Sunday, January 27, 2013

selamat malam.

Tahukah anda?

Hari ini populasi manusia duniawi melepasi bilangan 918284873957932 juta. Yang mana, sembilan puluh tiga poin tujuh peratus daripada mereka tidak membaca susunan nombor tersebut dan tidak perasan ada huruf B dalam kalangannya. Sementara itu, lapan puluh satu poin dua belas peratus lagi akan berusaha mencari huruf B dalam susunan nombor itu dan  akhirnya mereka cuma bertemu hampa.

Selamat malam.
Semoga bertemu matahari lagi.

:)


Friday, January 25, 2013

asing.

Dia yang terkenal dalam kalangan kaumnya. Dikenali sebagai al-Amin, yang amanah. Mereka tahu dia itu anak kepada Abdullah, yang dalam kalangan mereka bukan calang-calang orangnya, disegani.

Tetapi, Tuhan yang Esa mengutuskannya sebagai penyampai wahyu yang berbekalkan Al-Quran. Menyeru kaumnya untuk mengikuti ajarannya, menyahut seruannya dan menumbangkan berhala kejahilan, hanya menyembah hanya DIA yang Esa.

Lalu mereka merasakan semua itu pelik dan asing.

Dan bersabdalah pada mereka, "Kamu tahu siapa aku. Jika aku beritahu kamu bahawa ada tentera di belakang pergunungan ini datang untuk menghancurkan kamu, adakah kamu ada percaya?"

Mereka menjawab, "Tentu. Kami percaya pada engkau."

Kemudian, bersabda lagi. "Oleh itu, aku memberitahu kepada kamu sekalian bahawa aku ini utusan Allah dan kamu wajib mengikuti ajaranku."

Akhirnya, mereka masih fikir semuanya terlalu pelik dan asing.

...
 “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” [Riwayat Muslim]
Dialah ini yang menyampaikannya; Nabi Muhammad SAW yang dihormati, yang dipercayai, yang dikasihi, yang terkenal dalam kalangan kaumnya, termasuk bapa saudaranya sendiri- pada hari itu dia menjadi orang yang asing. Kerana seruannya yang asing.


Hari ini, kita mahu dan cuba mengikuti jejak itu. Berada dalam keasingan. Menjadi sebahagian daripada golongan asing yang bangkit di penghujung zaman menyampaikan seruan asing. Semua kerana cinta kita padanya yang telah membawa keasingan ini hingga ia sampai kepada kita, keluarga kita dan sahabat-sahabat kita. Kerana keasingan inilah yang akan menyelamatkan kita dari siksaan api neraka dan membawa kita kepada kenikmatan di syurga abadi. Syukur.

...

Akhir sekali, marilah berqasidah Ya Hanana. Sama-sama. Satu dua tiga..




Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.


Tuesday, January 22, 2013

aiskrim.

poto

Pada suatu petang yang gemilang, seorang budak 9 tahun bertandang ke kedai aiskrim tempatan berdekatan kawasan perumahan. Duduk di meja dan langsung memesan aiskrim pada pelayan kedai.

"Kak, aiskrim dalam kon 2 skop berapa ya?"

"Seringgit lima posen." jawab kakak pelayan bertudung litup kaler biru.

Budak itu mengeluarkan duit syiling di poket dan mula membilangnya satu persatu. Kemudian, dia bertanya lagi.

"Err, kalau dalam bekas kecil berapa?"

"Seringgit." kakak pelayan menjawab sedikit tidak sabar.

"Ok, saya nak aiskrim dalam bekas kecil tu. Perisa mint tambah cokelat ya. Terima kaseh kak. :) "

Budak tersebut pun menikmati aiskrimnya, bayar dan terus beredar. Ketika pelayan datang mengemas meja, dia terkesima dan terharu-biru sebentar. Di bawah bekas aiskrim, budak itu meninggalkan 50 sen sebagai upah kepada pelayan yang melayannya. Penuh timbang rasa dan mengambil kira kebajikan orang lain, dia menunjukkan apa yang namanya 'berkongsi'.

...
Dan orang-orang (Ansaar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. [Al-Hasyr : 9]

Kebahagiaan tidak boleh dibeli. Tapi, aiskrim boleh. Beli aiskrim dan berkongsi dengan orang lain. Bahagia akan hadir, insyaAllah. Jadi, kepada sesiapa yang inginkan kebahagiaan, PM saya. Saya sudi berkongsi aiskrim yang anda beli. Hemo hemo hemo..

Itsar
- Mengutamakan sahabat dalam segala perbuatan dan perkara yang baik kecuali dalam ibadat.
- Tingkatan paling tinggi dalam ukhuwah.
- Mari amalkan bersama.

Tuesday, January 15, 2013

pasu ibu pecah. hatinya juga.

Malam itu adalah malam minggu di Kota Lisbon. Di penghujung kota tua Portugal itu, sepasang anak beranak tinggal bersama, Puan Maria dan anaknya Alesandro. Suami beliau telah bertahun lama tidak pulang selepas mengikuti rakan-rakanya berlayar menaiki kapal laut atas urusan kerja di sebuah tempat yang tidak diketahui. Tiada siapa yang tahu apa yang terjadi kepada suaminya itu.

Alesandro meminta kepada ibunya untuk keluar sebentar menonton wayang bersama kawan-kawannya. Namun, ibunya tidak membenarkan. Tidak berpuas hati, Alesandro menengking dan menjatuhkan pasu Panathenaic Amphora kegemaran ibunya. Kemudian, dengan perasaan marah dia keluar  meninggalkan rumah. Malam itu angin dingin berhembus kencang, hujan turun dengan lebat dan tempias air memercik serata tempat. Tanpa hala tuju, dia berjalan berseorangan. Tidak lama kemudian dia terpandang di bawah sinaran lampu jalanan berwarna kuning, ada sebuah gerai kecil menjaja sosej bakar. Sebelum dia mengangkat kaki ke arah gerai, realiti menamparnya. Dia tidak membawa dompet.

Basah dan kesejukan, Alesandro menuju kearah sebuah tempat menunggu bas tidak jauh daripada gerai sosej bakar itu. Dengan mata kuyu dan kening keputehan, lelaki tua penjaja sosej bakar itu memandang kearah Alesandro. Tiba-tiba perut Alesandro berbunyi. Merah mukanya. Sosej bakar seakan memerli.

Pakcik Diego menyapa budak kecil wajah suci itu, "Apa nama kamu?"

Tergagap-gagap, Alesandro menjawab, "Ale..Alesandro."

"Kamu lapar?" Pakcik Diego mengeluarkan dua batang sosej dan meletakkannya di atas grill tempat membakar. Baunya sangat menggoda, membuatkan Alesandro menelan liur. Selepas itu, sosej diletakkan di atas roti, mayonis dan sos cili diratakan pada sosej yang masih panas berasap. "Nah."

Spontan kedua tangan diangkat, Alesandro menerima roti sosej itu. "Tapi..tapi,saya tiada duit."

"Pakcik belanja." jawab Pakcik Diego sebelum menawarkan tempat duduk sebelahnya di bawah payung besar yang menaungi gerai. Kemudian, dia menyediakan segelas Cappucino buat Alesandro.

Menikmati roti sosej dan Cappucino, Alesandro tiba-tiba bergenang airmata. Menunggu hingga Alesandro selesai dengan juadahnya, Pakcik Diego bertanya "Kenapa nak?"

"Tiada apa." Alesandro menjawab. Mengesat airmata yang mengalir. "Pakcik terlalu baik. Kita baru bertemu, nama saya pun Pakcik belum tahu. Tapi, Pakcik menawarkan makan dan minum kepada saya. Tapi, ibu saya..Kami bergaduh, dan dia menghalau saya keluar dari rumah. Dia tidak sayangkan saya." Alesandro menambah. Sekali lagi mengesat airmata.

Mendengar cerita Alesandro, Pakcik Diego mengeluh perlahan. "Macammana kamu boleh berfikir begitu nak? Pakcik hanya berikan kamu roti sosej dan segelas Cappucino, kamu sudah begitu teruja dan terharu. Sedangkan ibumu membesarkan kamu dari kecil, memberi makan, minum dan kasih sayang kepada kamu. Dan kamu tidak berterima kasih tetapi sebaliknya bergaduh dengan ibumu?"

Kata-kata itu menghempap Alesandro seperti 10 tan batu besar yang dijatuhkan dari menara Elevador San Just ke atasnya. Selepas berterima kasih, Alesandro segera berlari pulang ke rumahnya.

"Macammana aku boleh berfikir begitu..Anak jenis apa aku ini.." Dia merungut dalam nafas tercungap-cungap. Perasaan menyesal menghantuinya.

Sampai di hadapan rumah, kelihatan ibunya sedang duduk menunggu di atas kerusi malas di beranda rumah. Raut wajahnya yang bimbang  bertukar lega. Alesandro segera mendapatkannya. Dengan pakaian yang masih basah, dia melutut dan memegang tangan ibunya.  Dengan tangisan teresak-esak Alesandro berkata, "Maafkan Ally ibu. Benarkan Ally berkerja dengan Pakcik Diego. Ally nak ganti pasu ibu."

Puan Maria tersenyum. Dia membongkokkan badan, dirangkulnya tubuh Alesandro yang mengigil kesejukan itu. Menyapu muka dan kepala Alesandro perlahan-lahan, Puan Maria berkata, "Ibu tak kesah kehilangan pasu, tapi ibu tak tahu nak buat apa kalau ibu kehilangan kamu Ally."



poto

....

Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ayahmu.” (Riwayat Bukhari)

telah kering air mata,
telah luput kesedihan,
telah reda ratapan,
telah mampat tanah di kuburan,
telah berbanir bunga puding,
tapi tidak akan berhenti doaku.

semoga aman di sana,
bersama rahmat dan kasih sayang ilahi.

:')


.

Sunday, January 13, 2013

somewhere over the rainbow.

poto

Somewhere over the rainbow,
Way up high,
And the dreams that you dreamed of,
Once in a lullaby..

Somewhere over the rainbow,
Blue birds fly,
And the dreams that you dreamed of,
Dreams really do come true..

Someday I'll wish,
Wake up where the clouds are far behind me,
Where trouble melts like lemon drops,
High above the chimney tops that's where you'll find me..

Somewhere over the rainbow, 
Blue birds fly,
And the dream that you dare to, 
Why, oh why can't I?

Well I see trees of green,
And red roses too,
I'll watch them bloom for me and you,
And I think to myself,
What a wonderful world..

Well I see skies of blue and I see clouds of white,
And the brightness of day,
The moonlight at the night,
And I think to myself,
What a wonderful world..

The colors of the rainbow so pretty in the sky,
Are also on the faces of people passing by,
I see friends shaking hands,
Saying, "How do you do?"
They're really saying, "I...I love you."
I hear babies cry and I watch them grow,
They'll learn much more,
Than we'll know,
And I think to myself,
What a wonderful world..

Someday I'll wish,
Wake up where the clouds are far behind me,
Where trouble melts like lemon drops,
High above the chimney top,
That's where you'll find me..

Oh, somewhere over the rainbow,
Way up high,
And the dream that you dare to, 
Why, oh why can't I?

Thursday, January 10, 2013

real comrade.

kabhi khushi kabhi gham.
na judaa honge hum.
kabhi khushi kabhi gham.

Dalam suasana pertempuran penuh dahsyat pada perang dunia pertama, seorang prebet muda melihat rakannya sedang bertempur sendirian. Terperangkap dalam parit berhampiran kubu kuat musuh, peluru bertalu-talu melimpasi kepalanya. Lalu prebet tersebut meminta kepada Kapten untuk mara ke hadapan untuk mendapatkan rakannya.

"Awak boleh pergi," Kapten membenarkan. "Tapi, saya tak rasa ia berbaloi. Rakan awak pasti dah mati ketika awak menggadaikan nyawa berlari ke arahnya." Nasihat Kapten tidak diendahkan, dia segera berlari mara ke hadapan.

Luar biasa, dia berjaya mendapatkan rakannya, merangkul tubuhnya dan membawanya pulang ke kubu mereka. Setelah mereka berdua tiba di kubu, Kapten memeriksa askar-askar yang cedera, dan melihat sayu pada rakan prebet tersebut.

"Saya dah kata, ia tidak berbaloi," katanya. "Rakan awak dah mati dan awak cedera teruk."

"Ia sangat berbaloi sebenarnya tuan" prebet itu menjawab.

"Apa maksud awak; semua ini berbaloi?" respon Kapten. "Rakan awak mati."

"Ya tuan," prebet menjawab lagi. "Ia sangat berbaloi kerana ketika saya mendapatkannya, dia masih hidup dan saya puas hati sempat mendengar dia berkata, "Aku tahu kau akan datang, terima kasih kawan.."

Itulah, kawan sebenar adalah mereka yang datang kepadamu tatkala seluruh dunia berpaling meninggalkan. War doesn’t determine who’s right. War only determines who’s left.



in times of happiness, in times of sadness.
we shall not be separated.
in times of happiness, in times of sadness.

-a tribute to all comrades fisabilillah.

Tuesday, January 08, 2013

meredah hujan.

poto


Langit menangis. Airmatanya jatuh mencurah membasahi segala apa yang ada di bumi. Awan kelabu memenuhi angkasa, menutup ruang buat sinaran mentari.  Sekali-sekala laungan halilintar memekik memekak telinga. Di hadapan rumah sakit tua, dua beranak terpaku. "Mak, jom lari redah hujan." si anak berkata.

"Apa?" mak bertanya.

"Jom lah lari redah hujan." anaknya mengulang.

"Tak boleh nak. Kita tunggu sekejap lagi." mak menjawab. Si anak menunggu beberapa ketika sebelum mengulang kembali perkataannya. "Mak, jom lah redah hujan." kata anak sambil memegang dan menggoncang lengan maknya.

"Kita akan basah nanti nak. Kita tak bawa payung."

"Tak mak. Mustahil. Bukan itu yang mak kata pada saya pagi tadi."

"Pagi tadi? Ada mak kata kita tak basah kalau redah hujan?"

"Masa mak cerita pasal kanser ayah. Mak kata Allah sentiasa ada bersama, kita boleh melalui apa sahaja perkara."

Mak terdiam sebentar. Kata-kata anaknya membuatnya rasa terpukul. Akhirnya dia menjawab.

"Betul nak. Mari kita redah saja hujan ni. Kalau basah, kita mandi saja nanti di rumah."

Dan mereka berdua berlari dalam hujan. Beberapa orang dibelakang yang mendengar perbualan mereka ikut sama meredah hujan.

....

Semua orang sibuk menulis pasal hujan. Mungkin sebab sekarang musim hujan. So, saya pun mahu mengambil bahagian dalam acara gilang-gemilang ini. Hehe.

Allahumma soyyiban nafi'an.

I always like walking in the rain, so no one can see me crying.
- Charles Chaplin.


Monday, January 07, 2013

ketua.

"Shhh..diam! Cekgu mesyuarat tu. Jangan bising."

Shakir, ketua darjah 4 Cokelat bersuara. Senyap sebentar.
Cekgu Salmah tak masuk kelas hari itu. Ada mesyuarat  PIBG katanya.

Lapan minit kemudian..

Kelas kembali bingit. Hingar-bingar. Porak-peranda. Riuh-rendah. 

"Ini sudah melampau!"

Shakir tak puas hati. Segera dicabutnya sehelai kertas dari muka surat paling tengah buku latihan pemahaman Cekgu Salmah. Sebatang pensel dan pembaris dikeluarkan dari bekas pensel Stabil-O. Di atas kertas, dibuatnya pembahagi.

Nama-nama murid yang bising di 4 Cokelat.
Lelaki    |    Perempuan    

Shakir bangun.

"Ok. Siapa bising, aku tulis namanya dalam ni. Aku bagi Cekgu Fuad."

Cekgu Fuad ialah guru disiplin sekolah. Rotan tak pernah jatuh dari tangannya. Siapa tak takut.
Akhirnya, kelas betul-betul senyap. Sunyi sepi. Masing-masing menekap muka ke meja. Tidur.
Termasuk Shakir..

....

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin."
- Rasulullah s.a.w

"Pemimpin terbaik adalah pemimpin yang memimpin dengan pengaruh. Bukan dengan kuasa."
- Us Hasrizal Abd Jamil

"Jika hari ini seorang presiden sebuah negara.. Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa." 
- Usman Awang

Jawatan paling tinggi saya
- sekolah rendah : penolong ketua darjah 5 Gegak-gempita.
- sekolah menengah : pengerusi kelab kompang.
- matrikulasi : ajk keceriaan bilik.
- universiti : ketua biro kebajikan Kelab Motor kolej (BIKERS).



Sunday, January 06, 2013

kringg.

Kringg. Kringg.

Loceng berbunyi, tepat 10.30 AM. Semua orang bergerak meninggalkan kelas, bertebaran. Ke koperasi, ke kantin, ke lebri, ke bawah pokok jambu air sebelah makmal sains, ke mana sahaja.

Aku bersendiri di kelas. Bermalas-malasan. Kelas tingkat 3, naik turun tangga, mahu pengsan saja dibuatnya. Kerjarumah matematik tambahan Miss Tan belum siap. Aku keluarkan kokoleter dari laci.

"Hi!"

Suara halus itu tiba-tiba menyapa. Hanya satu perkataan, 2 huruf. Cukup untuk adrenalin terembes dengan cemerlangnya. Meransang degupan kenchang pada jejantung. Darah berselerakan ke serata tubuh. Nasib arteri-arteri tak pecah.

Kerusi di sebelah ditarik dan dia duduk. Kami berdampingan, hanya berdua ketika itu. Aku menoleh, dengan senyuman yang paling manis, aku rasa. Kami bertentang mata. Dapat aku bayangkan betapa mukanya yang..

Kringg. Kringg.

Tiba-tiba semua hitam. Di bawah bantal, Nokia 3310 bergetaran sambil menampilkan cahaya keputeh-putehan menerusi skrin segiempatnya dalam gelap-gelita bilik. 5.00 AM.

"Kalaulah semalam aku set 5.30 AM..sigh."

whoa!

....

Random post, random story. Got the idea from others writing. does not really happen actually. Just want to keep my fingers busy. will be sit for another final exam paper tomorrow. (just realized, its already 1.00 AM, 6 January 2013)

Anyway, let the story-in-dream finished by your own thought.



Thursday, January 03, 2013

time machine.

ini ialah mesin masa




tik tik tik tik.

bunyi rintik hujan di luar dewan.semakin reda. didalam dewan masih sangat terasa bahang kesejukannya.

tik tik tik tik.

bunyi pen tekan-tekan Grip X5 Feber Kestel.dakwat hitam.ditekan-tekan.mungkin ritual untuk mendapatkan jawapan segera daripada makhluk asing.

tik tik tik tik.

bunyi jarum jam ditangan. jenama Roleks. beli di kedai jam sebelah kedai jual tudung aneka ragam semasa berlangsungnya pesta konvo UTM ke-59.

dewan peperiksaan senyap sunyi. kertas Skycraper Building Design, 3 jam. hanya tinggal beberapa minit lagi untuk tamat. daripada 12 muka surat helaian jawapan yang diperuntukkan, hanya 8 saja yang berconteng. bukan kerana tulisan terlalu kecil, atau soalan terlalu gampang,tapi kerana senarai jawapan tidak ada dalam simpanan.ah..

"ok, masa menjawab hanya tinggal 1 minit lagi. pastikan anda menulis nama, no. matrik dan maklumat-maklumat lain di buku jawapan anda."

helaian dalam buku jawapan diselak satu persatu. sekali-sekala mata melilau melihat keadaan sekeliling. ada yang masih tekun menekan2 kalkulator. ada yang sudah menutup kertas soalan dan buku jawapan sambil bergoyang kaki. ada juga yang terlelap, lena diulit mimpi.

"ok,berhenti menulis. letakkan pen masing-masing. sekali lagi,letakkan pen masing-masing. masa menjawab sudah tamat.ha,awak kat belakang. ya awaklah yang pakai baju kemeja petak2 kaler cokelat tu, berhenti menulis!"

akhirnya muka ditekap ke kertas soalan diatas meja. hati bermonolog. skrip yang sama setiap tahun. setiap semester.

"aahhh..habislah aku.apa aku belajar satu sem ni?!.."

dan mulalah terbayang  masa2 kecederaan sepanjang 1 sem.

masa main PES. masa buka fesbuk komen,like sini sana. masa pegi shopping 2 3 jam untuk beli megi dan coki-coki sebungkus. masa pegi tengok bola dekat2 waktu subuh. masa tulis blog,merapu dan merepek tanpa hala tuju. masa tidur sehari semalaman di hujung minngu. masa berangan kosong depan cermin bilik mandi. masa duduk2 tunggu nasi goreng patayya siap. 

dan mulalah berkalau-andai.

andainya masa tu aku..kalaulah masa ni aku..

demi masa.
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian..

. . . .

ok.
ini teka-teki.
siapa jawab betul, saya bagi hadiah.
serius.

soalannya berbunyi begini,
Apakah benda paling jauh?
ha,cepat jawab.cepat jawab.
saya bagi 7 minit.

lima minit kemudian..

sepuluh minit kemudian..

empat belas poin tiga minit kemudian..

masih tiada jawapan.
hmm,ok.saya faham.anda tak boleh bercakap dengan saya disini.

oklah,saya bagitaulah senang.
jawapannya ialah,jeng jeng jeng...
rumah saya di Sabah!
setahun sekali ja saya balik kampung sebab jauh.
hew hew hew..

ok,itu bukan skema jawapan.
salah.

anda tahu x, soalan ini telah ditanyakan kepada Imam Ghazali dan beliau menjawab,
"masa yang telah berlalu.."

bukan kutub utara.
bukan bulan purnama.
bukan matahari.
bukan planet musytari.

ya, walaupun jauh,
semua itu still boleh dicapai.
tapi,tidak masa yang telah berlalu.
nampak x permainan di situ?

demi masa.
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian..

. . . .

dengar baik2. 
maksud saya,baca baik2.

ada dua penyesalan manusia yang loser selepas kehidupan di dunia.

satu.
saat kematiannya.
“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” [al-Mu'minun : 99-100]
dua.
saat berhadapan dengan tuhannya di padang masyhar.
“Dan (alangkah ngerinya) sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia) nescaya kami akan mengerjakan amal soleh. Sungguh kami adalah orang-orang yang yakin.” [as-Sajdah : 12]

apa mungkin mereka dikembalikan?
haha,sudah tentu tidak.tidak sama sekali.
tersangatlah jauh masa yang berlalu itu bagi mereka.
mustahil untuk dikecapi.

demi masa.
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian..

. . . .

sorong papan tarik papan,
gunung daik bercabang tiga,
sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada guna.

budi yang baik dikenang juga,
hancur badan dikandung tanah,
cukuplah rugi hanya di dunia,
hari seterusnya menyesal tak sudah.

dua tiga kucing lompat galah,
ah,apa-apalah..

-tamat-

eh,lupa cerita pasal mesin masa tu..