Showing posts with label repek. Show all posts
Showing posts with label repek. Show all posts

Friday, January 13, 2017

i'm running out of ink.






sore di hari-hari kebiasaan.

"sudah buka?" 
"ya, come in. have a seat."
"thank you." 

ruangan kafe ini cuma aku sendiri yang bertandang. tapi, ia sebenarnya penuh kalau melihatnya dalam dimensiku. ruangan kotak fikiranku sudah penuh terlalu padat. jadi, aku menjemput semua yang ada di fikiranku untuk duduk memenuhkan ruangan kafe ini sementara aku menyusun semula atur letak mereka di dalam ruangan fikiranku. barangkali akan ada lagi pendatang baru, jadi dari semasa ke semasa aku perlu menyemak semula availabiliti ruang yang ada, apa perlu dilebar-luaskan atau bagaimana.

"sendiri?"
"ya."

ah, sebenarnya tidak. aku datang dengan orang-orang yang terlanjur aku tumpangkan di bucket belakang kenderaan hatiku. mereka sedang bergegas turun dari situ. kasihan mereka, bucket itu terlalu kecil untuk menampung sejumlah ramai orang-orang. kalian lebih baik tinggal di sini, jangan mengikutiku lagi selepas ini.

"minum?" 
"emm, cappucino ada?" 
"ada. hot or iced?"
"hot." 
"orait."
"eh, kejap. iced. sorry."
"ok, no problem."

hot tukar jadi iced. musim hujan sepertinya hampir habis. kebelakangan ini, hari-hari berlalu dengan matahari yang membahang, mungkin sedang membakar rindunya dan api itu naik marak. tapi, perasaanku masih banjir. hujan belum berhenti di sini. bot penyelamat berlari ke sana sini menyelamatkan mana-mana yang hampir tenggelam lemas.





"photographer?" 
"bukan. just a hobby."

mungkin melihat kamera hitam canon dan kamera instax fujifilm, yang aku letakkan keduanya di atas meja, ditambah dengan beberapa keping gambar dari kamera instax yang aku belek-belek.

"a writer?" 
"absolutely no."

ah, itu datang dari mana?

"you look like one."
"oh, really? who is a writer?"
"those who write. and you're writing right now. inside your mind."
"err, haha. maybe."
"you should print it out later."
"not sure about that. my printer had already running out of ink. is there any computer shop nearby?" 
"seberang jalan. opposite of this cafe."

itu jak la. apa aku merepek ni?


Sunday, May 01, 2016

labour day's rants.





taman unibersiti.

di simpang empat dengan lampu isyarat. kawasan itu terbahagi kepada empat quadran. quadran pertama adalah gedung pasaraya aeon, yang juga terdapat toko buku mph. mengikut putaran jam, di quadran kedua adalah stesen minyak petronas yang kfc melekat di tepinya. dalam petronas ada mesin teller automatik yang disediakan bank cimb, maybank dan rhb.

quadran ketiga, adalah deretan rumah kedai, yang paling hujung berdekatan lampu isyarat adalah kedai motor sym, dulu pakai tagline 'safee yang menunggang' bersempena era kegemilangan bola sepak malaysia yang baru memenangi afc suzuki cup ketika itu dan safee sali adalah superstarnya kerana menjadi penjaring terbanyak kejohanan. penuh billiboard tepi jalan iklan sym muka safee sali. kemudian ditambah pula dengan tagline baru, 'syamsul yang mencelah' ambil nama syamsul yusof. itu saya tak tahu bagaimana kisahnya dan dah jarang tengok billiboard sym. entah sekarang apa pula tagline terbaru. 'sahlan yang menulis' mungkin? eh, siapa sahlan? ah, lupakan. 

quadran keempat adalah taman rekreasi. tak ada cerita sangat sebab baru sekali dua datang situ. selebihnya cuma lalu saja.


oh ya, kembali ke quadran ketiga. dalam deretan mengunjur ke bahagian sebelah kanan kedai motor sym, paling hujung sekali adalah kilang memproses kiub ais. ya, kiub ais. bila difikir-fikir, kiub ais je kot. budak-budak buat di rumah pun jadi. isi air dalam bekas, masukkan dalam freezer peti ais, biar semalaman, besok dah keras. tapi, benda simple macamni boleh jadi bisnes besar-besaran. entah, tak reti jugak, saya bukan otak bisnes. baru-baru ni kilang tu kebakaran. tak teruk sangat la. masih mampu beroperasi lagi rasanya. tapi, bila difikir-fikir, kilang ais terbakar. ya, kilang ais kawan-kawan. nampak tak? ha, say no to global warming.

masih di quadran ketiga. ada ruang parkir besar antara jalan dengan bahagian kanan dan hadapan kedai motor sym. setiap petang  hingga lebih kurang selepas isyak, ada lori kecil yang buka premis jual nasi lemak berlauk. nasi lemak anggerik namanya. sedap dan lazat berkrim. eh, mana ada krim. belum pernah lagi jumpa nasi lemak cheese. nasi lemak anggerik jual nasi lemak dengan aneka lauk pilihan.  dari telur mata sapi, ayam goreng kosong, ayam masak merah, sotong masak apa ntah tapi sedap, daging masak apa ntah tapi sedap jugak, dan sambal yang menggigit. 

gerai nasi lemak anggerik tu dikendali oleh dua orang brader. diorang ada uniform 'nasi lemak anggerik'. diorang berkerja dalam synchronizing yang baik. ada dua tugas utama, satu layan pelanggan memilih lauk untuk nasi lemak mereka dan satu lagi siapkan air pesanan mereka. ok, ceritanya saya on the way balik kerja. lepas keluarkan duit dan isi minyak di petronas di quadran kedua, sambil tunggu lampu merah bertukar hijau, saya terpandang kedai ni. dah saya putuskan untuk singgah sebab malas nak tunggu lama dekat restoran faiz tomyam sorang-sorang yang sebenarnya tidak jauh dari situ, berjarak hanya satu selekoh pendek.

done mukaddimah.

"bro, makan ke bungkus?" 
"bungkus."

brader nasi lemak ambil satu kemasan surat khabar yang berlapik kertas minyak yang telah disiapkan dalam kuantiti banyak. buka penutup bekas nasi yang diperbuat daripada kayu, asap keluar berkepul-kepul.

"air nak bro?" 
"teh ais." 
"ikat tepi ke bungkus?" 
"bungkus."

brader di jabatan lauk tu pandang beregunya di jabatan buat air pada bahagian belakang gerai.

"weh, teh ais bungkus satu." 
"ok."

brader pusing balik ke depan.

"baru balik keje ke bro?" 
"ya."

siap cedok nasi, brader alih perhatian kami berdua kepada lauk.

"lauk apa bro?" 
"emm, jap ea."

hidup memang komplikated la, kadang nak buat pilihan lauk pun susah, lepas round setiap periuk lauk-lauk ambil feeling, akhirnya jari tunjuk pilih ayam masak merah. brader laju ambil sudip periuk lauk ayam masak merah. keluarkan bahagian dada. kuahnya jatuh meleleh, mengalir ke ladang nasi.

"keje kat mana bro?" 
"nusajaya." 
"ouh. keje apa kat sana?" 
"err, buat bangunan. susun batu-bata."

lepastu, tangan brader capai senduk kecil. sebelum ceduk masuk, brader tanya dulu.

"timun. kacang. boleh?" 
"boleh." 
"sambal?"
"boleh." 
"lauk ini je ea? takde nak tambah lagi?" 
"ya. ok, itu je."

lincah tangan brader kemaskan bungkusan jadi piramid dan akhir sekali ikat dengan getah merah.

"penat tak kerja buat bangunan?" 
"err.."

belum sempat jawab, brader sambung lagi sambil ketawa kecil.

"mestilah penat kan? mana ada kerja tak penat. kerja macam ni pun penat." 
"ya. iya. haha."

siap. nasi lemak siap. teh ais bungkus pun siap.

"berapa?" 
"tujuh ringgit bro."

not ringgit merah bertukar tangan. dibalas dengan tiga not ringgit biru. dua-dua pun ucap terima kasih. dua-dua pun ucap sama-sama. selesai, gerak balik rumah.

selamat hari pekerja kawan-kawan! semoga semangat selalu.. :)

Saturday, February 06, 2016

fix.






matikan enjin.
turunkan stand.

buka helmet.

"assalamualaikum. aseef kak, lambat sikit sampai." 
"waalaikumussalam. takpe. kan jauh, jalan jem lagi. yang penting dah sampai sini." 

jabat tangan.

laga pipi kanan.
laga pipi kiri.
laga pipi kanan.

"err, akak ada jarum dengan benang? nak baiki tudung. huhu." 
"jarum? ada kot. jap ea."

masuk bilik.

bunyi pintu almari dibuka,
bunyi laci ditarik keluar.
bunyi laci ditolak masuk.
bunyi pintu almari ditutup.

keluar bilik dengan bekas lutsinar penuh alatan menjahit.

keluarkan jarum. keluarkan gulungan benang.
masukkan benang dalam jarum.

hulur.

"nah. koyak ke? macammana boleh koyak?" 
"entah la. tadi bawa skuter laju sangat kot. tudung melayang-layang. sebab tu jahitan hujung tengah ni terbuka sikit. singgah tepi jalan, letak pin je tadi supaya tak lebih teruk." 
"hmm, kita selalu perlu memilih, antara jarum atau pin, kan? kalau ada kain yang terkoyak, atau jahitan lama terbuka macam tu, kita tahu, kita boleh on the spot lekatkan balik dengan pin atau ambil sedikit masa untuk jahit semula. cara yang cepat dan mudah, atau cara yang sedikit rumit dan ambil masa lebih lama. betul tak?"
"emm, a'ah. betul kak." 
"hati-hati jahit. kang tercucuk jarum." 


[habis].





Tuesday, December 08, 2015

random words.









(i) sabar bukan duduk dan tunggu, ia adalah memandang ke depan. ia adalah melihat duri dengan memandang bunga ros merah yang akan kembang mekar di hujung pucuknya dan melihat gelap malam dengan memandang terang pagi yang akan hadir setelahnya. para pencinta sejati, yakni mereka yang cinta pada Tuhannya, yang cinta pada dakwah kerana Tuhannya, yang cinta pada manusia kerana dakwahnya, adalah mereka yang sabar, yang tahu sang bulan perlu waktu untuk menjadi purnama penuh yang mengambang indah. (ii) sungguh ketidaktahuan itu menyulitkan. ia membawa kita kepada ketakutan. dan perkara apa pula yang paling tidak diketahui oleh manusia melainkan masa depan mereka. maka, apabila takut pada masa depan yang penuh dengan ketidaktahuan, apakah tidak perlu menghadapinya? lebih rumit, masa depan memegang semua perkara penting dalam hidup; ajal, jodoh, rezeki termasuk syurga atau neraka. tapi, sempatkanlah berfikir, hari ini yang terang benderang juga adalah masa depan hari-hari semalam yang penuh kegelapan, ketakutan dan ketidaktahuan. Tuhan sudah membawa kita sejauh ini, tidakkah kita berfikir bahawa Tuhan maha mampu membawa kita lebih jauh ke depan? (iii) kadang, kita perlu berhenti untuk risau akan ketetapan-ketetapan yang di luar kekuasaan kita, berhenti untuk terlebih menganalisis soalan-soalan yang sudah ada jawapannya dan berhenti memberatkan fikiran kita pada hal-hal yang membunuh rasionalisasi kita. yakinlah sesuatu itu akan tetap terjadi sebagaimana ianya tertulis dalam susunan takdir. mungkin bukan seperti yang kita rancangkan, tapi seperti mana yang sepatutnya ia terjadi. (iv) kematangan adalah satu proses, bukan produk. bila ia adalah proses bukannya produk, maka ia akan sentiasa berjalan. kerana kematangan tidak cuma melibatkan diri kita sendiri, ia adalah proses kita berinteraksi dengan orang sekeliling. setiap pertemuan kita dengan orang lain pasti punya alasan, sama ada untuk mereka mengubah hidup kita, atau untuk kita mengubah hidup mereka, atau mungkin juga untuk saling mengubah hidup masing-masing. hargailah setiap interaksi ini dengan sentiasa belajar sesuatu daripadanya. (v) perkataan kita mungkin boleh disusun, tapi tidak tindakan kita kerana ia semulajadi dikawal oleh hati, jika bukan akal kita. hati dan akal adalah raja dan penasihatnya dalam kerajaan diri. kita perlu mendengar daripada keduanya untuk menjadi bijaksana dalam setiap tindakan. memilih untuk mengikuti cuma salah satunya akan membinasakan. jika hati punya emosi, akal juga punya keterbatasan ilmunya. justru, raja dan penasihat ini perlu dididik juga oleh kita sendiri agar menjadi pemerintah yang bijaksana. didik hati dengan 'zikir'. didik akal dengan 'fikir'.









ihdina ya Allah.








Saturday, August 29, 2015

colour-man.




langit senja hilang warna.

matahari semakin malap warna jingganya. satu persatu warna abstrak langit terpadam dan diganti dengan warna hitam. daripada langit ia turun perlahan-lahan ke bumi. pohon-pohon hijau betukar warna, daunnya hitam batangnya hitam. tanah coklat menjadi hitam. batu-batu putih menjadi hitam. haiwan bertukar warna kulit, bulu, pelepah sayap, dan sisik menjadi hitam. cuma air jernih tanpa warna dan udara yang tidak kelihatan kekal tidak berubah.

warna sudah tiada.

di tepi jalan, berhadapan lintasan hitam putih untuk pejalan kaki, yang sudah kehilangan warna putihnya, di bawah lampu isyarat yang tidak lagi mampu mengawal lalu lintas di persimpangan, berdiri seorang laki-laki menyaksikan semuanya berlaku. perlanggaran berlaku di mana-mana. skrin besar di mana-mana kembali ke zaman awalnya, cuma memaparkan wayang hitam. bangunan pencakar langit, kereta yang meluncur dan berparkingan tidak terkecuali; kini semua cuma ada hitam.

ah, warna sudah hilang daripada dunia.

laki-laki itu segera memandang dirinya, t-shirt biru dengan tulisan henshin yang dipakainya masih berwarna. topi corak kotak-kotak di kepala juga masih kekal berwarna hijau pudar. seluar jeans dengan sudah sedikit koyak-koyak pada hujungnya tetap juga berwarna kelabu asap. tadi dia baru pulang dari kedai alat tulis, membeli sekotak watercolour. mahu dibawa pulang untuk pakai melukis lagi. kotak watercolour itu dijinjitnya dalam beg plastik lutsinar berwarna merah. hairan, semua yang ada padanya masih berwarna.

laki-laki berjalan mendekati sebuah kereta kancil yang sudah kehilangan warna. cuba disentuhnya dengan jari telunjuk. dan wah, kereta itu kembali ke warna asalnya! laki-laki memandang tangannnya dengan penuh hairan. berjalan lagi ke hadapan, disentuhnya pula seekor kucing dengan bulu tanpa warna yang melintas memotongnya. dan sekali lagi sentuhannya mengembalikan warna, kali ini bulu kucing itu dengan tompok-tompok warna kuning putih. di tepinya ada seorang remaja lelaki yang tampak cemas dengan keadaannya yang kehilangan warna. disentuhnya juga dan remaja lelaki itu kembali kepada dirinya yang penuh warna. tiba-tiba, remaja lelaki  itu lari dari laki-laki dengan wajah ketakutan dan penuh tanda tanya. mungkin dia terlalu terkejut dengan apa yang sedang berlaku.

laki-laki semakin teruja.

dia mula merasakan dia memang ada kuasa untuk mengembalikan warna kepada dunia ini. laki-laki belari ke sana ke sini menyentuh apa saja yang ada. bunga orkid, lampu jalan, tong sampah, pintu rumah. segalanya disentuh laki-laki, mengembalikan semua warna mereka.

tapi keterujaannya tidak lama. dia segera penat, padahal masih banyak yang perlu disentuhnya. ini baru kawasan bandarnya, sudah terlalu besar untuk dicover olehnya sendirian. dunia beribu kali ganda lebih besar. tambahan, mana mungkin dia mahu menyentuh kaum perempuan. batal wudhuk nanti. iya, dia mahu menyelematkan dunia. dia mahu mengembalikan warna kepada dunia. tapi, itu tampak mustahil untuk dilakukannya sendiri.

laki-laki mula kehilangan semangat.

dia terduduk di lorong gelap antara dua bangunan, melihat manusia yang masih lari berkeliaran, masing-masing gusar kelam-kabut. tiba-tiba dari kejauhan dia melihat sekumpulan manusia, enam orang semuanya, dua lelaki dan empat perempuan bertudung labuh, yang meluncur ke sana sini dengan kasut roda. kesemuanya masih penuh berwarna. seperti apa yang dilakukannya tadi, kumpulan itu juga berlari kesana sini menyentuh apa saja yang ditemui mereka untuk mengembalikan warnanya..




ah, mengarut la cerita ni.



Monday, March 23, 2015

caramel latte.





jarum waktu sedang menunjukkan pukul satu pagi ketika itu. hari sudah berganti yang baru. ah, lelaki tak bisa tidur. migrain yang bermula petang tadinya sudahpun hilang dengan dua biji panadol aktifas. lampu bilik yang sudah ditutup awal tadi, dibukanya kembali. semua menjadi terang benderang semula. menuju ke rak buku. pengejar bintang bintang, nami cob mungkin. biasanya malam malam begini, novel dengan cerita panjang selalu membawa dia kepada lelap. ah, ternyata bukan itu pilihan lelaki malam ini. yang dicapainya adalah sebuah naskhah kecil nipis, dikatakan atau tidak dikatakan itu tetap cinta, tere liye. buku ringkas yang sempat menjadi kenang kenangan saat dia berkunjung ke negeri seberang. entah apa yang buat lelaki menarik naskhah itu dari rak panjang di toko buku di tengah kota. mungkin kerana ilustrasi pada covernya yang menurutnya luar biasa. mungkin kerana nipisnya, mudah dibawa ke mana mana menjadi bacaan segera. mungkin pada harganya yang yaaa lumayan murah. mungkin kerana gahnya nama sang penulis yang punya tulisan tulisan best seller bahkan diangkat menjadi filem indah. atau mungkin hanya kerana kata 'cinta' yang tersisip pada tajuk panjangnya.


“cinta itu bukan soal kebersamaan apalagi memiliki. melainkan pada ingatan yang diletakkan di hati kita masing-masing, pun dalam doa-doa yang dipanjatkan dalam senyap. itulah kenapa, kalaupun kita tidak memiliki seseorang/sesuatu, tidak bersama dengannya, atau malah dibenci karena salah paham, perbedaan, atau memang simpel karena tidak suka (apapun alasan tidak suka tersebut), kita tetap selalu bisa menyebutnya dengan kata cinta.”  - tere liye.


lelaki sebetulnya cuma mahu meletihkan fikirannya dengan membaca agar dia mampu terlena. tapi fikirannya bahkan menjadi lebih lincah mahu mendalami makna di sebalik ayat ayat yang dibacanya. ah, dia harus segera berhenti. tapi, akal tetap adalah raja dalam diri lelaki, yang punya kuasa memberi arahan kepada seluruh anggota tubuhnya. maka, segala kompenen tubuhnya memberi stimulus kepada apa saja yang dibutuhkan oleh fikirannya saat itu. dan akhirnya yang menjadi budak suruhan akal pada malam itu adalah jari jari lelaki. 


buktinya adalah tulisan lewat malam ini..


Sunday, September 14, 2014

of bunga and daun.











"Cantik. Harum. Ya, memang mudah untuk jatuh cinta pada bunga."

  "Kau suka bunga apa?"

"Aku? Tak tau la. Aku lain barangkali. Aku lebih suka untuk menyendiri, mempunyai pilihan sendiri. Pilihan pilihan yang di luar kebiasaan selalunya."

  "Maksud kau?"

"Antara banyak bunga bunga... ah, aku lebih suka pada daun."

  "Err, and that was because..?"

"Sebab daun lebih 'sendiri'.. Haha. Nak aku terangkan dalam dalam ke? "

  "Ok. Tak payah. Kau memang lain.."





#throwback. 
|Seoul, spring 2014.



Wednesday, May 21, 2014

kerongsang untuk Ana.




staring at the ceiling in the dark
same old empty feeling in your heart

staring at the bottom of your glass
hoping one day you'll make a dream last
but dreams come slow and they go so fast

maybe one day you'll understand why
everything you touch surely dies..

Kopitiam Kotaraya. Hujan. Dinding kaca tepi meja Ray basah dari luar. Passenger 'Let Her Go' dipasang perlahan pada corong bunyi, cukup masuk dengan bunyi hujan. Secawan Mexican Cappucino, kamera hitam dan buku Kahlil Gibran, Sayap-sayap Patah. Tipikal jiwa Ray. 

Sementara menungggu, pada sehelai kertas memo sederhana Ray menulis sesuatu. Tidak lama, Ana datang dengan sekaki payung lutsinar. Semacam biasa, dengan blausnya. Kali ini warna krim. Rambut ikal mayang panjangnya diikat pada paras bahu. Ana melangkah masuk ke dalam kopitiam. Ray lipat kemas kertas yang ditulisnya tadi. Selit dalam buku.
"Kenapa nak jumpa aku tiba-tiba dengan hujan begini."
"Duduklah dulu. Nak minum? Macam biasa?"
"Hmm, okay."
Ray angkat tangan ke arah waiter. Meminta untuk datang ke meja mereka.
"Peanut Buttercup Hot Chocolate for her please."
Sunyi sebentar. Ana menatap Ray. Ray cuba membuang pandang daripada itu. Tidak seperti biasa. Akhirnya, Ray tekad. Biar segalanya segera selesai, dia tidak mahu berlama di situ.
"Ana. Mungkin ini terlalu mengejut. Tapi, aku dah fikir masak pasal ini. Its a tough decision for me. For both of us perhaps."
"Ray? What do you mean by that?" 
Kotak kecil warna puteh berbalut reben merah Ray keluarkan dari beg sandangnya. Kertas yang diselitnya dalam buku juga dikeluarkan. Kedua-duanya didorong sekali ke arah Ana.
"This is for you."
"Apa ni?" 
"I can't explain everything here, Ana. Its too complicated. You know I'm not good with words. So, aku cuba tulis sesuatu dalam ini. Aku pun tak pasti kau akan faham atau tidak. Ah.. tapi aku harap kau faham."
"But, Ray.."
"Ana, lets break up.." 
Sejurus itu, kamera hitam dan buku Ray masukkan ke dalam beg. Ray bangun dan meninggalkan tip bayaran untuk 2 cawan yang ditempah mereka. Ray melangkah meninggalkan Ana yang senyap sendirian dengan kedinginan. Kaku terpana. Ray terlalu laju dalam beberapa saat.

Ana membuka balutan reben merah pada kotak puteh. Kemudian mengangkat perlahan penutupnya. Ada cahaya bersinar-sinar dari dalam kotak. Segugus kerongsang bunga ros merah. Cantik.

Ana terpaku lagi. Lipatan kertas pula dibukanya. Dakwat hitam memenuhi halaman yang terlipat ke dalam. Ana membacanya diam-diam sendirian. Dalam pada itu, sepertinya hujan telah beralih masuk ke dalam kopitiam itu dan jatuh mengalir di pipi Ana.

Kerongsang tu untuk kau dan penjelasan aku ada dalam 17:32 dan 24:31. Kalau kau tak tahu, itu ayat al-Quran. Kau carilah.
Ini yang aku belajar dalam usrah. Aku minta maaf Ana.

Diluar, Ray melangkah pergi meninggalkan kopitiam. Langkahnya kurang yakin. Cuba untuk tidak memandang bayang yang ditinggalnya. Masih tidak berani, Ray memandang juga sekilas ke belakang. Dengan perlahan berbisik, entah kepada siapa. Kepada hujan barangkali.
"Kerongsang itu harapan aku untuk kau. Aku doakan kau. Aku akan tunggu apa kata takdir untuk kita.."

well you only need the light when it's burning low
only miss the sun when it starts to snow

only know you've been high when you're feeling low
only hate the road when you're missin' home

only know you love her when you let her go
and you let her go..



[the end]



______________________________________________
cerita orang orang yang mengantuk dan tak mahu tidur.
ok, dah boleh sambung tulis thesis.. keh keh keh. 


Friday, February 28, 2014

laki-laki & perempuan febuari.



google's image.



29 Febuari 2014.
7.58 malam.
Kepulauan Nami.

Usai ba'diyah maghrib, Umar capai Al-Quran cokelat dari meja belajar. Buka zip. Kemudian selak ke muka surat yang ditanda dengan tali hijau untuk meyambung bacaan kelmarin.

Halaman 353 - 354.
Umar cuba membaca dengan penuh hemat, memastikan bacaannya mengikut peraturan tajwid. 

Selesai dua halaman, Umar berhenti. Diulang semula dari ayat pertama yang dibacanya tadi. Kali ini, terjemahannya dalam bahasa melayu. Sekadar membaca terjemahan, tidak menafsir. Surah An Nur. Pada halaman 353, tercatat ayat 29 - 31. Penuh memuatkan perintah untuk menjaga batas aurat, pergaulan dan ikhtilat sesama laki-laki dan perempuan. Ah, terlalu banyak yang Umar langgar. Umar malu sendiri.

Terus mentadabbur. Kemudian, ayat 32 dalam halaman 354.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

Umar terhenti sebentar. Umar ulang baca semula ayat 32 itu. Teringat beberapa hari lepas. Di bawah redup samar cahaya bulan ketika bayu laut malam berdendang gembira bertemu pasir pantai indah nian. Bersama para ikhwah senior berbulatan di tepian pantai. Mendengar pelbagai kisah dan perkongsian berkenaan pengalaman berBaitul Muslim masing masing.

Umar flashback satu persatu kisah itu. 

Akhirnya, Umar tak sempat menghabiskan bacaan terjemahan. Fikirannnya sudah jauh melayang. Seperti layang layang keputusan benang.

.....

29 Febuari 2014.
8.10 malam.
Kepulauan Jeju.

Di garisan longitud khatulistiwa yang sama tapi dengan sedikit perbezaan latitud, Natasha sedang tekun mendengar dan mencatat setiap bait yang dituturkan oleh kakak murabbiyah dalam halaqah mingguan mereka.

Natasha angguk angguk. Pen Stabila dakwat hitam menari-nari di atas buku catatan cokelatnya. Tekun.

"Kita refresh semula. Adapun tingkatan kedua dalam maratib amal dakwah yang digagaskan oleh Imam Hasan al Banna ialah tingkatan Baitul Muslim. Yakni, para daie yang benar itu tidak akan selamanya berdiri di anak tangga Fardhu Muslim. Mereka perlu ada kemahuan untuk meneruskan wawasan dakwah pada tingkatan yang lebih tinggi. Membina keluarga muslim adalah anak tangga yang menjadi penghubung kepada tingkatan dakwah membina masyarakat muslim. Tidak boleh tidak, anak tangga ini mestilah ditapaki terlebih dahulu sebelum naik ke tingkatatan seterusnya itu. Jika tidak, antunna boleh jatuh tergolek berguling guling kalau suka suka hati melangkau naik. Mengerti kalian?"

Natasha berhenti menulis sebentar. Dia mengangkat muka daripada menghadap buku catatan. Menatap beberapa saat wajah murabbiyahnya yang berkacamata jernih. Pandangan kosong. Matanya tak berkedip dalam tempoh itu.

"Ya Natasha, ada soalan?"

Natasha kedipkan mata. Sapaan murabbiyahnya itu sedikit mengejutkan.

"Err, takde takde."

Akhirnya, Natasha hilang fokus dalam halaqah itu. Dia antara dengar dan tidak dengar sahaja apa yang dikongsikan. Mengelamun, terbang melayang. Seperti layang layang keputusan benang.

.....

30 Febuari 2014.
3.01 pagi.
Kepulauan Nami.

Umar tersedar dari tidurnya yang baru sejam. Lewat ke katil malam itu kerana menyambung sedikit kerja menulis laporan projek sarjana muda. Lusa harus bertemu penyelianya lagi untuk membentangkan perkembangan projek.

Pagi itu ada perlawanan bola liga juara juara eropah. Tapi, Umar tidak bangun untuk itu. Awal awal lagi dia sudah menolak pelawaan janjitemu teman seManchester Unitednya di Kafe Bistro. Alasannya, esok ada hal di awal pagi. Takut terlambat bangun.

Tapi, sebenarnya Umar ada agenda lain. Ada sesuatu yang perlu 'dibincangkan' dengan Tuhan. Dan dia perlu masa masa sunyi sebegini untuk itu.

Umar bingkas bangun persiapkan diri untuk 'perbincangan' itu.

.....

30 Febuari 2014.
3.13 pagi.
Kepulauan Jeju.

Natasha dikejutkan oleh murabbiyah, mengajak untuk qiam bersama. Rutin dalam rumah yang didiami oleh 6 orang akhawat yang masih menuntut di universiti. Seronok tinggal serumah begitu. Hidup dalam biah solehah. Berdampingan dengan teman teman yang sentiasa menjaga dan memperingat.

Natasha terkadang malas malas juga untuk ikut qiam sekali. Biasalah, belum lagi menjadi mujahidah sejati. Tapi malam itu Natasha bersemangat. 

Ada sesuatu yang perlu 'dibincangkan' dengan Tuhan.

Natasha bingkas bangun persiapkan diri untuk 'perbincangan' itu.

.....

30 Febuari 2014.
4.01 pagi.
Kepulauan Nami dan Kepulauan Jeju.

Di atas dua sejadah petak, dua sosok manusia menadah tangan. Seorang berbaju melayu cekak musang, kain sarung cap gajah duduk dan kopiah putih. Manakala seorang lagi bertutup lengkap dengan telekung puteh susu, made in pakistan.

Keduanya berbicara dalam nada yang hampir serupa. Penuh khusyuk dan tawadhu'. Ada harapan besar terselit sama.

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. 

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu. 

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. 

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. 

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. 

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. 

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. 

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."

Maka pada malam itu, sepasang doa terbang naik ke langit dengan sayap masing masing. Meski antara pemilik kedua sayap itu tiada pernah bertemu dalam dimensi lingkungan dunia manusia, apatah lagi untuk kenal sesama sendiri, tapi mereka bersatu dalam doa yang sama.

.....

30 Febuari 2019.
9.55 malam.
Kepulauan Apa-apalah.

5 tahun kemudian..










Malaslah nak taip lagi. Tak reti.
Anda bayangkanlah sendiri macammana sambungannya ya.

(o_o)

Saturday, December 28, 2013

gadis penjual bunga.


[kundasang]

   Awal pagi, hujung minggu di penghujung disember sekitar Pekan Kundasang. Ven keluar bersiar-siar dengan basikal. Kamera hitam bergantung di dada. Angin lembut menemaninya. Sebetulnya Ven tiada tujuan khusus mahu keluar. Hanya bersiar-siar. Menyusuri laluan indah sepanjang kaki pergunungan Kinabalu, penuh dengan abstrak-abstrak natural lukisan alam. Ladang teh kehijauan, kebun sayuran segar, dusun buah ranum dan taman bunga warna-warni. Hawa sejuk, langit redup dan burung bebas yang berterbangan riang turun dari puncak Kinabalu. Ah, apakah puisi terbaik untuk menggambarkan ketenangan itu?

   Sepanjang tepian jalan, ada pelbagai gerai-gerai dibuka. Semuanya hanya bermodalkan alam. Setiap kali melalui gerai-gerai itu, Ven akan melemparkan senyuman manis sambil melambai kepada pemiliknya. Dan pastinya, ia akan disambut dengan ramah dan bahagia.

   Ven melalui sebuah gerai bunga. Raudah al-Zahra. Jelas terpampang papan tanda kayu di hadapan gerai itu. Ros, Camelia, Dahlia, Daisy, Flora, Olive, Poppy, Rose, Jasmin dan Lily. Aneka bunga-bunga mekar. Segar, wangi dan indah.

   Di satu sudut, kelihatan seorang gadis sedang sibuk menyusun atur bunga-bunga di dalam pasu yang diperbuat daripada seramik. Kerana gadis itu menghadap ke belakang, Ven tidak dapat melihat mukanya. Tapi, Ven tidak kisah siapapun dia. Ven lebih tertarik pada bunga-bunga di gerai itu.

   Tidak jauh dari gerai itu, Ven berhenti sebentar. Menyandarkan basikal di pohon Meranti rendang. Kamera, Ven angkat ke paras muka. Ven fokuskan lensa ke arah bunga-bunga di gerai itu. Dan Ven pun klik dua tiga kali. Kemudian Ven tengok hasilnya. Gambar-gambar itu sedikit kabur. Tidak berpuas hati, Ven angkat lagi kamera. Kali ini, Ven lebih teliti dengan fokus lensanya.

   Klik lima enam kali. Ven terus tengok hasilnya.

   Gambar pertama, jadi. Gambar kedua pun jadi. Lighting. Angle. Semua tepat. Sayang, gambar ketiga sedikit gelap. Ada bayang-bayang manusia yang sedang berjalan. Gambar keempat langsung tak nampak bunga. Pandangan kamera ditutup total oleh sosok belakang  gadis di gerai bunga itu. Gambar kelima, masih sama tertutup. Tapi dalam gambar kelima, gadis itu sosoknya separuh berpaling ke hadapan.
   
   Dan dalam gambar terakhir gadis berpaling total menghadap ke hadapan, jelas kelihatan wajahnya. Apron corak bunga matahari, tudung labuh hitam, baju lengan panjang warna merah jambu dan bahagian bawahnya hampir mencecah ke paras lutut. Lengkap juga berstokin di lengan dan kaki.

   Ven cuba tengok lebih dekat. Tapi, belum pun tekan butang zoom pada kamera..
   
   “Astaghfirullah!”

    Ven tepuk dahi. Cepat-cepat delete gambar terakhir itu.

   "Eh, siapa walinya?"

_____________________
* rekaan semata-mata.

                

Saturday, July 20, 2013

antara dua.

"When faced with two choices, simply toss a coin. It works not because it settles the question for you, but because in that brief moment when the coin is in the air, you suddenly know what you are hoping for."
  No, I'm sorry. Perform istikharah.
 
...

   Jam sudah melewati pukul 1.00 pagi. Am masih tak dapat lelap mata. Lengan kanan menindih dahinya yang berkerut-merut.  

  Pesan ibu lewat perbualan talipon selepas tarawih 8 rakaat tadi masih berlegar-legar di sekitar koklea telinga. Belum pun sempat dia mulakan solat witir sendirian jauh di belakang jemaah 20 rakaat, aiponnya berdering. Kalau bukan kerana ibunya yang menalipon, sudah tentu di tolak saja panggilan itu. Dunia semata-mata.
"Ibu mahu keputusan kamu cepat. Nur Kasih atau Mawar. Sudah lama kan ibu bagitau kamu pasal ni. Jangan asyik fikir kerja kamu, benda ni pun penting jugak."
"Hmm, baiklah bu. Bagi Am sikit masa lagi. Esok atau lusa Am kol balek ok." 
"Molek la tu. Bagitau cepat-cepat. Nur Kasih dengan Mawar tu ramai orang yang suka. Kalau lambat, kecewa la kamu." 
"Baik bu."
   Ah, terlalu sukar untuk Am. Bagaimana mungkin dia mahu mencari keputusan dalam satu dua hari ini. Tapi, betul juga pesan ibunya. Dia perlu segera memilih antara dua. Nur Kasih dan Mawar tu bukan calang-calang. Nanti berputih mata pula dia kalau terlewat. 

   Akhirnya, Am bingkas bangun. Bergerak menuju ke bilik air. Kepala pili dipusing. Mengalir lancar air jernih darinya. Dingin. Segar rasanya apabila ia menyentuh permukaan kulit anggota wudhuk.

   Am keluarkan sejadah made in Pakistan yang dibeli bapanya semasa menunaikan haji 2 tahun lepas. Am hamparkan di tepi katil. Tepat menembak ke arah Kiblat.
"Usolli sunnata istikhorah rokaataini lillahi taala.."
... 

   Waktu berbuka tinggal 15 minit lagi. Am masih dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya. Terperangkap. Jem. Bukan jem nenas atau jem stroberi. Trafik jem yang kronik. Tipikal di kawasan bandaraya, lebih-lebih dekat musim perayaan. Volume radio, Ikim fm Am pasang sederhana. Dapat juga sejukkan hatinya daripada ribut hon kenderaan dengan ceramah-ceramah para asatizah.

   Sambil itu, Am keluarkan talipon bijak dari kocek seluarnya. Skrol senarai kenalan dalam buku telefon. Ikon call disentuh. Dua tiga saat Am memulakan perbualan. Bertanya khabar begurau senda. Sampai ke part serius,
"Am dah ada keputusan bu. Am dah jelas mana nak pilih. Dah fikir masak-masak ni."
"Ha, yang mana satu?"
"Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, in shaa Allah Am pilih Nur Kasih bu."
"Hmm, baguslah. Oke, esok ibu ngan bapa pergi jumpa Mak Cik Melati bincang macammana, dapat ke tak dengan Nur Kasih tu."
"Jazakallahu khairan kathira ibu." *agak poyo disitu.
   Tak lama kemudian, laungan azan diputar deejay radio. Am keluarkan sekotak kurma Yunus Toyyib dari begnya. Alhamdulillah, genap 10 puasa Am.

...

[Tiga minggu kemudian]

   Rumah Am begitu meriah hari itu. Rumah mereka sekeluarga didatangi oleh ramai kaum kerabat, sahabat handai serta rakan taulan. Beraneka jenis makanan dan mintak mak kuih muih sepotong adik mahu makan kerana perut kosong disajikan.

   Am tampil segak dan bergaya. Mengenakan baju melayu cekak musang kaler rona kelabu lengkap bersampin. Penuh elegan. Sudah tentu dia menjadi perhatian ramai hari itu.
"Am, cantik baju. Beli mana?"
"Bukan beli. Tempah kedai jahit."
"Oh ya. Kedai mana?"
"Kedai jahit Nur Kasih. Mak Cik Melati yang buatkan. Mak aku la urus semua ni. Ukuran pun dia ambil yang baju tahun lepas punya." 
"Ouh. Oke. Baidewei, selamat hari raya aidilfitri ea. Minta maap zahir batin. Meriah rumah terbuka kau tahun ni kan."
"Biasa ja. Kalau femili kau buat jugak, jemput la aku."
"Ok bah kalau kau." 
[Tamat]

* Hampir tiada moral value. Maaf.
* Ada 19/20 hari lagi untuk kita menikmati buffet istemewa ramadhan. Sudah cukupkah lauk pauk yang masuk ke dalam pinggan kita? Satu bulan jak ni dalam setahun.
* Selamat mendirikan rumahtangga kepada seniors dan teman-teman. Sekarang ni tengah musim bunga kembang mekar di pelbagai pelusuk tanah air.
* Jangan lupa tunaikan zakat ya. Ingat, berzakat membawa berkat!

Tuesday, September 25, 2012

transformer.

pernah baca al-Fatihah?

apapunyasoalan la.

kah3.orait2.memainpunxbole ka?.kemonla kemon.

ok,ingat x ayat ke 5 tu?

ehem2..
a'uzu billahi minashaitanir rajim..
bismillahirrahmanirrahim..



 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 
"Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in"

 (Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan).
whoa! penuh tartil..bagus! boleh jadi imam baca yasin malam jumaat!

so,what?

...

"bos,bole x bulan ne bos bayar gaji saya dulu awal bulan?pleaseeee..t saya kerja la kuat2 bulan ne"

"kenapa pulak?"

"nak beli i phone 4 la.dengar2 lebih panjang sikit dari i phone 3.bole ambil gambar KLCC cantek skit.sblum ne ,x dapat nak gambar penuh sampai atas.."

"ok.sila buat karangan 555 patah perkataan.tajuknya 'Aiman Sayang Bos,Bos pecat pun,Aiman x kesah.'.sekian,harap maklum."

"baiklah bos!" #facepalm

...

"saya merasakan bahawa Prof haruslah memberi saya gred A bintang utk subjek ne tanpa saya perlu ambil peperiksaan."

"hey,what all the spark do you mean by that huh?!"

"sebagai balasan,saya akan datang kuliah Prof setiap hari sepanjang sem tanpa gagal."

"have you watch citer transformer 4?"

"emm,lom g."

"awak patut tengok.part yang last skali tu.masa Optimus Prime hancurkan kepala Bumblebee tu.kalau awak nak,saya boleh demokan kat awak sekarang.

"hehe.xpela prof.balik nnti saya donload citer tu.."

"haha,awak kena TROLL! tranformers 4 belom released lagi la! kah3"

#facepalm

...

"Akak,anda adalah pengunjung ke 1234 ke kedai 2Malaysia kami.Apakah yang akak rasa sekarang ne?"

"Ooo ye ke?err,saya rasa air kotak Marigold Iced Lemon Tea ne macam rasa teh la.ada lemon2 sikit.nak try?"

"wah,that's the sort of reaction we mean!sebagai pengunjung bertuah,akak beroleh hadiah Mercedeston (Merc+Proton) Kura-Kura,percutian sorang2 bermalam-malam di Pulau Pandan Jauh ke Tengah dan trofi kemenangan!"

"really? saya x bermimpi ke? ce cubit sikit?"

"err,cubit kat mana? kat hidung ke? nah.."

"aduh,sakitlah!"

"ops,sori2.hehe,kiut la akak ne.ok,sebagai tanda komitmen akak kepada kemenangan bertuah-muah akak ne,akak dikehendaki membeli produk terbaru kami,Basikal 4 tayar yang berkawalan jauh.x mahal pun, 4321 Pound Sterling je."

"laa,ye ke? x bertuah pun..kbai!"

"akak,air kotak ne saya hbiskan ea.terima kaseh."

#facepalm

...

dapat x? dapat x?

dapat apa?

mana ada pa pa.haha~

cis.kalau ku tahu ada enau dalam belukar,akan ku lepaskan pucuk paku masing2.(ini merepek.)


apa ni?

ok2.
begini ceritanya,apa perasaan andai jika anda memakai kasut Boss kilang Biskut Marie atau Prof Botak atau Akak shopping complex tu? maksud saya,anda berada dalam posisi mereka?

orang lain meminta-minta kepada anda sesuka hati mereka dan memberi kepada mereka tiada mendatangkan banyak kebaikan kepada anda? mungkin tiada langsung. anda mahu memberi kepada mereka?

ya,secara jujurnya,dalam urusan seharian dengan orang2 sekeliling,kita tidak akan setuju untuk memberi manfaat sebelum kita sendiri yakin dan pasti akan beroleh sesuatu manfaat daripada menfaat yang kita beri itu.(berapa banyak manfaat la..)

hakikatnya,ramai begitu.maaf,kalau saya silap.

melainkan anda seorang yang superpemurah!

...

jadi,mengapa dalam urusan kita dengan Allah Maha Esa,kita seringkali meminta dahulu sebelum membesarkan dan mengagungkanNya dalam ibadat?

Maha suci Allah yang tidak akan mengharap balasan dari hambaNya dalam segala pemberiannya.

namun,seringkali kita mencari tuhan,solat hajat,tahajjud,solat jenazah(?) dan berdoa penuh bersunggoh-sunggoh hanya apabila ada keperluan tertentu.masa lain? jauh panggang dari api..

dan lebih malang lagi,kita menyalahkan takdir tuhan apabila hajat kita x kesampaian.macamlah dunia ne mak tiri cucu lelaki pak long adek bongsu sebelah mak angkat dia yang punya!

lihat balek ayat 5 al-Fatihah,

ia adalah, "Hanya Engkaulah yang kami sembah,dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan"

bukannya, "Hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan,dan hanya Engkaulah yang kami ibadahi"


dapat x? dapatlah..
dah penat menaip ne.

eh,apa kaitan dengan tajuk entri ne??


ini transformer


Friday, July 06, 2012

waqi'iyyah

latar tempat : Gotham City,USA.
latar masyarakat : penduduk bandar yang penuh aktiviti rasuah dan jenayah..
latar masa : tengah malam jumaat.jumaat malam keliwon.penghujung bulan Sya'ban.

Bruce Wayne,lelaki kelawar(baca=batman) sedang berdiri di penjuru sebuah bangunan 25 tingkat.menggunakan teropong mini yang di attach pada topengnya,dia memerhati setiap penjuru bandar Gotham kalau2 ada orang yang memerlukan bantuan..tetiba,satu cahaya spotlight dengan simbol kelawar (Bat-Signal) terpancar daripada sebuah gudang menyimpan gula berjenama 'Gula Perai'.


beliau pun segera menerjunkan dirinya sambil mengembangkan kain selendang hitam di belakangnya yang diikat di lehernya.terbanglah beliau seperti kelawar di tengah malam menuju gudang tersebut.

setibanya ditempat kejadian,beliau bertemu sekumpulan penjahat yang sedang memunggah bungkusan2 Gula Perai ke dalam kontena.3 orang pekerja gudang diikat di satu penjuru.hasil maklumat yang diterima daripada assistantnya melalui Ipad yang di kompresskan menjadi jamtangan,beliau mengetahui bahawa gula2 ini ingin disorokkan kerana penjahat2 tersebut ingin memanipulasi perniagaan gula,lebih2 lagi bandar Gotham ketika itu dilanda krisis kekurangan bekalan gula.


maka,beraksilah lelaki kelawar tersebut menewaskan penjahat2 (no preview available.18SG..)


akhirnya,setelah selesai main kejar2,beliau menalipon polis untuk menangkap penjahat2 tersebut untuk di sumbat kedalam penjara.


maka pada malam itu lelaki kelawar berjaya menumpaskan sindiket curi Gula Perai..


...


latar tempat : bandar Ajinaikmoto,Jepun.

latar masyarakat : masayarakat bandar yang sangat sibuk dengan aktiviti sehari-harian mereka.
latar masa : pagi ahad,pertengahan bulan Julai yang indah.

Pasukan Pengaman Kebangsaan(PPK) cawangan Ajinaikmoto,sebuah pasukan yang ditubuhkan untuk menjaga keamanan bandar dari serangan serangga perosak sedang beroperasi seperti biasa.Dianggotai oleh 6 orang juruterbang yang mahir mengendalikan pesawat tempur yang berkuasa tinggi.


teet...teet...teet...apollo roka,apollo roka..


radar pengesan makhluk asing memberi signal.seorang monster telah muncul daripada kawasan gunung berapi.dan dengan rakusnya beliau memusnahkan kawasan setinggan sekitarnya..


Kapten Iruma mengarahkan anak2 buahnya bersiap untuk pertempuran.maka berlepaslah sebuah pesawat tempur Boing 123,yang kemudiannya terpecah kepada 3 pesawat kecil menuju tempat kejadian.


beberapa das tembakan laser dan gas pemedih mata dilepaskan ke arah monster yang sedang berdemonstrasi tersebut.namun sedikit pun tidak menggugat monster.ntah tetiba jak monster menyerang kapal no.1 yang dipandu oleh Daigo dan Naruto.dengan sekali jentik kapal mereka jatuh menjunam dengan asap berkepul2.


sebelum terhempas,menjelma seekor Ultraman menyelamatkan kapal itu.rupa-rupanya,Daigo(seorang manusia dari planet Cahaya)sempat bertukar pakaian menjadi Ultraman ketika saat genting tersebut..

sekarang hanya antara Ultraman dan Monster.lawan punya lawan,fire punya fire,gigit punya gigit,akhirnya kemenangan memihak kepada Ultraman.walaupun lampu kecemasan di dadanya telah berkelip2 menyampaikan "please plug in power source.." dia berjaya membuat serangan ultimatenya yang menumbangkan Monster.


maka,sekali lagi Ultraman berjaya mengekang Monster daripada menghancurkan bandar Ajinaikmoto.well done!


....


di pengakhiran tahun 2012,dalam konvensyen tahunan WHO (world hero organisation),telah dicadangkan agar dilakukan program pertukaran hero.ia bertujuan untuk hero2 saling bertukar adat dan budaya setempat masing2.maka setelah dipersetujui,datuk bandar Gotham dan datuk bandar Ajinaikmoto telah memeterai MoU untuk menghantar Ultraman ke Gotham City dan Lelaki Kelawar berkhidmat di bandar Ajinaikmoto.maka,berlakulah pertukaran hero tersebut.


malangnya,selepas 1 bulan program pertukaran itu berlangsung,keadaan di kedua2 bandar menjadi huru-hara dan kacau bilau akibat aktiviti kepenjahatan yang dilakukan oleh penjahat2 di bandar Gotham dan Monster2 di Ajinaikmoto.


Ultraman tidak dapat menggunakan kesuperpowerannya kerana lawannya terlalu kecil di Gotham City.kalau nak fire,habis kawasan sekelilingnya hancur sekali,tidak seperti ketika dia berlawan dengan monster2.manakala lelaki kelawar juga tidak dapat berkhidmat kerana awal2 lagi dia telah lumat dipijak monster yang beso2 belaka..


...


begitulah kisah kerepek dua superhero.


...


maka,perjuangan perlu bersifat waqi'iyyah atau sesuai dengan keadaan semasa.

jangan bandingkan Boboiboy dengan Wonderpet!