Thursday, April 09, 2015

masa masa menunggu.




"Menurut mak cik, kita semua adalah orang yang menunggu."

Begitu kata mak cik yang ditemui gadis di stasiun kereta api. Mak cik dan gadis sama sama sedang menunggu kereta api yang dijadwalkan tiba sepuloh minit lagi. Mak cik sedang memangku anaknya yang sedang tidur lena. Sambil menepuk nepuk peha anaknya, mak cik menyambut ajakan gadis untuk bercerita.
"Betul. Gadis setuju."
"Menurut mak cik, Tuhan sengaja memberikan kita masa masa menunggu ini."

Entah bagaimana perbualan bisa berlaku antara mereka, padahal gadis adalah orang orang introvert, orang orang yang paling sukar memulakan perbualan. Tapi, kali itu gadis yang pertama kali menyapa mak cik. Mungkin kerana gadis sudah terlalu bosan; talipon pintarnya sudah kehabisan bateri. Tiada media sosial untuk memuatnaik status, tiada game untuk dimain dan tiada pemain muzik untuk menjadi halwa telinga.
"Mengapa ya?"
"Menurut mak cik, Tuhan sebetulnya mahu menguji kita dengan bagaimana kita akan mengisinya..." 

Menunggu bas dengan mendengar lagu lagu di empitri. Menunggu hujan berhenti dengan mencari secawan kopi. Menunggu rasa mengantuk di setiap malam dengan menulis. Menunggu terbit matahari setiap pagi dengan membaca buku. Menunggu matahari tenggelam penuh di ufuk barat dengan menangkap momen gambarnya lewat kamera. Itu antara yang menjadi kebiasaan gadis.
"..lebih lebih lagi jika yang kita tunggu itu adalah sesuatu yang besar kepentingannya."

Gadis berfikir, apa saja perkara perkara besar yang pernah ditunggunya. Keputusan peperiksaan? Tawaran melanjutkan pelajaran? Jawapan temuduga? Fasa itu semua sudah berlalu. Gadis sendiri sudah tidak ingat lagi apa saja yang dilakukannya ketika masa masa menunggu itu.

Gadis berfikir lagi, apa pula perkara besar yang sedang ditunggunya? Oh ya, yang itu.. Mak cik meneruskan lagi ceritanya.
"Menurut mak cik, apa yang bakal diperolehi pada akhir itu bergantung pada apa yang kita isikan sepanjang masa masa menunggu itu. Seperti kamu nak, kalau kamu sedang menunggu pasangan hidup yang baik, maka isikanlah masa masa menunggumu itu dengan perkara yang baik baik. InsyaAllah, kamu akan beroleh seseorang yang baik di akhir masa masa menunggu itu."

Ah, mak cik tahu apa yang sedang difikirnya.
"Menurut mak cik awal tadi, setiap kita adalah orang yang menunggu. Jadi, kalau boleh gadis tahu, perkara apa yang paling besar mak cik sedang tunggu sekarang? 
 "Perkara paling besar yang mak cik tunggu ini, kamu juga sedang menunggunya nak. Bahkan, semua orang sedang menunggunya. Mak cik takut sekali kalau kalau mak cik lalai dalam mengisi masa masa menunggu ini dengan dosa."
"Apa itu mak cik?"
"Kematian nak. Kita semua sedang menunggu kematian." 


Itulah sepuloh minit menunggu kereta api yang paling bermakna dalam hidup gadis.


2 comments:

  1. Kadang menunggu yang tak pasti datang menjemput, hingga lupa yang pasti datang menjemput. Kadang menunggu yang jauh di mata, hingga lupa yang dekat dalam hati. :')

    ReplyDelete