Kah kah kah."
"Aduh, tinggi sangat cita cita kau tu. Baidewai, kau ada bawa kan kertas-kertas pagi tadi tu?"
"Hmm, ada. Nak buat apa? Nak lipat lipat jadi kapal terbang?"
"Ye la, apalagi. Buat kapal terbang kertas paling canggih yang kau tahu. Aku pun ada bawa kertas aku." 
"Bereh boh."
Maka, dari kertas kertas penuh yang ditulis Ken pagi tadi, terhasil lipatan lipatan membentuk kapal terbang aneka rupa. Memang canggih. Ted juga tidak mahu kalah. Nyata, dia juga jurutera pesawat kertas yang unggul.
"Ok Ken, jom lawan. Tengok kapal terbang siapa paling jauh terbang.."
"Haha. Ok. Kau akan takjub dengan kapal terbang aku."
Maka, belepaslah pesawat pesawat kertas mereka dari puncak tinggi itu. Terbang laju bersama segala resah dan gelisah yang tertulis sama. Ditiup angin bebas membelah angkasa hinggalah medarat di antara daun dan ranting pokok sementara ada yang jatuh ke tanah. Nantinya kertas kertas itu akan lusuh dan luput hilang juga disiram cahaya matahari dan air hujan. Dengan masa, pastinya.

Tawa riang. Puas.
Jelas pada riak wajah kedua mereka. Terutama Ken.
"Terima kasih Ted."
"Apasal?"
"Untuk ini. Aku suka semua ini Ted."
"Ceh. Sentimental la kau ni."
"Haha. Jom buat lagi lain kali."
"No problem. Liqa' malam ni, kau join tak?"
"Ofkos la." 
Sebelum maghrib dan gelap malam mendahului mereka, dua orang manusia itu bergerak turun dari menara tangki dan puncak bukit. Pulang dengan fikiran yang lebih lapang. Alhamdulillah.

[Tamat]

___________________________
Oh, I really miss being a kid.. Thats all.