Thursday, January 26, 2017

enchanted forest.





setting macam biasa lah; hujan. haha.

kedai runcit di simpang jalan.

"pakcik, ada jual payung?" 
"ada. tengok dekat hujung rak ketiga, paling sudut." 
"ok. oh ya, maaf pakcik. basah sikit. terpijak lopak air tadi." 
"takpa. masuk je. ini mesti terpijak lubang depan signboard tu kan? tak tahu bila kontraktor dari majlis perbandaran akan datang buat kerja, turap balik lubang tu. sudah buat report minggu lepas."
"a'ah. lubang tu."






"berapa ringgit pakcik?" 
"sepuluh ringgit tujuh puluh sen." 
"ok, jap.. nah."

sekeping not ringgit warna merah dan sekeping not ringgit warna biru bertukar tangan. jemari pakcik laju menekan butang-butang pada mesin teller. trakkk.. laci wang terkeluar. not ringgit merah di letakkan di kotak kedua. not ringgit biru diletakkan di kotak kelima. tiga keping syiling berdiameter 19.4mm dikeluarkan dari kotak kecil. 

"kamu tahu? kamu memang akan selalu jatuh, emm, jatuh cinta. pada jalanan kehidupan dunia yang kamu lalui, ada lubang-lubang tempatnya kamu jatuh cinta, ketika kamu menapakinya sama ada sengaja atau tidak sengaja. di antara itu, ada yang cuma lubang kosong dan gelap, dan kamu harus berusaha keluar dari situ sesukar apa pun caranya. untuk apa menetap di situ? perjalanan kamu harus diteruskan, kan? 
kemudian akan ada masanya kamu jatuh di lubang yang akan membawamu ke sebuah tempat yang asing; sebuah taman di bawah tanah yang indah dengan nuansa yang damai. 
kamu mungkin akan bertemu dengan seseorang yang juga sedang sesat terjatuh di situ, sama seperti kamu. kalian akan saling berkenalan dan sama-sama berkerjasama mencari jalan keluar dari taman itu, kerana walaupun taman itu indah, hidup di dunia tetaplah sebuah perjalanan, bukan destinasi akhir. 
jika kalian berjaya, kalian akan meneruskan perjalanan kalian bersama, bukan lagi perjalanan masing-masing, kerana jalanan di hadapan kalian itu cuma ada satu, menuju ke destinasi yang kalian sepakati bersama; syurga."

muka terpinga-pinga, tapi mengangguk-angguk mengiyakan.

syiling bertukar tangan.






"oh ya, emm, ini  jalan apa pakcik?" 
"sini? yang sebelah kiri? lebuh chulia." 
"jalan depan ni?" 
"love lane." 
"hmm, okay.. betullah kot jalan ni." 
"mahu ke mana?" 
"art gallery."
"oh, depan lagi." 
"orait. terima kasih pakcik."
"sama-sama. hati-hati ya, jangan terpijak lopak lagi."

papp.. buka payung. 
senyum, angkat tangan ke arah pakcik.

jalan. 

1 comment: