Friday, February 22, 2013

lamunan cinta.

[poto]

Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.

Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yang kau cintai.

Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.

-Almarhum KH. Rahmat Abdullah

...

Ternyata diri yang ini sedang dilamun cinta. Kesekian kali. Oh? Tapi kali ini bukan lagi cinta picisan. Diri yang ini suka. Diri yang ini gembira. Diri yang ini teruja. Diri yang ini berguling-guling sambil tumbok-tumbok bantal. 

Yeah!



Thursday, February 21, 2013

selamat pagi.

Cerah sudah kembali. Itu dia matahari. Bulan yang telah pergi. Membawa gelap sekali. Episod hidup berlangsung lagi. Ini sudah kesekian kali.Namun, apakah plot untuk hari yang ini? Mungkinkah penuh lagak aksi? Ataukah cuma larutan narasi-narasi? Adakah akan muncul watak baru mengisi? Menjadi primadona atas permaidani warna warni. Dalam cerita ini yang tidak pasti bila akan berhenti. Aku harus terus positif tapi, teguh menafi negativiti. Kerana skrip ini telah diatur Ilahi. Yang Maha Mengetahui segala yang telah, sedang meski akan terjadi. Pasti ada hikmah tersembunyi, dalam setiap konflik yang terjadi. Solusi perlu dicari, bukan hamburan maki. Agar diri bisa berdikari, kerana dosa pahala nilaian nafsi-nafsi. Selamat berjuang wahai hati, duhai diri.

Selingan.

 [poto]
hadir matahari untuk selamat pagi.


Assalamualaikum semua. Sihat? Whoa! First time bagi salam. Apa-apa pun mari kita  buka majlis dengan membacakan ummul furqan, al-Fatihah. Seterusnya murid-murid, staf-staf dan cekgu-cekgu di minta berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu sekolah dengan penuh semangat dan dedikasi. Sedia. Satu dua tiga, nyanyi.. Eh, ada perhimpunan ka?

Oke, mari lakukan regangan hati untuk jiwa yang sihat.

Terhapuslah
Sepi jiwa meruntun rindu
Pada hadir kerlipan cinta
 Kerana hari ini
Bersemai mekar haruman kasih
Taman indah berbunga sayang

Berterbangan riang rama-rama 
Ceria gembira ke sana ke mari
Lenyap alunan pilu
Pada irama riwayat syahdu 
Kerana jiwanya telah bertemu
Kuntuman-kuntuman kelopak kembang 
Menawar pahit berkongsi manis
Pada titisan madu 
Yang tersemat kemas
Di setiap debunga kasih
Pada kuntuman sayang.

Baiklah dengan berakhirnya ucapan Guru Besar sebentar tadi, maka berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini. Semua murid boleh bergerak ke kelas masing-masing. Sila bergerak dalam barisan. Jangan berterabur.

Sekian saja untuk repekan hari ini.


Saturday, February 16, 2013

nasi ayam penyet.

Restoran Bibik dengan tagline 'Nasi Ayam Penyet citarasa Original'. Alunan zikir terapi Hafiz Hamidun mengusai ruang bunyi dalam restoran. Di luar hujan turun dengan rapi membasahi bumi. Kucing-kucing gelandangan terperusuk kaku di antara tayar dibawah kereta-kereta yang berparkingan. Merenung sayu percikan-percikan air, mungkin terkenang peristiwa beberapa hari lepas. Ketika dia dihalau keluar rumah kerana mencuri ikan goreng untuk makan malam sekeluarga tuannya. "Kalaulah aku bersabar.." mungkin begitu getusnya. Ada cairan puteh bergenang di kelopak matanya.

Meja segiempat nombor 7 dikerumuni. Seorang brader dengan apron kaler hijau cap Petronas mara menuju mereka. Mereka bertiga.

"Minum bang?"

"Bagi Teh O limau panas." pesan Amir.

"Sama." follow Abdul.

"Erm, Teh tarik soda ada?" tanya Syed. Pelik la dia ni.

"Nggak ada."

"Bagi neslo suam la."

"Makan?" brader tukar topik pulak.

"Ayam penyet."

"Sama. Ayam penyet dua. Bagi nasi tambah satu, sambal lebih ya."

"Pecelele satu."

"Oke. Beres." ngomong brader sebelum berlalu pergi menghantar pesanan pelanggannya melalui chat facebook di kaunter kepada tukang masak di dapur. Berteknologi sungguh restoran ni.  Ah, lupakan.

Lepas 10 minit lebih kuranglah, makanan sampai. Lantas, jasad ayam yang telah penyek dihentam dan ikan keli pecelele yang lemah tidak berdaya dilapah  dan dicarik-carik semahu mereka. Dicurah pula dengan semangkuk cecair puteh keruh yang panas menggelegak berasap. Tidak cukup dengan itu, ianya ditenyeh-tenyah dalam adunan kemerahan yang pedas dan cukup memedihkan. Dan akhirnya diratah penuh megah dan bergaya. Sungguh tak berperikemanusiaan mereka itu. Oh, kerepek-kerepek.

Usai melampiaskan nafsu pada sepinggan nasi yang tak bersalah, perbualan mereka disambung semula, seperti tiada apa yang berlaku.

"Weh, ingat tak abang yang selalu bagi talk lepas maghrib kat Surau Kejayaan tu?"

"Ouh. Yang ada janggut, pakai minyak wangi Malaikat Subuh tu? Aku memang respect dia! Kalau dia cakap sikit, terpukau aku. Dalil keluar mencurah-curah macam tu je. Kalau subuh, dia lah yang azan sayup-sayup tu."

" Yup. Pointer pun bukan main. Kalau bukan 4 rata, dekan. Kalau tak pun, timbalan dekan. Eh. Ketua Persatuan Mahasiswa Soleh Solehah peringkat Universiti pulak tu."

"Wauw, bukan calang-calang."

"Tapi dia makan nasi jugak kan. Sama macam kita."

"Erm, a'ah."

...

* Kita semua ada potensi memasing. Tapi, mungkin masih tertanam. So, ambil cangkul. Gali.

* Tarbiyah. Untuk orang biasa. Jadi luar biasa.


s stand for super/saya/sahlan.