Saturday, April 07, 2018

raspberry chocolate.














hari ini, ada banyak sekali hal-hal yang tertangguh.
tulisan-tulisan yang tertangguh sebagai draf-draf kosong menanti untuk dikunjungi semula; sungguh yang sukar adalah memulakan perenggan-perenggan awal, melepaskan pena dari sangkarnya, setelah itu ia akan sendirinya bebas berlari ke sana sini. halaman-halaman bertandabuku, tertangguh menanti untuk didatangi semula mahu diteruskan bacaan, masih banyak yang ingin mereka kisahkan. ah, jangan sebut tentang kantor di sini, kerana tertangguh atau tidak, kerja-kerja di kantor tidak akan pernah ada habisnya. secawan kopi panas yang tertangguh untuk dihirup sebelum ia menjadi dingin bersama hujan yang tertangguh untuk dinikmati lalu ditadabbur jatuhnya atau mungkin juga bisa dibikinkan puisi. dan termasuklah pula doa-doa yang ditangguh Tuhan, mungkin kerana taubat yang masih tertangguh.  
hanya ada satu hal yang selamanya tidak akan pernah tertangguh; pengurangan waktu.











4 comments:

  1. salam bang/akak porenjes , guna kamera apa ye?

    ReplyDelete
  2. salam renja, bisa berkongsi buku apa yang selalu dibaca? Tulisannya bagus dan baik sekali. Pemilihan kata yang tepat dan sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulisan tidak hanya ada dalam buku-buku. ada banyak tulisan boleh dibaca bila-bila di mana-mana saja seperti papan tanda di tepi jalan, label pada bungkusan barangan di pasaraya, senarai menu di kedai makan dan carta organisasi jawatankuasa di dinding masjid.

      Delete