bismillah.
its day number two. kali ini, biarkan kamera saya yang bercerita.
less word, more pictures, more colours and a longer post.
|
misadventure? no, its just a different path. |
warna satu; fajar.
hari kedua kami bermula se-awal tiga setengah pagi. kami masih ada temujanji bersama matahari jogja walaupun pada petang hari pertama, matahari ternyata segan silu untuk bertemu kami. lokasi temujanji sunrise hari kedua adalah di tanah tinggi punthuk setumbu. kerna jauhnya jarak antara punthuk setumbu dan pusat kota jogja, kami bertolak awal dari viavia guesthouse. se-awal pagi itu juga kami perlu berjalan mendaki naik bukit dengan jalan tanah yang basah untuk tiba di spot yang disediakan. solat subuh kami di atas tanah tinggi ini, sesuatu yang jarang jarang dilalui kan.
|
antara malam dan siang, ia adalah cahaya matahari. |
|
gunung merapi yang masih tidur. |
|
renyai hujan di tanah tinggi; dingin. |
|
selamat siang. |
|
tinggi mana pokok tanpa cahaya matahari?
tinggi mana manusia tanpa cahaya agama? |
|
seputeh, selembut dan sedingin embun. |
warna dua; sejarah dan misteri.
bersama matahari dari punthuk setumbu, kami langsung ke borobudur. ada pelbagai cerita yang ditulis dan dikata orang tentangnya. yang berlegar dalam kalangan kami berlima ceritanya adalah borobudur ini sebenarnya merupakan tempat pemerintahan nabi sulaiman a.s. dan yang mendirikan borobudur ini adalah para jin di bawah arahan nabi sulaiman a.s. tapi selepas beberapa ribu tahun selepas kewafatan nabi sulaiman a.s. tempat ini terbiar saja sehingga datang manusia penganut hindu yang menggunakannya sebagai pusat ibadah sehinggalah abad terdekat dengan hari ini. wallahualam, saya pun tidak tahu kesahihannya. saya pun dengar cerita dari mereka berempat. yang paling banyak membaca tentang ini adalah kak mar dan aslam. jadi, boleh ajukan pertanyaan kepada mereka saja ya.
|
hidup juga adalah perjalanan yang butuh panduan peta(baca; al-quran). |
|
orang lain tahu bahwa cahaya sedang masuk ke dalam hatimu.
cuma kau tidak tahu kerna pandanganmu sedang silau. |
|
tiada jalan tanpa penghujung.
cuma kita yang berputus asa di pertengahannya. |
|
jangan jadikan langit sebagai yang tertinggi untuk dicapai, tapi redha Tuhan. |
|
kagum pada ciptaan manusia, kenapa tidak pada yang menciptakan manusia? |
|
what are you searching for? |
|
head? |
|
thousand stories. |
|
faces. |
|
ancient. |
|
travel the world. with selipar. |
warna tiga; peringatan dari Tuhan.
meninggalkan semua tanda tanya di borobudur, kami kemudian bertolak ke merapi. bagi saya peribadi, ini adalah highlight untuk trip ke jogja ini. kerana di sini, ada banyak perkara yang boleh dijadikan tazkiyah untuk hati hati yang kotor(hati saya lah tu). tinggal kita yang mahu mengambilnya atau tidak. petang itu dengan menaiki jeep, kami menyusuri kawasan bekas letusan gunung merapi beberapa tahun lepas. masih banyak kesan jelas yang boleh kelihatan. bahkan ada sebuah muzim khas disediakan untuk mempamerkan kesan tinggalan selepas bencana itu kepada pengunjung.
|
entri. |
|
ini hangus dalam lava. hangus dalam api neraka? |
|
a cup of coffee lava, please? |
|
the journey's highlight. |
yang terbakar itu adalah kumpulan kitab tafsir ibnu katsir. saya mula berfikir rumah siapa, di tengah pergunungan merapi ini, ada kitab sebesar tafsir ibnu katsir ini di rumahnya. luar biasa. kemudian, dalam kelompok helain hangus itu, ada sebuah kitab yang sudah hilang sebahagian muka suratnya, hangus terbakar. and guess what? halaman pertama dari kitab itu yang tidak terbakar adalah halaman yang terkandung ayat ini;
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu". Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. (at-Taubah; 42)
membacakan ayat dari Tuhan ini, ia menusuk langsung ke dalam hati. jauh berjalan sampai ke sini dan Tuhan menemukan saya (seorang manusia yang konon katanya mahu ikut berdakwah, mahu mentarbiyyah manusia tetapi selalu tewas dengan perasaannya) dengan jawapan yang paling tepat. bukan tidak pernah mendengar dan membaca tentang ayat ini, tapi menemukannya semula di sini, yaa, di sini.. ah, kalian pasti mengerti apa maksud saya kan.. Allahurabbi. sungguh, Allah maha mengetahui bahwa betapa saya masih jauh ketinggalan di jalan dakwah dan tarbiyyah ini. tapi, putus asa pasti bukanlah cara menyelesaikannya.
|
tazkirah daripada alam. |
|
lava rivers. |
|
'ayat-ayat' Tuhan ada di mana mana. carilah ia dengan hati, bukan dengan mata. |
|
the mountain flower; edelwiss. brave and beautiful. |
|
tadabbur; berbuallah dengan alam. mereka ada banyak cerita. |
warna empat; batik.
balik dari merapi, kami pulang berehat di viavia guesthouse sehingga selesai jamak maghrib dan isya'. kemudian malamnya kami keluar sebentar mencari makan malam sambil menikmati suasana jogja tanpa cahaya matahari. dengan dua buah beca, kami mutar mutar sekitar kota. dari kedai kain ke kedai kain. dari kedai koas ke kedai koas. dari galeri lukisan ke galeri lukisan. semua mesti ada corak batiknya, penuh seni dan warna warni.
|
ekceli, this is a road. lupa nak setting kamera.
by the way, black is a colour too.. |
|
kain. |
|
corak dan tona. |
|
hang in there. |
|
life is full of choices, isn't it? |
|
enlighten. |
|
drawing. art. |
malam itu berakhir dengan lima mangkuk bakmi di gerai ini. hari kedua ini kurang drama berbanding hari satu. hampir semuanya berjalan dengan lancar. tapi, tetap juga banyak perkara indah yang saya dan kawan kawan temukan sepanjang hari kedua. hari yang penuh dengan sentuhan yang menusuk jauh ke dalam hati.
|
terima kasih atas sajiannya mas! |
_______________________________________________________
* alhamdulillah, 'kerajinan' datang bertandang. siap satu lagi bab untuk travelog jogja. terima kasih untuk semua yang beri galakan. beri satu tepukan gemuruh untuk diri anda.
** maaf, foto buruk. kamera dan tukang pegang kameranya masih di tahap paling amatuer. i'll practice more and upgrade my gear kalau jadi kaya nanti.
yup.betul.dalam banyak2 tempat, merapi paling terkesan. macam boleh bayang keadaan kat situ masa gunung merapi meletus... munkin boleh tambah cerita pasal pak supir jip merapi yang pandai amik gambar tu..
ReplyDeletelegend tuh..
yup. lupa pulak ambil gambar pak supir tu..
ReplyDelete