Showing posts with label qalb. Show all posts
Showing posts with label qalb. Show all posts

Sunday, March 19, 2017

carbon fiber reinforced polymer.






ketakutan mungkin akan menyelamatkan kita daripada kegagalan atau bahkan kekecewaan, tapi, keberhasilan dan kebahagiaan, hanya keberanian yang mampu menyampaikan kita kepadanya. beranilah untuk bahagia. kita tidak akan pernah belajar menghargai cahaya jika selamanya, dari awal hingga ke detik ini, kita hanya berada dalam ruangan yang terang benderang. kita bahkan tidak mahu tahu daripada mana datangnya cahaya yang menerangi itu, yang penting, semua benda kelihatan jelas pada pandangan kita. kita tidak pernah belajar menghargai. sehinggalah kita jatuh dalam kegelapan. ketika itu, sumber cahaya sehalus satu percikan kecil yang terhasil daripada batu yang digeserkan, pun kita akan cuba untuk menjaganya agar tidak terpadam. sungguh, ada begitu banyak matawang di dunia ini, yang digunapakai untuk membeli bermacam perkara. banyaknya sebanyak negara dan kerajaan di dunia ini. nilai matawang saling berbeza, tergantung kondisi geografi dan geopolitik di setiap tempat. kita di sini, wajarlah matawang kita segini dan nilainya begini. mereka di sana, wajarlah matawang mereka segitu dan nilainya begitu. nah, apa pula yang digunapakai untuk berjual beli di akhirat? pahala. dan 'matawang' pahala juga ada banyak, sebanyak ujian yang datang kepada setiap manusia. kita dan jiwa kita begini, wajarlah ujian kita begini. mereka dan jiwa mereka begitu, wajarlah ujian mereka begitu. adil itu bukan selalunya tentang kesamarataan, ia lebih tepat adalah meletakkan sesuatu sesuai pada kedudukannya. hati-hatilah jika ingin menghukum Tuhan dengan mengatakan bahawa Dia tidak adil. 

manusia tidak tahu sedangkan Tuhan maha mengetahui.

___
carbon fiber reinforced polymer, (cfrp) adalah material yang digunapakai sebagai alternatif untuk kukuhkan atau tambah kekuatan pada struktur reinforced concrete, selalunya apabila struktur yang sudah siap, tidak lepas requirement dalam strength test.


Wednesday, September 28, 2016

living dead.








"menguruskan orang yang mati lebih senang daripada menguruskan hati yang mati. orang yang mati dimandikan, dikafankan, disolatkan lalu dikuburkan. tapi hati yang mati, hendak dimandi akalnya ada, hendak dikafan jasad bernyawa, hendak disolat masih bermaya, hendak dikubur nafasnya ada.
orang yang mati meninggalkan kenangan, hati yang mati meninggalkan palitan dosa. usah takut dengan orang yang mati, tetapi takutlah bila hati yang mati. berhati-hatilah dengan hati yang mati. hidupkan kembali hati yang mati dengan dekatkan diri kepada Allah." 
  --group wassap. 










T_T








Wednesday, December 30, 2015

stillness.









   the sun is so beautiful in the early morning. it does something to the trees that you don’t see any other time of the day. i think we all want the same thing: a quiet peace. maybe just even a single moment of it. to close our eyes and just be okay. 
   for even a single second, to not feel worried about something, sad about something. to not crave something we don’t–or can’t–have. just to be there, okay. still. silent. on the inside. maybe that’s what’s so beautiful about this time of the day: the stillness. 
   and the hope that maybe this day will be different. 

   (yasmin mogahed, reclaim your heart, page 159.)














_________________________
*may we find stillness in our solah; khusyu'. Allahumma ameen.


Friday, December 04, 2015

dua hal tentang dua hal.





sepanjang perjalanan hidup saya yang semakin jauh dan bersimpang siur, (aiwah!) haha, ada dua hal yang menurut saya begitu banyak menentukan ke mana arah hidup akan membawa kita. sungguh, saya masih lagi struggle dalam banyak hal, baik untuk meninggalkan kebiasaan zaman jahiliyah dulu (aiwah! lagi) mahupun untuk membiasakan diri dengan hal-hal yang sewajarnya ada pada peribadi muslim sejati (aiwah! sekali lagi). dua hal tadi, yang setiap satunya adalah gabungan antara dua hal yang lain pula. eh, betul ka ayat ni? mungkin anda juga ada berfikir dan merasakan yang sama seperti saya. nah, saya eksplain;

yang pertama, dua hal itu adalah ikhlas dan istiqamah. kita tahu bahawa amal terbaik adalah amal yang paling ikhlas dan dilakukan dengan istiqamah. dan sepertinya mahu mendapatkan dua hal ini sekaligus dalam amal kita amatlah sukar kan? dalam dunia akhir zaman yang penuh fitnah, kita tahu, menjaga hati untuk ikhlas tidak mudah. dalam dunia akhir zaman yang penuh fitnah, kita tahu, terus istiqamah melakukan hal-hal baik, juga tidak mudah.

tapi, hari ini saya belajar bahawa kita hanya perlu memilih untuk berkerja keras antara salah satunya; ikhlas atau istiqamah. bila kita mampu menjaga antara salah satunya, maka satu yang lain akan ikut sekali di hadapan. mendidik hati untuk ikhlas dalam amal, menumpukan semua yang kita lakukan hanya semata untuk Allah swt sambil berusaha menolak segala kebergantungan pada makhlukNya akan melenyapkan rasa ingin dipandang orang dan rasa kecewa. bila kita mampu menjaganya, maka istiqamah itu pasti akan hadir di hadapan. begitu juga bila kita berkerja keras untuk sentiasa istiqamah dalam melakukan hal-hal baik, meskipun diawalnya ianya dilakukan atas rasa terpaksa atau dipaksa. seperti hati yang keras dan kontang, bila sentiasa hujani air, pasti akan lembut dan subur juga. perlahan-lahan, bersama istiqamah itu, ikhlas pasti akan hadir di hadapan.


yang kedua, dua hal itu adalah sabar dan syukur. kita tahu bahawa untuk menjadi manusia bahagia, kita perlu sentiasa bersabar dan bersyukur dalam segala hal. bersabar dan bersyukur dalam musibah. bersabar dan bersyukur dengan nikmat. kerana hakikatnya, musibah dan nikmat adalah ujian daripada Allah kan? dalam dunia penuh dengan manusia lain yang suka membanding-bandingkan, kita tahu, sabar bukanlah hal yang mudah. dalam dunia penuh dengan orang yang suka membanding-bandingkan, kita tahu, bersyukur juga bukanlah hal yang mudah.

tapi, hari ini saya belajar bahawa kita hanya perlu memilih untuk berkerja keras antara salah satunya; sabar atau syukur. bila kita mampu menjaga antara salah satunya, maka satu yang lain akan ikut sekali di hadapan. berusaha bersabar, baik bila ditimpa musibah mahupun bila dikurniakan nikmat. bersabar dengan musibah dengan tidak menyalahkan takdir dan bersabar dengan nikmat dengan tidak sesukanya mempergunakan ia pada perkara yang tidak baik. bila kita mampu menjaganya, maka syukur pasti akan hadir di hadapan. begitu juga bila kita sentiasa beringat untuk bersyukur, berterima kasih pada Tuhan baik bila ditimpa musibah atau bila dikurniakan nikmat.  syukur kerana dengan musibah, boleh jadi ia adalah kifarah buat dosa-dosa kita. syukur dengan nikmat kerana dengannya kita mampu melaksanakan ibadah dengan lebih mudah dan tenang. syukur kerana mungkin orang lain tidak beroleh musibah dan nikmat itu seperti kita. maka, di hadapan nanti pasti rasa sabar akan hadir bersama. 

begitukah?



jadinya, selamat menikmati berkah-berkah sayyidul ayyam, jumaat yang indah ini dengan meniti ayat-ayat al-kahfi, kemudian dengan menghayati lantunan cinta dalam selawat buat baginda rasul saw, dan seterusnya bersungguh melaksana amalan-amalan sunnah jumaat yang lain ya.

:)

Wednesday, October 21, 2015

sesuatu.






sepertiga malam. kira-kira satu jam sebelum subuh.

langit berkabus, bukan jerebu. memang kabus pagi yang dingin. pintu masjid belum dibuka. masih gelap. pak cik tua baru tiba di pagar masjid. usai  menyandarkan basikalnya di tiang parkir berbumbung, dia segera ke tangga naik ke masjid yang bermozek. sebelum naik, dia membuka pili air tepi tangga. membasuh kaki dan seliparnya.

sampai di anak tangga paling atas, pak cik tua menyeluk poket di siring jubahnya. mengeluarkan segugus kunci tembaga dan perak. satu persatu suis lampu yang ditemukannya, dihidupkan. begitu juga dengan pintu masuk dewan solat sekeliling masjid. satu persatu dibuka. perlahan-lahan ruangan sekitar masjid menjadi semakin terang bercahaya.

tiba di bahagian belakang masjid, pak cik berhenti sebentar. dia perasan ada kelibat manusia sedang berdiri qiam solat di sudut berhampiran tiang dan pintu. anak muda berbaju melayu dan berkain pelikat. barangkali dia iktikaf. pak cik tidak jadi menghidupkan suis lampu di kawasan itu. tapi, belum pun sempat dia melangkah ke pintu seterusnya, dia mendengar suara esak. diperhatikan semula orang tadi. anak muda itu cuba mengangkat takbiratul ihram berberapa kali. tapi, cuma sampai di paras dada kemudian dijatuhkannya semula, tunduk menyeka airmatanya. hal itu diulangnya berkali-kali.

pak cik tua menghampiri anak muda itu. 

"sudahlah nak. hatimu belum bersedia untuk bertemu Tuhan. jangan dipaksa lagi. pergi basuh mukamu. perbahrui wudhukmu. lepastu datang sini balik."

anak muda itu mengangkat mukanya, yang jelas tampak sugul dan lelah, memandang pak cik tua. diturutinya saja. setelah bertemu pak cik tua itu semula, dia dihulurkan beberapa anak kunci.

"ini, pergi buka pintu sebelah sana. pak cik mau hidupkan lampu di dalam."

sekali lagi tanpa menjawab sepatah, anak muda itu patuh saja apa yang diarahkan pak cik tua. selepas membuka pintu terakhir masjid, dia kembali mendapatkan pak cik tua yang juga sudah selesai menghidupkan semua suis lampu dan beberapa suis kipas untuk jemaah subuh. 

"sudah buka semua?"

anak muda menjawab cuma dengan anggukan.

"sini, ambil ni."

pak cik tua berjalan ke arah rak al-quran bersebelahan kumpulan kotak-kotak suis. ditariknya senaskhah al quran. terus pergi ke indeks daftar surah berserta muka suratnya. selepas itu diselaknya al quran pada muka surat yang dipilihnya. akhir sekali naskhah al-quran itu dihulur kepada anak muda yang masih tetap sugul.

"nah, baca."

anak muda menyambut naskhah al-quran itu dan pergi menuju tiang utama masjid yang sebesar dua pemeluk orang dewasa. menyandarkan tubuhnya ke tiang kemudian terus membaca ta'awuz, basmalah, surah al-fatihah dan surah at-taubah, surah yang diselak pak cik tua.

perlahan-lahan anak muda itu kembali tenang. tidak disedarinya semakin ramai orang datang ke masjid. tepat dia menghabiskan ayat terakhir pada muka ke enam surah at-taubah, bilal melaungkan azan subuh..



_________________________
*semoga hati kita sentiasa dalam penjagaan Allah swt agar jangan pernah Dia didahului oleh yang lain.