Thursday, March 26, 2015

bookshelf.


dua petak kecil daripada almari yang ada enam belas petak.

adalah lelaki yang punya cita cita. ah, mungkin cuma angan angan. lelaki mahu membaca buku sebanyak banyaknya. tidak kira tentang apa saja genrenya; buku buku intelektual, buku buku puisi, buku buku cerita, buku buku apa saja. tidak kira siapa saja penulisnya. tidak kira berapa tebal halamannya. tidak kira bagaimana warna dan lukisan pada mukadepannya. 
adalah lelaki yang punya cita cita. ah, mungkin cuma angan angan. lelaki mahu memiliki perpustakaannya sendiri. perpustakaan yang juga adalah rumahnya sendiri.  perpustakaan yang menyimpan semua jenis buku buku miliknya. perpustakaan yang lelaki sendiri menjadi pustakawannya. biar rak rak buku itu tinggi mencapai bumbung, akan disediakan tangga untuk lelaki memanjatnya. 
adalah lelaki yang punya cita cita. ah, mungkin cuma angan angan. lelaki mahu menjelajah ke serata dunia. menjelajah semua perpustakaan di dunia. menjelajah semua kedai buku di serata dunia. dengan itu dia akan bertemu dengan para ulat ulat buku daripada serata dunia. melihat dan belajar cara mereka bercerita dengan buku. mungkin buku yang dibaca mereka tidak difahami lelaki kerana terbatasnya bahasa yang diketahui lelaki, tapi melihat mereka tenggelam dalam bacaan sendiri sudah cukup membuat lelaki tersenyum sendiri.
adalah lelaki yang punya cita cita. ah, mungkin cuma angan angan. lelaki mahu membuka sebuah cafe yang menawarkan buku dan kopi. cafe yang letaknya di tepi jalan. cafe yang dindingnya cuma kaca lutsinar yang bahagian luarnya akan dibasahi titis titis air ketika hujan. cafe yang dindingnya adalah rak yang dipenuhi buku buku. cafe yang diwarnai dengan aroma kopi gaya cappucino, latte, espresso  dan lain lainya. orang yang datang ke cafe itu pastinya adalah pencinta buku, kopi dan sekaligus hujan, sama seperti lelaki.
adalah lelaki yang punya cita cita. ah, mungkin cuma angan angan. lelaki mahu memiliki buku yang ditulisnya sendiri. tentang cerita cerita alam yang ditemukan dalam pengembaraannya. tentang cerita cerita manusia yang ditemukan dalam pengembaraannya. tentang cerita cerita perubahan jiwa sepanjang pengembaraannya. tentang khayalan khayalan yang pernah terlintas di pikiran lelaki pada setiap perjalanan panjang menaiki kenderaan dalam pengembaraannya. 
terlalu tinggi cita cita. ah, silap lagi. terlalu tinggi angan angan lelaki. nah, begitulah dia..


4 comments:

  1. Teruskan membaca dan menulis, biar sampai terbit buku.

    ReplyDelete
  2. Kita punya angan-angan yang sama.
    Sebenarnya itu bukan angan-angan.
    Tetapi satu impian.
    Gabungan buku, coffee dan hujan sememangnya indah kan.

    Moga Allah bantu untuk realisasikan impian itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. whoever you are, i hope we can meet one day during a rainy day in a cafe, sitting at a table with two cups of warm coffee while discussing about a book that we both had finished reading it. thanks. ^_^

      Delete