Thursday, May 31, 2018

amplop berisi pikiran dan perasaan meiyl.



bismillah. 

assalamualaikum.
adakah kau punya kesempatan untuk melihat langit malam ini? jika ada, jangan cuba cari bintang di sana kerana malam ini langit sepenuhnya milik bulan, ia sedang mengambang penuh. artinya apa? kita sudah berada di pertengahan perkiraan bulan hijrah walaupun hari ini, ketika kertas ini menerima goresan penaku, tertera tarikh terakhir bulan masehi. di situlah bezanya. kalendar hijrah mengira putaran bulan mengelilingi bumi sedangkan peredaran bumi mengelilingi matahari pula yang dikira kalendar masehi. jika tidak mengambil kira tahun ganjil,  umumnya setahun bersamaan dengan 354 hari dalam kalendar hijrah manakala kalendar masehi memerlukan 365 hari untuk melengkapkan kiraan itu. ada beza sebelas hari kan? nah, itulah langkah pergerakan bulan ramadhan saban tahun yang jika kita hidup berkalendarkan tahun masehi, akan terasa seperti ianya datang semakin awal ke permulaan tahun. begitu pula dengan kiraan usia kita. kalau mahu tahu berapa usia sebenar kita mengikut kalendar hijrah,  kalikanlah bilangan usia kita dalam kiraan kalendar masehi, dengan sebelas hari. hasil perkalian itulah bilangan hari yang perlu ditambah kepada kiraan asal dalam kalendar masehi, untuk mendapatkan usia sebenar kita dalam kalendar hijrah. aduh, selalu memeningkan kan peneranganku? sebentar, aku kirakan usiamu dalam kiraan kalendar hijrah. jadi.. jumlah hari yang perlu kau tambah ialah dua ratus.. ah, apa pentingnya mengira-ngira usia?


































































































___
*cari kokoleter.

No comments:

Post a Comment