titik adalah titik. titik-titik yang disambung menjadi huruf. gabungan huruf-huruf yang dicantumkan menjadi tulisan. tulisan-tulisan yang diwarnakan menjadi foto. foto yang bergerak dan dipasangkan bunyi menjadi video. akhirnya video adalah titik yang disambung-sambung lalu diwarnakan, yang kemudian digerakkan kesana kesini sambil disuarakan. orang-orang dan kita sendiri hari ini sudah terlalu selesa bermain framing dan cropping. video berdurasi lima minit, di-crop menjadi lima puluh saat. foto pada ratio frame 16:9 di-crop menjadi 1:1. kerana yang mahu ditujukkan pada skrin cuma itu, yang ada dalam framing itu. supaya orang-orang melihat kita pada framing itu sahaja. kerana yang diluar framing itu bukanlah kita yang ideal. kita ingin tampil ideal pada pandangan skrin orang-orang. kita juga melihat orang-orang pada framing yang sudah di-ideal-kan. padahal kita tahu, ada bahagian-bahagian yang di-crop keluar, ada rakaman-rakaman yang dipendekkan durasinya. padahal, yang diluar framing dan cropping itulah realiti, yang dijalani sehari-hari, yang mungkin tidak selesa dilihat, tapi hal sebenarnya yang kita akan lalui atau sedang lalui jika kita inginkan sebahagian framing ideal itu.
seperti tulisan penuh semuka surat, kita senang membaca perkataan-perkataan yang sudah sedia di-highlight-kan.
selebihya, tidak penting. semalas itukah kita untuk membaca dan mungkin menulis bahagian-bahagian yang 'tidak selesa' itu sehingga kita hidup dalam angan-angan idealisma, menafikan realiti yang sedang dan akan kita lalui? hmm.. kawasan ini adalah ruangan nostalgia. tempat yang dahulunya selalu riuh meskipun sunyi secara literal, saban waktu dikunjungi orang-orang untuk bersenang-senang, bertenang-tenang atau mungkin juga mengumpul kenang-kenangan. ataupun setidaknya, ketika mereka merencanakan itinerari perjalanan, lokasi ini menjadi salah satu tempat persinggahan dalam persiaran mereka, sekadar berlalu untuk melihat-lihat jika ada hal-hal baru untuk dipandang dan digambari. saban waktu berlalu, teknologi berlari pantas, cerita tidak lagi disampaikan dengan batang-batang huruf yang kaku dan foto yang statik. warna-warna kini boleh bergerak dan bersuara. maka, orang-orang mula berganti peta persiaran, bertukar ruangan. namun, setelah berlalu tahun-tahun itu, ada yang masih datang ke sini, kawasan sunyi yang jauh dari keriuhan idealisma orang-orang dan trafik yang bersusun rapat di jalanan. jadi, sungguh, yang datang tempat ini pada zaman-zaman dan waktu-waktu ini, adalah orang yang benar-benar mencari ruangan untuk bersenang-senang, bertenang-tenang atau mungkin mencari kenang-kenangan. selamat datang ya!
___
oh wow! i, actually, writing here again.
it's been a while..
No comments:
Post a Comment