Thursday, August 06, 2015

malu pun tak boleh pi mana.




petang bakda asar dua hari lepas, maahad didatangi oleh seorang pak cik tua, rambutnya sudah ada yang putih, dengan motor kapcai yang agak lusuh. masa itu, aku dan ustaz hairi sedang reverse kereta mahu keluar. pak cik tua ini nampak sedang mencari cari seseorang, menjenguk jenguk di luar pagar. kami turun dari kereta dan bertemu dengan beliau. sambil menghulurkan salam, aku bertanya,

"ya pak cik, ada nak jumpa orang ke?" 
"saya nak tanya la, kat sini ada kelas belajaq al-quran tak? untuk orang dewasa? err, saya la tu yang nak belajaq."


perbualan kami diteruskan oleh ustaz hairi. pak cik ini bercakap dengan loghat utara utagha. pekat sungguh. aku tak reti nak tulis dalam loghat utagha, so anda bayangkanlah dialog dia ni dalam loghat utagha ya.

"setakat ini belum ada lagi pak cik. ada kelas untuk budak budak pelajar je. tapi kalau ada permintaan, kami boleh aturkan." 
"macamni, saya ni dah lama cari tempat nak belajaq al-quran. saya kerja bawa bas. dari pulau pinang ke larkin(johor bahru) ke singapore setiap hari. biasanya dua hari sekali saya sampai larkin saya akan rehat dari pukul 11 pagi sampai 8 malam. masa tu memang saya free. jadi, daripada tak buat apa-apa, baik saya cari tempat belajaq al-quran." 
"oh.. dah berapa lama bawa bas pak cik? larkin tinggal kat mana?" 
"dah 12 tahun. ulang alik pulau pinang ke larkin ke singapore. kalau kat larkin saya singgah je kat mana mana masjid. motor ada boleh pusing pusing. rumah saya kat pulau pinang. kalau balik pulau pinang takdak masa, ye la dengan family, kena pi pasaq, pi sana, pi sini. memang takdak masa. saya ni pun dah semakin tua, masih lagi tak reti baca al-quran. biasanya kalau kat masjid saya ambil muqaddam lepas tu cari mana mana tempat tersembunyi belajaq sendiri. malu kat orang. kadang kadang saya tulis sendiri alif ba ta dalam kertas. tapi bila fikir fikir balik, tak boleh macamni.. malu pun tak boleh pi mana.." 
"betul pak cik.." 
"sebenaqnya ada ramai ja orang yang masih tak reti baca al-quran. yang tua tua macam saya pun ramai. tapi semua malu nak belajaq. itulah, malu pun nak buat apa kan.. sampai bila nak malu, tak boleh pi mana lah.. malu dengan Tuhan tak pa, malu dengan manusia tak pi mana lah.. jadi, saya ingat nak datang belajaq waktu tengahari. boleh tak ustaz?"
"betul tu pak cik. boleh je. ok macam ni la, pak cik ambil nombor tepon saya. saya pun ambil nombor tepon pak cik. nanti, bila pak cik free boleh datang sini. esok atau lusa pun boleh."

lepas tu ustaz hairi dan pak cik tu bertukaq nombor telefon. aku memandang pak cik ini dengan penuh kekaguman. dia orang biasa biasa yang luar biasa dan pasti disayangi Tuhan. aku setuju dengan setiap kata katanya. banyak hal hal kebaikan yang kita tangguh hanya kerana malu dengan orang. tapi, akan ke mana kita dengan sikap malu itu? cukuplah malu dengan Tuhan dengan dosa dosa kita..


______________________________________________
maaflah, kadang tulis guna gantinama 'aku'. kadang guna 'saya'. ikut mood tulisan. huhu.

No comments:

Post a Comment