bismillah.
assalamualaikum.
sedang musim tengkujuh sekarang kan? angin sedang berlari dari pedalaman benua asia menuju ke benua australasia di selatan sfera bumi. kerana matahari sedang berada di sana ketika ini. ah, mungkin angin ada urusan penting mahu berjumpa dengannya. dan kerana langit kita berada di antara keduanya, angin sudah pasti berlari melalui halaman langit kita dan memanggil-manggil pula hujan keluar daripada laut di sekeliling kita. habis laut bergelora kerana angin dan akhirnya habis pula kita lencun dibasahi hujan. nah sekarang, siapa yang salah menurutmu? angin atau matahari atau laut atau langit atau hujan atau kita yang tidak berteduh?
___
*cari payung dulu.
No comments:
Post a Comment