Monday, April 30, 2018

amplop berisi pikiran dan perasaan aprili.



bismillah. 

assalamualaikum.
mungkin ini sedikit pelik. tapi ada kumpulan manusia yang cenderung untuk bersin jika mereka memandang ke arah langit yang bermatahari. dan aku salah satu daripada mereka. aku rasa langit bermatahari adalah sumber super power bagi orang-orang seperti kami. menurut bacaanku, ini bukan masalah besar dan ini bukan simtom penyakit merbahaya. ahli kaji bersin menamakannya photo sneeze reflex, bersin yang distimulasikan oleh cahaya- selalunya cahaya matahari. rasanya semua orang tahu perasaan mahu-bersin-tapi-tersangkut itu menyebalkan, kan? dan bersin sebenarnya adalah refleks pertahanan yang melindungi saluran pernafasan dan jantung kita daripada tercemar. ia mengusir keluar semua ejen infeksi atau irritan dengan satu hembusan. sungguh tepat apabila kita mengucap alhamdulillah selepas bersin, kan? semoga kau  juga terbersin ketika membaca ini. amin.



































































































___
*yarhamkallah.

No comments:

Post a Comment