Thursday, March 07, 2019

corrugated duct.






pantry. white coffee, hazelnut.

"morning bro."
"hi! morning." 

here is a tips; if you want to experiments life, you should make 'problems' as your constant variable.

hidup kita ni adalah rantaian masalah bah. masalah, masalah dan masalah. masalah tidak akan pernah berhenti untuk memunculkan dirinya, ia hanya bertukar bentuk atau/dan menjadi semakin sukar. kadang, penyelesaian satu masalah adalah pengenalan kepada masalah yang seterusnya. ini macam dalam pembinaan bangunan yang bertingkat-tingkat lah, kerja menyiapkan siling tingkat ke-enambelas adalah kerja menyediakan lantai untuk tingkat ke-tujuhbelas, yang masalahnya, perlu pula didirikan tiang, rasuk dan dindingnya. betul ka bossku?

"some of the corrugated duct in the beam ran out of position." 
"is it? can i see the drawing?"

kita terkadang cuba lari daripada masalah dalam dua keadaan.

pertama, dengan hidup dalam penafian. pertama-tamanya, kita menafikan bahawa masalah itu wujud. dan kerana kita cuba menafi dan menolak realiti, kita perlu meletakkan diri kita dalam ilusi supaya perhatian dan pikiran kita lari daripada garisan realiti. ya, kita mungkin merasa nyaman dalam tempoh yang sekejap, tapi hakikatnya ini akan membawa kepada hidup yang penuh dengan insecurities dan excessive anxiety.

kedua, dengan kita memiliki mentaliti 'mangsa keadaan'. kita memilih untuk percaya bahawa tiada yang boleh kita lakukan untuk menyelesaikan masalah kita, walaupun sebenarnya ada banyak pilihan jalan penyelesaian. kita sentiasa akan mencari sesuatu untuk disalahkan. mungkin kita akan berasa aman, tapi cuma dalam tempoh terhad, akhir hujungnya perkara ini akan membawa kita kepada hidup yang penuh rasa amarah dan depresi.

"here. we measured it from centre to centre."
"how about the corrugated duct diameter?"
"oh ya, they used a bigger size than the originally stated in the drawing."
"i'll check first the starter bar size on the other component."

and here is the thing- by believing Allah is with us, of course He is, does not mean we will live a life free of problems. no, it doesn't work that way my fellow sinner(read: repenter). because, you know what, if this is true, all the prophets alaihi salam will live a clear easy life. but, we know well how quran potrays each and every of the prophet's life difficulties and breakdown from a constant problems occurrence. right?

by believing Allah is with us, indeed He is, come what may, we'll face it full-heartedly. because we know well it'll be worth it. we'll see and learn the wisdom behind every of those problems, maybe not in the latter stage of our wordly life, but in the hereafter.

oh ya, in this context, our emotions are valid too. just don't be afraid to feel them, okay?

"hmm.. this one should be no issue bro. they used a bigger diameter to play safe. the corrugated duct likely will move out of position during casting as there are vibrating poker. the dimensional space margin will be bigger with a bigger diameter corrugated duct. so, even if the centroid position of the corrugated duct run out, there is still an enough space for the rebar to goes in. as long as the site can install the component smoothly, there should be no other concerns for this."
"oh, okay. understood."

jadinya, janganlah berharap untuk hidup tanpa masalah. mustahil. tapi, binalah hidup yang penuh dengan masalah-masalah yang baik. mungkin, kebahagiaan adalah bila kita jumpa masalah yang kita gembira untuk miliki dan selesaikan.



1 comment:

  1. Interesting conclusion. "Masalah-masalah baik"
    A very well explained topic with real-life situation as a background story.
    Keep writing.

    ReplyDelete