Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Wednesday, October 17, 2018

appreciate.








"jadi, apa yang jadikan sesuatu binaan tu spesial?" 
"kata vitruvius, ada tiga benda kau kena perhatikan." 
"apa?" 
"utilitas, firmitas et venustas." 
"ok. satu-satu."




"utilitas.. kalau kau tengok mana-mana binaan, cuba cari apa fungsinya.." 
"untuk apa benda tu dibina.."
"kedua, firmitas.. kekukuhannya sebagai sebuah struktur.. senang cerita, kalau kau rasa selamat bila berdiri di atas atau di bawah binaan tu, lebih kurang maksudnya kukuh la tu. common sense.."  
"apa yang aku rasa ea.." 
"lastly, venustas ni penampilannya atau keindahannya." 
"aesthetic value. straight forward."



"kalau kau faham tiga benda ni, senang lah nak appreciate atau senang nak faham kenapa orang lain appreciate sesuatu struktur binaan tu. penilaian orang, apa yang mereka pandang, tak akan pernah lari dari tiga benda ni. kenapa sesuatu binaan boleh jadi ikonik, sebabnya mesti ada berkait dengan salah satu kalau tidak ketiga-tiga benda ni." 
"bagi kau apa paling penting?" 
"bagi aku? bagi aku yang paling kritikal, utilitas.. fungsi binaan tu.. sebab kalau binaan tu ada jiwa, 'fungsi' tu la jiwanya. kalau fungsi tu mati, so, binaan tu binaan mati. orang lain mungkin cakap firmitas paling penting.. sebab kalau tak kukuh, macammana nak jalankan fungsinya.. betul tu betul.. tapi kita tak bina jalanan saja-saja tanpa tujuan tanpa destinasi, kita cari tujuan dulu baru bina jalanan. atau mainstream culture, orang lebih suka cari binaan yang ada nilai venustas, boleh jadi background ambil gambar."



"so, apa binaan kau paling suka?" 
"kalau aku cakap masjid, cliche sangat.. dan boleh jadi punchline- bila nak bina masjid? erghh. obviously, masjid ni ada nilai utilitas paling besar dalam komuniti muslim. tapi aku suka tengok jambatan. fungsinya pun signifikan- menghubungkan yang terpisah dan menawarkan jalan pertemuan mengatasi laluan yang bermasalah di bawahnya, menawarkan dimensi pemandangan yang berbeza. buat random structural analysis untuk jambatan ni best sebab semua komponen strukturnya boleh nampak secara kasar, senang nak bayangkan load transfer mechanism dalam jambatan tu. kemudian, kepolosanlah yang jadikan jambatan ni unik. kalau bangunan tipikal, banyak sangat mekap tutup sana sini, kadang tak nampak dah rangka asas penting untuk struktur bangunan tu."
"tapi, jambatan macam selalu underrated."
"ya.. or rather, overlooked." 








___
*vitruvius ni architect dan civil engineer roman zaman dulu kala.

Sunday, June 17, 2018

epiphanies.






"uwais, sudah mandi ka?"
"belum. mana si memeng pacik?"
"ndak tau. di bawak kolong kali. biar la dia main. uwais pigi dulu mandi."
"sekejap."
"sekarang."
"pacik sudah mengaji ka?"
"baru mau mengaji. mandi dulu ba uwais."
"nanti sekejap. mana atok?"
"masih di masjid kali. sini palek duduk sama pacik."
"ok."



"uwais tau ka?"
"apa?"
"ini apa?"
"akuan."
"pandai."
"bila pacik balik?"
"lama lagi. uwais tau ka apa maksud qur'an?"
"ndak tau."
"qur'an ni perkataan arab. terbit dari tiga huruf dasar, qaf, ra dan hamzah. salah satu maksud daripada gabungan tiga huruf ni, perkataan qara'a, ialah 'mengumpulkan atau mencantumkan sesuatu, bahagian demi bahagian'. ada lagi maksud lain yang merujuk khusus kepada 'baca' atau perbuatan 'membaca'."
"emm."



"uwais tau ka?"
"apa?"
"apa dalam qur'an?"
"kertas la."
"pandai."
"nanti pacik pigi jalan ka?"
"ndak tau lagi. kenapa?"
"ikut ba."
"uwais mau pigi mana?"
"pigi mana-mana jak la."
"tapi, macammana mau ikut, uwais belum mandi."
"pacik sudah mandi ka?"
"sudah. uwais jak belum."
"emm. sekejap palek." unzip the qu'ran and randomly flipping through pages.



"uwais tau ka?"
"apa?"
"emm. i think you can handle this. dalam qur'an, Allah banyak bercerita tentang Dzat-Nya supaya kita lebih kenal Allah dan seterusnya memperbaiki hubungan kita dengan Allah. kadang Allah menyatakan sesuatu secara langsung kepada kita, dan kadang Allah letakkan perumpamaan sebagai analogi yang membawa maksud yang sangat, sangat dalam. ayat qur'an begini menghadiahkan hikmah yang sangat besar untuk orang-orang yang mahu merenunginya. hikmah yang akan mengajar kita bagaimana untuk memandang dan berurusan dengan realiti hidup dan memahami fisikologi semulajadi manusia. kadang Allah ceritakan kisah dan kejadian para nabi  dan kaum terdahulu, untuk menjemput kita menggali setiap perincian dan merumus keluar mesej-mesej praktikal. setiap naratif memberi nuansa pandangan yang berbeza, bergantung kepada kepelbagaian pengalaman lepas dalam hidup kita dan sedalam mana kita menenggelamkan renungan. aduh, macam panjang betul sudah ni, uwais. padahal belum habis lagi."
"Allahumma barikhlana.." suddenly recites before-eating prayer while pointing to random ayah.
"amin.."



"meow."
"meow?"
"tu na si memeng." pointing to an orange-white furly female cat walking out from the front door.
"meow."
"meow."
"meow."
"meow."
"uwais pigi la main sekejap sama si memeng. tapi panggil dulu abang emi dengan kak lia. tasmik bilang. abang muaz jugak panggil sekali pigi sini."
"meow." grabbed memeng but then quickly released her back as memeng bite his finger, in a pamper way, of course. memeng bite a lot, maybe it is her affectionate nature.
"tu la, uwais belum mandi, ndak sukak si memeng." implying logic to a five years old.
"ndak la. si memeng lapar ba ni." and he strikes back with a proper logic.









___
*no, i'm not good in tilawah(my tajweed is a disaster) or in memorizing an ayah let alone an entire surah. but, i love, like really really really love, listening to them reciting confidently qur'an ayahs they memorized while i do the checking on the mushaf for them, just in case if they mislead somewhere. may Allah protect you all, sweethearts. Alhamdulillah. :')

Thursday, June 07, 2018

rhodopsin cycle.







ke mana hilangnya cahaya pada pandangan matamu? apa yang terjadi pada langit oren kemerah-merahan itu? kukira itu adalah fajarmu, rupanya itu senja yang memadam terus cahaya. kau kehilangan Tuhan lalu kau kehilangan dirimu sendiri. dalam perjalanan di atas rel kereta api kemarin, entah di stesen mana kau tinggalkan jiwamu, dan tidak sedikit pun terlintas untuk datang mengambilnya kembali walaupun destinasi terakhir semakin hampir. hatimu? hatimu telah kau campak dalam lautan air mata yang mengalir dari paip yang kau buka sia-sia, dan kau biarkan hatimu tenggelam. tenggelam! semua yang kau rasai dan alami adalah berpunca dari pilihan-pilihanmu sendiri yang diputuskan ketika kau lebih mempercayai dirimu sendiri berbanding kepercayaanmu kepada Tuhan. kemudiannya, apabila semua tidak berlaku seperti mana yang kau harapkan, barulah kau berpaling kepada Tuhan. mungkin kau tidak sedar bahawa Tuhan bukan back-up-plan untuk semua masalah yang kau cipta sendiri. Tuhan sentiasa ada bersamamu bahkan ketika kau telah melampaui batas terhadap dirimu sendiri, dan awan-awan keampunanNya sentiasa ada untuk menyiramimu dengan hujan yang membersihkan. ingatlah ketika kau berada di penghujung tebing, ah pedulikanlah dunia, pedulikanlah akhirat, seluruh fikiranmu sedia meninggalkan semuanya, tetapi ada sesuatu, ada sesuatu yang menahanmu daripada terjun ke dalam jurang itu. namun, masih ada lagi doa-doamu yang kau kira belum berjawab atau mungkin tidak akan terjawab seperti apa yang kau mahukan. kau lupa pada Tuhan. kau lupa jiwamu sendiri. kau kehilangan arah. sebenarnya, kau punya kemampuan untuk melepaskan segala yang mengikat dan menarikmu di sepanjang lorong ini, kau boleh saja berpatah balik ke persimpangan itu dan mengambil lorong yang lain, bertemu orang-orang yang berbeza, dan seluruh keadaan di lorong itu akan mengingatkanmu kepada Tuhan dengan situasi yang berbeza. tapi kau selesa dengan berlemah-lemah, senang sendiri berselimutkan kesunyian dalam ruangan yang tiada siapa kecuali dirimu sendiri. kau bertapak dalam kegelapan yang kau jadikan sebagai kediaman. saat, minit dan jam pada hari-hari kosong terus berlalu dan tiada siapa yang tahu keberadaanmu. pintu itu berketuk tapi kau biarkan ianya berkunci. sebenarnya kau tidak mahu sesiapa pun untuk membuka kunci itu dan membebaskan dirimu dari kesengsaraan yang tidak terzahir. sehingga satu waktu kau perasan ada celah bukaan sempit di antara bawah pintu dan lantai. di celah sempit itulah cahaya menyelit masuk dan mencetuskan getaran kecil di dalam hatimu. perlahan-lahan hati yang hampir mati, kerana tidak mampu bernafas dengan lancar itu mendapatkan udara baru. ketahuilah bahawa, nafas itu adalah doa berjawab yang dikirim kepada Tuhan beralamatkan namamu, oleh mereka yang masih kasih tetap sayang kepadamu. kau hanya terlupa tapi belum keputusan asa. kau perlu tersesat untuk menemukan. kau harus kehilangan sesuatu untuk lebih menghargai cinta Tuhan yang memberi segala sesuatu. lihatlah di balik sana, matahari sudah mulai terbit untuk memadam kegelapan. pandangan mata yang sudah leka dalam kegelapan, akan merasa tidak selesa jika disuluh cahaya secara tiba-tiba. tapi, itu tidak akan lama, perlahan-lahan ia akan tetap menyesuaikan retinanya dengan keterangan yang benderang.





Saturday, April 07, 2018

raspberry chocolate.














hari ini, ada banyak sekali hal-hal yang tertangguh.
tulisan-tulisan yang tertangguh sebagai draf-draf kosong menanti untuk dikunjungi semula; sungguh yang sukar adalah memulakan perenggan-perenggan awal, melepaskan pena dari sangkarnya, setelah itu ia akan sendirinya bebas berlari ke sana sini. halaman-halaman bertandabuku, tertangguh menanti untuk didatangi semula mahu diteruskan bacaan, masih banyak yang ingin mereka kisahkan. ah, jangan sebut tentang kantor di sini, kerana tertangguh atau tidak, kerja-kerja di kantor tidak akan pernah ada habisnya. secawan kopi panas yang tertangguh untuk dihirup sebelum ia menjadi dingin bersama hujan yang tertangguh untuk dinikmati lalu ditadabbur jatuhnya atau mungkin juga bisa dibikinkan puisi. dan termasuklah pula doa-doa yang ditangguh Tuhan, mungkin kerana taubat yang masih tertangguh.  
hanya ada satu hal yang selamanya tidak akan pernah tertangguh; pengurangan waktu.











Sunday, December 31, 2017

if letters disappeared from the world (2).

















kalau besok huruf-huruf hilang di dunia, tapi kau boleh simpan empat huruf saja untuk satu kata, apa pilihanmu?

empat huruf?

ya.

satu perkataan?

a'ah.

a, i, m dan n.

mahu buat kata apa?

amin.

amin?
begini, kalaupun huruf-huruf hilang, harapan kepada Tuhan tidak boleh hilang. aku mahu membantu, menguatkan orang-orang mendekat satu langkah kepada harapan-harapan itu, meski sekecil semampu meng-amin-kan doa-doa mereka. Tuhan mendengar semua suara, walaupun sehalus tulisan-tulisan bisu, pasti akan sampai kepada pengetahuanNya.  terkadang, kita tidak perlu untuk tahu apa yang sedang didoakan seseorang, kerana dia pasti punya alasan besarnya sendiri untuk doa-doa itu, dan cukup kita tahu bahawa Tuhan hanya akan menjawap setiap doa dengan sebaik-baik jawapan.


















___
to everyone who wonders if i'm writing about them... yes, i am.
selamat tahun baru dua ribu tujuhlapan belas.

Sunday, December 17, 2017

if letters disappeared from the world (1).
























kalau besok huruf-huruf hilang di dunia,
apa yang akan kau tulis hari ini?

tentang langit dan jalanan.







kalau besok huruf-huruf hilang di dunia,
apa yang akan kau baca hari ini?

tulisanmu tentang langit dan jalanan.




































45:3















Saturday, November 11, 2017

resume.






pandang jam bulat di dinding.

jarum pendek tebal ada di nombor tujuh.
jarum panjang tebal ada di antara nombor tiga dan empat.
jarum panjang nipis singgah di nombor sepuloh.

waktu berhenti.

"ah, bateri habis."






ukuran kasar, matahari ketika itu sudah berada dalam posisi sembilan puluh darjah dari permukaan bumi.


kali terakhir melihat jam di dinding pagi itu, kombinasi posisi jarum tebalnya menunjukkan waktu enam tiga puluh dua minit pagi, dan jarum nipis bergerak menghampiri nombor dua belas. 



klik ikon pause pada youtube.
lepaskan headphone.

bangun dari kerusi.

bergerak ke almari di belakang. 
laci ditarik, keluarkan bateri everyday hitam merah.
laci ditolak masuk ke dalam.

berjalan ke arah dinding bertingkap.
dongak.

"tinggi."





angkat kerusi.
rapat ke dinding.

langkah naik.
capai jam.
turunkan.



berdiri pegun di atas kerusi.
menatap jarum-jarum yang pegun.









kosong.









sunyi.









lalu kedengaran laungan serak-serak basah.
dari corong pembesar suara masjid.

"Allahu akbar! Allahu akbar!"







jam dibalikkan.
ibu jari dan jari telunjuk diletakkan pada pemutar jarum tebal panjang.

jam dibalikkan.
ibu jari dan jari telunjuk memutar pemutar jarum tebal panjang dari belakang.

jarum tebal panjang berputar.
jarum tebal pendek ikut berputar.

sehinggalah jarum tebal pendek menghampiri nombor satu.
dan jarum tebal panjang berada pada jarak seminit melebihi nombor sepuloh.

jam dibalikkan.
keluarkan bateri lama.
masukkan bateri baru.
jam dibalikkan.



mata menatap jarum nipis bergerak meninggalkan tempat persinggahannya,
meneruskan perjalanan.

dalam langkah yang perlahan.
tapi sekata.


tik..
tik..
tik..







tik..



Sunday, May 01, 2016

labour day's rants.





taman unibersiti.

di simpang empat dengan lampu isyarat. kawasan itu terbahagi kepada empat quadran. quadran pertama adalah gedung pasaraya aeon, yang juga terdapat toko buku mph. mengikut putaran jam, di quadran kedua adalah stesen minyak petronas yang kfc melekat di tepinya. dalam petronas ada mesin teller automatik yang disediakan bank cimb, maybank dan rhb.

quadran ketiga, adalah deretan rumah kedai, yang paling hujung berdekatan lampu isyarat adalah kedai motor sym, dulu pakai tagline 'safee yang menunggang' bersempena era kegemilangan bola sepak malaysia yang baru memenangi afc suzuki cup ketika itu dan safee sali adalah superstarnya kerana menjadi penjaring terbanyak kejohanan. penuh billiboard tepi jalan iklan sym muka safee sali. kemudian ditambah pula dengan tagline baru, 'syamsul yang mencelah' ambil nama syamsul yusof. itu saya tak tahu bagaimana kisahnya dan dah jarang tengok billiboard sym. entah sekarang apa pula tagline terbaru. 'sahlan yang menulis' mungkin? eh, siapa sahlan? ah, lupakan. 

quadran keempat adalah taman rekreasi. tak ada cerita sangat sebab baru sekali dua datang situ. selebihnya cuma lalu saja.


oh ya, kembali ke quadran ketiga. dalam deretan mengunjur ke bahagian sebelah kanan kedai motor sym, paling hujung sekali adalah kilang memproses kiub ais. ya, kiub ais. bila difikir-fikir, kiub ais je kot. budak-budak buat di rumah pun jadi. isi air dalam bekas, masukkan dalam freezer peti ais, biar semalaman, besok dah keras. tapi, benda simple macamni boleh jadi bisnes besar-besaran. entah, tak reti jugak, saya bukan otak bisnes. baru-baru ni kilang tu kebakaran. tak teruk sangat la. masih mampu beroperasi lagi rasanya. tapi, bila difikir-fikir, kilang ais terbakar. ya, kilang ais kawan-kawan. nampak tak? ha, say no to global warming.

masih di quadran ketiga. ada ruang parkir besar antara jalan dengan bahagian kanan dan hadapan kedai motor sym. setiap petang  hingga lebih kurang selepas isyak, ada lori kecil yang buka premis jual nasi lemak berlauk. nasi lemak anggerik namanya. sedap dan lazat berkrim. eh, mana ada krim. belum pernah lagi jumpa nasi lemak cheese. nasi lemak anggerik jual nasi lemak dengan aneka lauk pilihan.  dari telur mata sapi, ayam goreng kosong, ayam masak merah, sotong masak apa ntah tapi sedap, daging masak apa ntah tapi sedap jugak, dan sambal yang menggigit. 

gerai nasi lemak anggerik tu dikendali oleh dua orang brader. diorang ada uniform 'nasi lemak anggerik'. diorang berkerja dalam synchronizing yang baik. ada dua tugas utama, satu layan pelanggan memilih lauk untuk nasi lemak mereka dan satu lagi siapkan air pesanan mereka. ok, ceritanya saya on the way balik kerja. lepas keluarkan duit dan isi minyak di petronas di quadran kedua, sambil tunggu lampu merah bertukar hijau, saya terpandang kedai ni. dah saya putuskan untuk singgah sebab malas nak tunggu lama dekat restoran faiz tomyam sorang-sorang yang sebenarnya tidak jauh dari situ, berjarak hanya satu selekoh pendek.

done mukaddimah.

"bro, makan ke bungkus?" 
"bungkus."

brader nasi lemak ambil satu kemasan surat khabar yang berlapik kertas minyak yang telah disiapkan dalam kuantiti banyak. buka penutup bekas nasi yang diperbuat daripada kayu, asap keluar berkepul-kepul.

"air nak bro?" 
"teh ais." 
"ikat tepi ke bungkus?" 
"bungkus."

brader di jabatan lauk tu pandang beregunya di jabatan buat air pada bahagian belakang gerai.

"weh, teh ais bungkus satu." 
"ok."

brader pusing balik ke depan.

"baru balik keje ke bro?" 
"ya."

siap cedok nasi, brader alih perhatian kami berdua kepada lauk.

"lauk apa bro?" 
"emm, jap ea."

hidup memang komplikated la, kadang nak buat pilihan lauk pun susah, lepas round setiap periuk lauk-lauk ambil feeling, akhirnya jari tunjuk pilih ayam masak merah. brader laju ambil sudip periuk lauk ayam masak merah. keluarkan bahagian dada. kuahnya jatuh meleleh, mengalir ke ladang nasi.

"keje kat mana bro?" 
"nusajaya." 
"ouh. keje apa kat sana?" 
"err, buat bangunan. susun batu-bata."

lepastu, tangan brader capai senduk kecil. sebelum ceduk masuk, brader tanya dulu.

"timun. kacang. boleh?" 
"boleh." 
"sambal?"
"boleh." 
"lauk ini je ea? takde nak tambah lagi?" 
"ya. ok, itu je."

lincah tangan brader kemaskan bungkusan jadi piramid dan akhir sekali ikat dengan getah merah.

"penat tak kerja buat bangunan?" 
"err.."

belum sempat jawab, brader sambung lagi sambil ketawa kecil.

"mestilah penat kan? mana ada kerja tak penat. kerja macam ni pun penat." 
"ya. iya. haha."

siap. nasi lemak siap. teh ais bungkus pun siap.

"berapa?" 
"tujuh ringgit bro."

not ringgit merah bertukar tangan. dibalas dengan tiga not ringgit biru. dua-dua pun ucap terima kasih. dua-dua pun ucap sama-sama. selesai, gerak balik rumah.

selamat hari pekerja kawan-kawan! semoga semangat selalu.. :)

Saturday, April 09, 2016

s for hope.
















Lois Lane: Why are you surrendering to Zod?

Superman: I'm surrendering to mankind. There's a difference.

Lois Lane: You let them handcuff you?

Superman: Wouldn't be much of a surrender if I resisted. And if it makes them feel more secure, then.. then all the better for it.

Lois Lane: [looking at Superman’s suit] What's the 'S' stand for?

Superman: It's not an 'S.' On my world it means 'hope.'

Lois Lane: [smiles] Well, here it's an 'S.' How about.. Super-..

[interrupted by Dr. Hamilton]


--a scene from Man of Steel, 2013.















Saturday, February 06, 2016

fix.






matikan enjin.
turunkan stand.

buka helmet.

"assalamualaikum. aseef kak, lambat sikit sampai." 
"waalaikumussalam. takpe. kan jauh, jalan jem lagi. yang penting dah sampai sini." 

jabat tangan.

laga pipi kanan.
laga pipi kiri.
laga pipi kanan.

"err, akak ada jarum dengan benang? nak baiki tudung. huhu." 
"jarum? ada kot. jap ea."

masuk bilik.

bunyi pintu almari dibuka,
bunyi laci ditarik keluar.
bunyi laci ditolak masuk.
bunyi pintu almari ditutup.

keluar bilik dengan bekas lutsinar penuh alatan menjahit.

keluarkan jarum. keluarkan gulungan benang.
masukkan benang dalam jarum.

hulur.

"nah. koyak ke? macammana boleh koyak?" 
"entah la. tadi bawa skuter laju sangat kot. tudung melayang-layang. sebab tu jahitan hujung tengah ni terbuka sikit. singgah tepi jalan, letak pin je tadi supaya tak lebih teruk." 
"hmm, kita selalu perlu memilih, antara jarum atau pin, kan? kalau ada kain yang terkoyak, atau jahitan lama terbuka macam tu, kita tahu, kita boleh on the spot lekatkan balik dengan pin atau ambil sedikit masa untuk jahit semula. cara yang cepat dan mudah, atau cara yang sedikit rumit dan ambil masa lebih lama. betul tak?"
"emm, a'ah. betul kak." 
"hati-hati jahit. kang tercucuk jarum." 


[habis].





Wednesday, January 13, 2016

wanderlust.



ahad, 100116.










pukul 11.30 pagi, 

"tiket jam berapa?"
"belum beli lagi. kalau kl-jb, selalu ada jak on the spot."
"ouh.. lunch dulu la."
"ok."










sampai stesen light rail trail, lrt, tasek selatan. terminal bersepadu selatan, tbs, ada di sebelah. naik tangga, seberang jejantas, sampai la ruang utama tbs yang penuh kaunter jual tiket bas ke selatan. juga ruang yang penuh dengan orang-orang yang dalam penantian, dalam perjalanan ke tujuan masing-masing. juga ruang yang menjadi saksi kepada begitu banyak pertemuan dan perpisahan.















"hati-hati. kalau sudah sampai rumah, sms atau wassap la."
"ok, insyaAllah. terima kasih bang."

salam. 
lambai.













tengok jam. hmm, awal lagi.
ah, sempat lagi streeting ni.











akhirnya, beli token lrt, kelana jaya line, dari stesen tasek selatan ke stesen kl sentral. keluarkan kamera hitam dari beg galas. bateri masih penuh. memori pun masih kosong. 

ya, pergi streeting sendirian di kuala lumpur.










pukul 7.30 malam,

"di mana sudah?"
"masih di tbs. bas baru mau gerak, delayed tadi." 

memang delayed pun. beli tiket bas pukul 6.00 petang. 
















____________________________________________________
*being unknown. being free. in searching for the missing part.