"Alamak Ji, selipar aku putus sebelah la. Caner ni?"
"La. Ye ke. Selipar lain tak de?"
"Satu je aku ada."
Azizi masuk semula ke dalam bilik. Ditariknya sebuah kotak dari bawah katilnya. Kotak kertas warna coklat. Sepasang selipar jepun warna merah baru dia beli beberapa hari lepas, dikeluarkan. Mahu dibuat selipar pakai ke tandas untuk diorang berdua sebenarnya.
"Nah. Guna ni dulu. Nanti, kita pegi kedai mana-mana. Beli selipar baru."
"Eh. Selipar baru ni Ji. Takpe la."
"Hish budak ni. Pakai je la. Aku tak kisah pun pasal kau. Aku risau maruah aku je. Jalan dengan orang selipar sebelah kaki. Gila ke?"
"Sampai hati kau."
"Haha. Aku gurau je la. Nah pakai cepat."
Azizi hulur selipar. Azlan sambut. Azlan campak selipar ke lantai. Kakinya bertukar alas.
"Ok. Eh, muat pulak Ji."
"Aku memang beli saiz lebih kurang. Untuk kita sama-sama boleh pakai pegi tandas."
Selipar Azlan yang putus, dimasukkan ke dalam plastik. Masuk ke tong sampah terus. Mereka pun keluar berfoya-foya bersama. Eh. Pergi bermandi siraman ukhuwah di pusat kegiatan membeli-belah masyarakat tempatan sebenarnya. Keh keh keh.
...
Kali ini di perkarangan tempat letak selipar dan kasut sebuah masjid. Azizi duduk seorang-seorang di tangga kejayaan. Termenung. Jemarinya lincah bermain butang telefon. Tiba-tiba telefonnya dia dekatkan ke telinga. Dua tiga saat kemudian, dia buka mulut.
"Hello Lan. Assalamualaikum. Kau katne?"
"Ha, hello. Waalaikumsalam. Kat bilik. Nape?"
"Kau boleh datang kat Masjid Kemajuan Ummah kejap tak?"
"Ada apa?"
"Aku baru habis usrah dengan adek-adek usrah aku lepas isya' tadi. Tapi, aku tak boleh nak balik. Selipar aku ntah mana hilang."
"La, ye ke. Oke oke. Kejap lagi aku sampai. Kau jangan pergi mana-mana."
"Oke Lan. Mekasih."
Selepas sembilan minit lebih kuranglah, tampil Azlan dengan sepasang selipar jepun yang dijinjitnya. Selipar dari bilik mereka berdua. Selipar yang dipakai untuk keluar masuk tandas.
"Ji. Ada selipar tandas je kat bilik. Aku tak jumpa selipar lain. Sori a'."
"Eh, takpe takpe. Kau datang sini bawa selipar pun aku cukup terharu Lan."
"Ha, kalau terharu nangislah."
"Haish. Mana boleh. Hati aku keras kot. Haha."
"Ceh."
Mereka pun berjalan seiringan sehaluan lenggang kangkung menuju bilik. Bagai itik pulang petang. Walaupun masa tu dah nak tengah malam, bukan petang.
"Weh Lan. Sori la susahkan kau."
"Hmm. Takde hal la."
"Eh, ko perasan tak ?"
"Apa?"
"Minggu ni. Dah dua kali kita hilang selipar."
"Oh, baru-baru ni selipar aku putus kan. Haha. Hari ni kau pulak hilang selipar."
Sunyi sebentar. Mereka di bahu jalan. Beberapa kereta lalu-lalang. Pandang kanan. Pandang kiri. Pandang kanan semula. Selepas jalan lengang barulah mereka melintas.
"Ji. Kau rasa, mana penting. Selipar belah kanan ke belah kiri?
"Ha? Dua-dua la penting. Putus sebelah. Atau hilang sebelah, dah tak boleh pakai dah selipar tu."
"Ji. Kalau kita jadi selipar, kau nak jadi belah mana?"
"Hmm, entah la. Kau?"
"Aku pilih belah kiri. Kau jadi belah kanan."
"Kenapa pulak?"
"Sunnah. Nabi muliakan belah kanan. Kalau nak jalan atau nak masuk tempat-tempat baik, kanan langkah dulu. Baru kiri follow."
"So?"
"Aku ni masih baru kat jalan ni. Tapi, kau dah lama. Kau tahu selok beloknya. Aku follow kau. Aku tsiqah ngan kau Ji."
"Jalan apa?"
"Jalan-jalan cari makan."
"Hahaha."
...
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, sesungguhnya Allah s.w.t berfirman pada hari kiamat, “ Manakah mereka yang berkasih sayang kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri”(HR Muslim)
Ji, romantik tak? Kah. Kah. Kah.
No comments:
Post a Comment