Sunday, March 29, 2015

carpe diem.




sudah melepasi tengahari, langit kekal cerah. ia adalah salah satu bangunan tinggi yang berdiri di antara kumpulan pencakar langit di tengah kota pesat itu. perkarangan luas hadapan binaan megah itu sedikit redup kerana matahari tersembunyi di bahagian belakangnya yang sedikit mengarah ke barat. reka bentuk arkitektur yang rare, susun atur bangunan bangunan yang strategik dan landskap yang alami menjadikannya latar belakang yang cukup cantik untuk apa-apa gambar yang di ambil dari sudut yang tepat. tidak hairan kawasan itu dibanjiri tangan-tangan berkamera pelbagai jenis, daripada kamera handphone 3 megapiksel sehinggalah dslr para juru profesional.

penat berjalanan berseorangan sedari awal pagi, Gray berhenti rehat di bangku kosong berhampiran. kameranya juga sudah hampir kehabisan bateri. baik tukar dulu sebelum dia terlepas momen momen menarik di perjalanan seterusnya. haus, Gray keluarkan 100 plus dari poket sebelah kanan beg sandangnya. ah, Gray terlupa lagi. poket kanan itu tempat letak petanya. botol 100 plus ada di poket sebelah kiri, Gray mengalih tangan mencapainya. dua tiga teguk yang panjang itu adalah nikmat yang tidak-akan-tergambar dengan apa apa pun gabungan kata daripada dua puluh huruf rumi yang ada. 

Gray membelek gambar gambar yang ditangkapnya sepanjang perjalanan bermula dia menapak kaki turun daripada bas di awal ketibaannya di pitu masuk kota sehingga dia melabuhkan duduk di bangku kayu itu. gambar gambar itu ada yang terlebih terang. ada yang terlebih gelap. ada yang fokusnya meliar entah ke mana. tak banyak yang menjadi. biasalah amatur..

bersebelahan bangku adalah pohon yang daun keringnya sentiasa gugur. kemudia pada masa itu, seorang lelaki tua datang dengan penyapu dan penyedok. kalau masa di u dulu, tukang sapu daun sepertinya bukanlah orang yang disenangi para penduduk kolej kediaman. sebab mereka gunakan mesin blower untuk mengumpulkan daun daun kering. ya, itu lebih canggih dan cepat berbanding menyapu. cuma ada masalah sikit, bunyinya bising! habis merana orang orang yang tengah konsentret studi tidur.

lelaki tua menyapu perlahan lahan. sesekali dia berhenti, memerhatikan orang orang yang datang ke tempat itu. sesekali itu juga dia tersenyum sendiri sebelum menyambung sapuannya. Gray segera membuka penutup lensa, menunggu momen terbaik untuk menangkap masuk lelaki tua itu ke dalam kameranya. Gray dapat lima enam gambar sebelum lelaki tua itu beralih ke pokok yang lain. 

bagus, Gray berjaya  menangkap senyuman lelaki tua itu.

ada sesuatu yang menarik pada senyuman lelaki tua ini, ianya tampak lebih tenang dan bahagia berbanding orang orang yang sedang teruja bergambar di hadapannya. senyuman yang lebih ikhlas mungkin. lama Gray berfikir apa sebabnya. dan, akhirnya Gray berjumpa jawapannya;

ianya adalah tentang kamera!

mungkin kerana orang orang itu tahu ada kamera yang sedang menangkap gambar di hadapan, orang orang itu haruslah berusaha tampil paling menarik, siapa yang mahu kelihatan buruk dalam gambar? justeru senyum di hadapan kamera adalah kerana mahu menunjukkan mereka sedang gembira,
"i was here and literally i'm happy as you see!"
sedangkan lelaki tua itu tidak tahu pun ada kamera sedang menangkap sosoknya. dia senyum tanpa memikirkan pandangan orang lain kepadanya. dalam hatinya mungkin yang ini, 
"they were here and i'm happy to see them happy."


yup, happiness come from within.


No comments:

Post a Comment