Monday, January 25, 2016

savior.



assalamualaikum, faizal tahir. credit: fesbuk.







"most people want to save the world. it's a lovely thought, and i'm not saying it's not a noble pursuit-but it's impossible to save everyone. you just have to pick your little corner of the world and focus your energy there. that's the only way you will ever make a difference."
"but i don't know if i can make a difference. it feels like i am screaming at the top of my lungs, but no one can hear me. no one cares. how can i change anything if i'm completely powerless?" 
"you may be powerless now, but there will be a time when you won't be. don't you see? and that's the time for you to be loud, to tell the world about the changes you want to see, to set them in motion." 
   --lang leav.











______________________________________
*great acoustic, a heart-winning performance. bravo ft.

Sunday, January 17, 2016

surat-surat tujuhbelas (iii).





bismillah.
assalamualaikum tujuhbelas. how was your day?
sudah masuk naskhah ketiga untuk surat ini. dan perlahan-lahan kita juga melangkah masuk ke peringkat ketiga. peringkat apa saja, aku juga tidak tahu. sungguh, masa yang terus berlalu tidak membuatkan kita lupa pada apa yang berlaku, tapi ia akan sentiasa mendewasakan dan membantu kita belajar dan memahami pelbagai perkara. sungguh juga, hidup adalah sekumpulan ujian. baik ujian berorentasikan dunia di atas kertas atas mahupun ujian yang berorentasikan akhirat yang menyoal keyakinan kita pada takdir Tuhan. apa pun ujian yang sedang dan bakal kita lalui, semoga kita berjaya menjawabnya dengan tenang dan aman. 

...


tujuhbelas, 
alangkah abstraknya cerita yang sedang berjalan ini. seperti memasuki galeri lukisan yang pamer begitu banyak lukisan dengan motif dan warna masing-masing. setiap lukisan itu, yang untuk memahaminya, perlu diamati dengan pandangan seni dan tidak cukup dengan logika bentuk dan padanan semata-mata. atau mungkin seperti membaca puisi yang penuh dengan pelbagai personafikasi dan metafora. lebih banyak makna-makna tersirat daripada yang tersurat dalam setiap barisnya. justru, ia perlu dibaca dengan bacaan seni dan bukan logika tambah tolak darab bahagi. kerana itu, setiap perkara yang telah dan mungkin bakal berlaku sepanjang cerita ini berjalan akan mudah kita fahami hikmahnya bila kita memandangnya dengan pandangan keimanan yang penuh seni.

tujuhbelas, 
alangkah komplikatednya cerita yang sedang berjalan ini. semakin lama, semakin ramai watak baru yang muncul. bermula dari dua watak kompleks yang berbeza dimensi, yang ditakdirkan bertemu sebentar dalam perjalanan menuju destinasi masing-masing. kemudian, watak-watak baru terus bertambah dan bertambah sehingga ke saat ini. entah sudah berapa banyak penama-penama asing yang kedengaran. setiap satunya muncul dengan cara masing-masing dan membawa peranannya masing-masing. yang pastinya, ia tidak berhenti di situ. akan lebih banyak yang akan hadir dan mewarnai cerita komplikated ini. dan daripada setiap watak ini, ada perkara baik dan manfaat berguna yang boleh kita ambil sebagai pedoman dan panduan. oh ya, sehingga ke saat ini juga, aku masih tidak percaya bahawa aku sedang membawa watak besar dalam cerita ini. ya, komplikated.


tujuhbelas, 
alangkah peliknya cerita yang sedang berjalan ini. bagaimana ya agaknya orang-orang lain yang membaca atau menyaksi cerita aneh ini? ah, mungkin seperti menonton filem berbahasa asing tanpa sarikata, tidak faham apa yang dikata, apalagi untuk faham apa jalan ceritanya. tidak lebih, hanya mampu melihat gerak laku, turun naik, dan tiba-tiba ceritanya, ah, ternyata sudah habis. atau mungkin seperti seorang pengamal ilmu pembinaan, yang sehariannya cuma bermain dengan nombor-nombor dan garis-garis struktur, tiba-tiba dihulurkan senarai skripsi ubat-ubatan, yang mahu menuturkan namanya saja sudah begitu rumit, apalagi untuk tahu apa kegunaannya dan mana padanan penyakitnya. terkadang aku juga ketawa sendiri memikirkan bahawa aku sedang menjalani cerita ini. masih terasa pelik kan?
  
tujuhbelas, 
akhirnya, alangkah abstrak, komplikated dan peliknya  cerita yang sedang berjalan ini. justru, cerita tentang takdir memang begitu kan? apakan tidak, bukankah yang menuliskan cerita ini adalah Tuhan yang sugguh indah dan begitu unik dalam perancanganNya? Alhamdulillah ala kulli hal. terus lagi berjalan ke hadapan, cerita ini mungkin akan menjadi lebih seni untuk difahami oleh kita apalagi oleh orang lain, mungkin lebih banyak naik turunnya, yang pasti lebih banyak wataknya. semoga ianya kekal tersusun cantik dan kita mampu tenang dalam menjalaninya dengan peranan kita masing-masing, sehingga cerita ini bertemu pengakhirannya, bagaimana pun itu nanti.

... 

sudah tidak ada apa-apa lagi untuk ditaipkan. jujur, aku merasakan aku tidak banyak perkataan untuk dituliskan kali ini. mungkin kerana memang aku kering idea untuk menuliskan apa. atau mungkin terlalu banyak idea sehingga entah yang mana saja mahu ditumpahkan. buat kamu, terima kasih kerana terus menjadi tujuhbelas. semoga di tujuh belas yang mendatang kita akan terus berada dalam petunjuk yang sudah terbentang seluas langit rahmanNya, kita hanya perlu mendongak sedikit dengan dua telapak tangan yang sedia menadah apa saja yang dijatuhkan. semoga di tujuh belas yang mendatang juga, kita tidak akan kontang tanpa tarbiyah, tazkiyah dan tazkirah yang sudah pun terbentang seluas lautan rahimNya di hadapan kita. tinggal kita cedok, siram dan basahkan hati kita dengannya. selamat menikmati dua ribu enam belas, setahun yang mungkin akan dipenuhi dengan pelbagai hal-hal besar.

sekian.
 | tujuh belas januari dua ribu enam belas.

Wednesday, January 13, 2016

wanderlust.



ahad, 100116.










pukul 11.30 pagi, 

"tiket jam berapa?"
"belum beli lagi. kalau kl-jb, selalu ada jak on the spot."
"ouh.. lunch dulu la."
"ok."










sampai stesen light rail trail, lrt, tasek selatan. terminal bersepadu selatan, tbs, ada di sebelah. naik tangga, seberang jejantas, sampai la ruang utama tbs yang penuh kaunter jual tiket bas ke selatan. juga ruang yang penuh dengan orang-orang yang dalam penantian, dalam perjalanan ke tujuan masing-masing. juga ruang yang menjadi saksi kepada begitu banyak pertemuan dan perpisahan.















"hati-hati. kalau sudah sampai rumah, sms atau wassap la."
"ok, insyaAllah. terima kasih bang."

salam. 
lambai.













tengok jam. hmm, awal lagi.
ah, sempat lagi streeting ni.











akhirnya, beli token lrt, kelana jaya line, dari stesen tasek selatan ke stesen kl sentral. keluarkan kamera hitam dari beg galas. bateri masih penuh. memori pun masih kosong. 

ya, pergi streeting sendirian di kuala lumpur.










pukul 7.30 malam,

"di mana sudah?"
"masih di tbs. bas baru mau gerak, delayed tadi." 

memang delayed pun. beli tiket bas pukul 6.00 petang. 
















____________________________________________________
*being unknown. being free. in searching for the missing part.