Saturday, March 17, 2018

silhouette.







matahari mencalit garis-garis cahaya di horizon langit yang semakin sempit dan sempit. ada siluet burung-burung di langit, perahu di pantai yang semakin dinaiki air dan liuk lentuk dedaunan pohon dibuai bayu laut.

jadi, sebenarnya apa yang dinikmati orang ketika mereka menyaksikan senja? apakah mereka menikmati kegelapan atau cahaya? atau mereka senang menyaksikan langit yang sedang bergelut antara cahaya dan kegelapan, sama seperti diri mereka sendiri.

"di mana posisi emosi ketika kita memilih untuk berlindung dibalik kesabaran?"
"posisi?"
"katakan hati adalah sebuah kota, yang rakyatnya adalah emosi dan perasaan, yang tidak punya kekuatan apa-apa. ketika ia diserang dari luar, lalu datang pasukan kesabaran untuk menyelamatkan kota, menjadi benteng penahan."
"hmm. secara bahasanya, kata sabar, dalam bahasa arab yakni gabungan huruf sod, ba dan ro, bermaksud 'menahan'. ok, boleh la. teruskan metafora tadi."
"dalam situasi tu, tidakkah memiliki emosi adalah sebuah beban?"
"nanti dulu. benar, yang dilindungi kesabaran adalah sebuah kota. tapi, yang menjadikan kota itu worth to be protected adalah kerana rakyatnya. yang menghidupkan sebuah kota adalah kehidupan yang ada didalamnya, bukan hal-hal fizikal tidak bernyawa. yang dilindungi kesabaran tidak hanya sebuah kota fizikal, tapi sebuah penghidupan. memiliki emosi atau perasaan dalam kota hati adalah tanda jiwa kita masih hidup."
"emosi bukan beban. tapi ia adalah alasan terbesar mengapa kota hati kita layak untuk dilindungi dengan sebesar-besar kesabaran."




langit senja itu gerang.
gelap dan terang.

ia adalah sebuah pelajaran bahawa, mendamaikan antara gelap dan cahaya adalah perjuangan di setiap sore bagi langit dan seumur hidup bagi seorang manusia.

ya, di setiap senja, yang kalah adalah cahaya.
kegelapan akan menakluki langit.

"sabar. emosi."
"posisinya ada pada ayat 83 dan 84, surah 12."
"surah yusuf."
"pada ayat ke-lapan puluh tiga itu, Allah swt merakam perkataan ayah nabi yusuf a.s, nabi yaakub a.s ketika baginda menyambut segala ujian yang datang kepadanya; 'fasobrun jameel'; 'sesungguhnya sabar adalah yang terbaik bagiku'. lalu apa pula yang dirakamkan Allah pada ayat seterusnya, ayat ke-lapan puluh lapan?"
"tentang kesedihan nabi yaakub a.s yang akhirnya membutakan mata baginda."
"bukankah Allah mahu kita belajar daripada setiap kisah yang dirakamNya dalam al-quran? tidak terkecuali kisah keluarga ini."
"bahawa sabar yang indah, tidak akan mematikan emosi, tapi cukup ia mampu mengawal aksi. jangan sampai melakukan hal-hal yang tidak hambawi, seperti kita tidak memiliki Tuhan yang mengaturkan segalanya dalam aturan yang terbaik."



twilight gazing.
sehingga maghrib memanggil pulang.























---
























dawn gazing.
usai subuh.

cahaya dan kegelapan sekali lagi bergelut ketika fajar.
dan yang menang kali ini, adalah cahaya.

"cinta dan rindu juga adalah rakyat dalam kota hati kita kan?"
"ya. lindungilah semuanya dengan kesabaran."

langit menjadi terang benderang.







No comments:

Post a Comment