sederhana berfikir.
sebenarnya kita boleh hidup sebagai manusia. mengapa kita akan putus asa? marilah kita berfikir sederhana. kita pun tidak disuruh memikul perkara-perkara yang tidak terpikul. yang diperintahkan kepada manusia, ialah perkara-perkara yang sesuai dengan manusia. walau kita berfikir berat namun dunia ini tidaklah akan selesai di tangan kita sendiri.
fikiran sederhana menimbulkan tawakkal, fikiran sederhana menimbulkan cita-cita yang mulia. tawakkal tonggak kepercayaan dan iman. cita-cita yang suci menghindarkan kepercayaan yang datang kerana menurut sahaja kepada fikiran dan pendapat nenek moyang dan taklid.
iman, kepercayaan yang teguh, itulah yang menguatkan fikiran. membatas fikiran sehingga tidak keluar dari batas yang harus dilaluinya. ia percaya bahawa ia dijadikan tidak dengan sia-sia. lantaran itu sentosalah hatinya dan tenteramlah semangatnya. dia akan hidup suci murni, laksana kehidupan bunga, kayu-kayuan dan sekalian makhluk.
imanlah yang menimbulkan semangat baru dalam kemajuan dan langkah manusia. iman yang menimbulkan keyakinan mencari kehidupan dan rezeki, terutama iman kepada takdir. orang beriman percaya meskipun rezeki itu berada dalam mulut macan, kalau tersedia buat dia, meski jatuh ke tangannya, itulah dia berkerja dan giat mencari rezeki. dan dia percaya bahawa kalau tidak binasa kata Tuhan, walaupun seluruh isi alam berusaha hendak membinasakan, tidaklah akan binasa. dia percaya bahawa rezekinya tersedia di bawah naungan pedangnya sendiri. dia diberi dua tangan, dua kaki, sepuluh jari, dua mata, dua telinga dan satu kepala yang dipenuhi otak, adalah untuk berfikir dan berikhtiar, berusaha dan usahanya itu tidaklah akan sia-sia. sebab itu cita-citanya tumbuh dengan subur.
cita-cita ialah percaya penuh akan masa depan. hidup adalah kumpulan keinginan, cita-cita usaha dan buah hasil. sekali-sekali tidak dapat dipisahkan. jalan hidup mempunyai permulaan, pertengahan dan hujung.
---(tulisan prof dr. hamka. petik dari buku falsafah hidup, dalam bab sederhana berfikir, halaman 224-225.)
Ada buku tu juga? Bestkan, ayat2 hamka dalam tu memang sesuai dijadikan falsafah hidup. Try baca Falsafah Ketuhanan, pun best juga.
ReplyDeletedi malioboro shopping apa mas? -- salah fokus
ReplyDelete