kedai buku.
"kenapa abang suka baca buku?"
"hmm, pernah tak ada benda yang bermain dalam fikiran kita, mahu kita keluarkan, mahu kita sampaikan, mungkin dalam tulisan atau mungkin dengan percakapan, tapi tak jumpa jalan macammana mahu terangkan, pernah?"
"emm, pernah. selalu."
"ha, itu sebab kita tak jumpa ayat yang sesuai untuk kita terangkan. kita tak jumpa perkataan yang tepat untuk menggambarkan apa yang kita fikirkan. sebab vocab kita masih kurang. kita kurang perkataan. kemudian, dalam buku kan ada banyak perkataan, ada banyak ayat. nah, sebab tu abang suka membaca, mahu menambah vocab sendiri. jadinya, bila ada hal yang berputar dalam fikiran, mudah untuk dikeluarkan dan disampaikan, sebab kita sudah ada perkataan-perkataannya, tinggal disusun menjadi ayat."
"ouh, ok. bila-bila nak pinjam buku boleh?"
"bolehh.."
kedai kopi.
"err, kenapa abang suka minum kopi?"
"tak semua perkara akan selesai diterangkan cuma dengan perkataan."
"emm, maksudnya?"
"ada benda yang kita hanya sampaikan atau terangkan cuma dengan kata-kata, baik dalam tulisan atau percakapan. dan kita fikir cukup dengan sekadar itu, orang yang membacanya atau mendengarnya akan faham. tapi sebenarnya ia masih belum selesai di situ. mereka cuma tahu apa yang kita katakan. untuk mereka faham, mereka perlu merasakannya sendiri, melaluinya sendiri, barulah mereka mengerti apa yang kita maksudkan. dalam hal-hal begini, ada beza antara tahu dan faham. macam kopi, kalau abang cuma cerita pasal bagaimana nikmatnya rasa kopi pahit-pahit manis berkrim, cukup tak untuk faham dengan sekadar di situ?"
"a'ah, tak cukup. kena rasa sendiri."
"jadi, cappucino dua cawan?"
"ha, boleh!"
dan hari pun hujan.
seperti semalam-semalamnya juga.
__________________________
*hari ni cuti. replacement untuk kerja semalam selesaikan inspection swimming pool, semoga hari ni dah boleh concrete. tubuh dan pikiran butuh rehat. mohon doa kalian.
No comments:
Post a Comment