kau tidak membaca tulisanku.
ada kata yang salah pada ayat itu dan ada dua jenis manusia di dunia ini. yang pertama, yang untuk memperbetulkan ayat itu, dipadam kata demi kata daripada penghujung ayat sehingga sampai kepada kata yang salah. kemudian menuliskan pula semula semua kata yang terpadam. mungkin tidak cuma dalam memperbetulkan hal tulisan, malah, banyak perkara dalam hidup juga diperlakukan sebegitu. seluruh yang sudah sedia tepat di posisinya dipadam untuk memperbetulkan kesalahan, yang sedikit.
kau tidak membaca tulisanku.
kau tidak membaca
kau tidak
kau
manakala yang kedua, cukup memadam kata yang salah dan menuliskan kata yang tepat di situ. kerana, untuk apa merumitkan kesalahan yang boleh diselesaikan dengan mudah? dalam banyak hal, penyelesaian terbaik adalah yang paling ringkas tanpa perlu mengubah apa-apa yang sudah sedia tepat peranan dan maknanya.
kau membaca tulisanku.
oh ya, ini kata yang tepat; sedang.
Nice analogi! 👏🏻
ReplyDelete