skalar adalah kuantiti fizik yang hanya dinyatakan dengan magnitud atau nilai numerikalnya sahaja. vektor pula adalah kuantiti fizik yang dijelaskan sekali magnitud dan arahnya.
"good afternoon ladies and gentlemen. this is your captain speaking. i would like to welcome everyone on airwater flight a-w-one-seven-one-zero bound for tanah petualang."
jika 'perjalanan' adalah skalar. 'datang', 'pulang', dan 'pergi' adalah vektor kepada 'perjalanan', tapi setiap satunya bergerak dalam arah yang berbeza.
'datang' adalah perjalanan daripada sesuatu tempat atau keadaan menuju tujuan yang sudah diketahui lokasinya. boleh jadi pernah atau tidak pernah ada di sana, di tujuan itu sebelum ini. sedangkan 'pulang' adalah perjalanan yang bergerak daripada entah dari mana pun, menuju tempat atau keadaan yang asal. yang membezakan datang dan pulang adalah tujuan itu adalah asal atau bukan.
dan ada pula 'pergi'; vektor yang tidak jelas. kerana arah tujuan yang tidak diketahui. ia cuma perjalanan yang bermula dari satu titik tapi tidak diketahui pula di mana akhirnya.
"we are currently cruising at an altitude of thirty thousand feet at an airspeed six hundred kilometre per hour. the time is ten forty am. the weather looks good and with the tailwind on our side we are expecting to land at tanah petualang ground approximately seventeen minutes ahead of schedule. the weather in tanah petualang is clear and sunny, with a high of twenty seven degrees for this afternoon."
setiap orang sedang dalam perjalanan masing-masing, yang masing-masingnya tidak sedang berada hanya pada satu perjalanan, tapi dalam banyak jalan perjalanan pada satu-satu waktu dan ketika. kakinya sedang menapaki perjalanan fizikal, manakala hatinya ada di dalam perjalanan perasaan, sedangkan akalnya berkelana pada perjalanan fikiran dan jiwanya pula ada di laluan perjalanan mimpi, bayangan dan cita-cita.
jadi, apakah dalam perjalanan ini, kita sedang datang, pulang atau pergi?
"until then, sit back, relax, and enjoy the rest of the flight."
___
sorry for the delay.
No comments:
Post a Comment