Thursday, May 31, 2018

amplop berisi pikiran dan perasaan meiyl.



bismillah. 

assalamualaikum.
adakah kau punya kesempatan untuk melihat langit malam ini? jika ada, jangan cuba cari bintang di sana kerana malam ini langit sepenuhnya milik bulan, ia sedang mengambang penuh. artinya apa? kita sudah berada di pertengahan perkiraan bulan hijrah walaupun hari ini, ketika kertas ini menerima goresan penaku, tertera tarikh terakhir bulan masehi. di situlah bezanya. kalendar hijrah mengira putaran bulan mengelilingi bumi sedangkan peredaran bumi mengelilingi matahari pula yang dikira kalendar masehi. jika tidak mengambil kira tahun ganjil,  umumnya setahun bersamaan dengan 354 hari dalam kalendar hijrah manakala kalendar masehi memerlukan 365 hari untuk melengkapkan kiraan itu. ada beza sebelas hari kan? nah, itulah langkah pergerakan bulan ramadhan saban tahun yang jika kita hidup berkalendarkan tahun masehi, akan terasa seperti ianya datang semakin awal ke permulaan tahun. begitu pula dengan kiraan usia kita. kalau mahu tahu berapa usia sebenar kita mengikut kalendar hijrah,  kalikanlah bilangan usia kita dalam kiraan kalendar masehi, dengan sebelas hari. hasil perkalian itulah bilangan hari yang perlu ditambah kepada kiraan asal dalam kalendar masehi, untuk mendapatkan usia sebenar kita dalam kalendar hijrah. aduh, selalu memeningkan kan peneranganku? sebentar, aku kirakan usiamu dalam kiraan kalendar hijrah. jadi.. jumlah hari yang perlu kau tambah ialah dua ratus.. ah, apa pentingnya mengira-ngira usia?


































































































___
*cari kokoleter.

Thursday, May 17, 2018

interrobang.





what is force?
in physics, a force is any interaction that, when unopposed, will change the motion of an object. a force can cause an object with mass to change its velocity, i.e., to accelerate. force can also be described intuitively as a push or a pull. thanks wikipedia!


"carpe diem, quam minimum credula postero."
"kau cakap apa ni?"


then, what is moment?
moment is the turning effect of a force.


"bukan aku cakap. horace yang cakap." 
"horace? siapa horace?" 
"roman poet." 
"dia cakap apa tu?" 
"seize the day, put little trust in tomorrow."


in physics, we calculate moment. it is done by using this formula; moment of force equals to force times perpendicular distance from the force to the pivot.


"in a simple word, apa mesejnya?"
"seize every moment. nikmati dan manfaatkan setiap momen."


contoh? ok contoh praktikal.

kalau anda baca tulisan merapu ini dari skrin laptop, cuba lipat turun skrin laptop. biasanya kalau kita tarik segiempat skrin turun, kita letak tangan kita pada bahagian yang paling atas kan? sekarang, cuba tarik segiempat skrin turun dari bahagian paling bawah, yang paling dekat dengan segiempat papan kekunci, atau paling dekat dengan pusat pusingan segiempat skrin.

ada beza kan? ke tak rasa pun? sebab tak faham.. aduh.


"momen? momen tu apa?"
"momen tu detik-detik spesial dalam satu-satu rentang waktu." 


lebih mudah melipat turun segiempat skrin dengan menariknya dari bahagian atas berbanding menariknya dari bahagian bawah. dalam bahasa fiziknya, daya(force) yang diperlukan lebih sedikit pada jarak(distance) yang jauh daripada titik pusingan(pivot point) berbanding pada jarak yang dekat. interaksi 'melipat turun' tadi itulah yang dinamakan 'moment'.

ya, begitulah konsep asasnya. masih belum faham? ah, lantaklah anda semua. haha. susahlah nak eksplain fizik pakai perkataan. kena ada lakaran-lakaran jugak.


"contoh?"
"dalam seminggu, ada lima setengah hari berkerja dan ada satu hari setengah cuti rehat. jadinya, satu hari setengah itulah momen yang kita perlu nikmati dan manfaatkan."


in a basic simple structural analysis, defining moment force is a crucial process to determine whether that particular structure is safe or not to perform its duty to bear any particular amount of load put onto it.

every moment present in each structural member is important that it should not be neglected along the analysis process. miss any moment, then the analysis is not valid and the structure body might collapse.


"dalam banyaknya buku atau tulisan yang dibaca, cuma ada beberapa yang tidak hanya bisa dibaca oleh akal kita, tapi sampai hati kita pun bisa membacanya. maka, nikmati dan manfaatkanlah momen membaca buku-buku dan tulisan-tulisan sebegitu. tidak semua orang mampu atau mahu menulis dengan hatinya kerana memikirkan siapa yang akan membaca tulisannya kelak."
"dalam banyaknya orang yang kita temui, ada beberapa orang yang tidak hanya fizikalnya kita lihat, bahkan ada aura yang tidak kelihatan tapi secara tidak langsung memberi getar ke dalam jiwa kita. jadikanlah setiap temu kita dengan orang-orang begini sebagai sesuatu yang bermanfaat. kerana, kita atau mereka tidak saling punya waktu yang panjang."
"pada rentetan hari hujan yang kita tempuhi, langit senja yang kita lalui di sepanjang jalan pulang dari kantor, bayang dari cahaya matahari yang menyuluh kita, tak selalunya pikiran kita senang mahu diajak berbual tentang kejadian Tuhan. terlebih sering, pikiran kita dipenuhi dengan hal-hal kantor, barang pesanan orang yang belum kita pos, komen di akaun media sosial yang belum kita baca dan stok kafein kita yang sudah hampir habis. berdamailah dengan pikiran ketika Tuhan sedang mempamerkan ayat-ayatNya pada alam yang terbuka untuk kita tadabbur."
"pada rentetan tadah doa dan sujud rukuk solat kita, entah bila hati kita sebenarnya benar-benar khusyu' dan tawadhu', ketika kita benar-benar mengikhlaskan ibadah kita sebagai hamba, bukan sebagai rutin yang kosong. maka, teruskanlah mencuba dan berusaha, kerana mungkin di sela-sela itu, semoga ada doa ikhlas yang kita tadah, ada sujud paling dalam yang kita berserah, mampu menembusi langit dan Tuhan menerima taubat-taubat  dan harapan-harapan kita."


sometimes, you do not  need to study complex physics concept or you do not even need to do any calculation to analyse a simple structure. common sense will tell you whether it is safe or not.

but, we all know, in any field of life, common sense is so underrated among us. no?


"dan ramadhan ini.."
"carpe diem bro." 


ramadhan mubarak guys!




___
sori lambat.

Monday, May 07, 2018

gerbera daisy.

















dia sebenarnya tidak mahu meninggalkan taman itu. pikirnya, siapa yang akan menyirami bunga jika dia berlalu pergi? berwaktu-waktu lamanya bunga bangkit dari tempoh layunya sehingga hari ini ia begitu mekar dan wangi ketika dia mengunjungi taman itu. sepertinya dia punyai kerisauan bahwa jika dia berlalu pergi, daun-daun hijau itu akan kembali jatuh berguguran dan kelopak-kelopak warna-warni itu akan kembali kering rapuh. padahal sebelum ini, ketika tempoh-tempoh layu itu, Tuhan lah yang menyirami pohon bunga dengan cahaya matahari dan air hujan yang dikirim khusus dari langitNya sehingga ia mampu kembali tumbuh dengan berani dan indah.